Almukhlisah

Posted by: wanita isma on: 9 Januari 2010

Para budiman yang dirahmati Allah…

Posted by: wanita isma on: 8 November 2007

fantasticanimsm2Assalamualaikum, selamat datang ke Almukhlisah.wordpress.

Coretan dan catatan di sini adalah satu medan perkongsian . Sesungguhnya orang-orang mukmin itu umpama batu-bata di dalam satu bangunan yang kukuh,  saling sempurna menyempurnakan  antara satu sama lain.

JEMPUT KE KONVENSYEN PEMIKIRAN AL BANNA

Posted by: wanita isma on: 21 Januari 2010

Pernahkah anda membaca satu himpunan wirid-wirid yang ma’thur yang telah di bukukan dalam satu buku comel, yang di namakan ” Al Ma’thurat”, yang di belakangnya ada satu doa yang di kenali sebagai doa Rabitah? . Tahukah anda siapa yang telah melakukan anisiatif tersebut? Ya, Asy Syahid Hassan Al Banna. Dengan ijtihad beliau , beliau telah menyusun wirid- dan doa-doa yang ma’thur untuk di amalkan pagi dan petang, kerana Doa adalah senjata mukmin. Apabila kita memohon kita memohon kepada Allah, secara direct.. doa adalah  ibadah, melambangkan hubungan intim kita dengan Allah Pencipta semesta alam.

Namun tahu kah anda apakah biografi Asy Syahud Hassan Al Banna. Hanya setakat mengumpul doa untuk di bukukan?? Adakah Islam itu sekadar berdoa? Tidak.. Islam adalah satu agama yang diiktiraf di sisi Allah SWT. Islam satu agama yang syumul yang merangkumi segala aspek kehidupan. Islam ada penyelesaian permasaalahan kita.. ” Islam huwa Hil”. Asy Syahid ada seorang tokoh, seorang mujaddid abad ke 20 yang telah membawa satu gagasan untuk ummah. Yang telah diimplementasikan melalui satu pertubuhan iaitu gerakan Ikhwanul Muslimin , di Mesir.

Lantaran itu hari ini marilah sama-sama memahami apakah gagasan tersebut. Dengan itu Ikatan Muslim Malaysia [ISMA] telah menganjurkan ” konvensyen pemikiran Al Banna dalam melakar agenda bangsa “, pada 30 Jan 2010 akan datang .  Apakah idea-idea yang Asy Syahid bawa di kalangan orang-orang Arab di bumi Arab itu releven untuk kita orang Melayu di Tanah Melayu?

Memang ramai di kalangan kita yang tahu dan mengenali Asy Syahid. Saya rasa inilah konvensyen yang julung-julung kalinya di adakan di Malaysia untuk membincangkan fikrah pemikiran beliau dalam kita sibuk dan penuh semangat untuk memperjuangkan serta membela bangsa. Jom, jemput hadir..

TARIKH: 30 JANUARI 2010
TEMPAT: DEWAN SRI SARJANA, UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN), KAMPUS PUTRAJAYA
ANJURAN: IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

OBJEKTIF

i. Memberikan kefahaman tentang manhaj perubahan Islam.
ii. Memberi kesedaran tentang kepentingan aspek Maqasid Syarak dalam menilai situasi politik semasa.
iii. Memberikan tasawur agenda perubahan yang jelas, praktikal dan berkesan.
iv. Mengukuhkan kesedaran dan keyakinan mengenai pilihan penyelesaian Islam terhadap kemelut umat.

PEMBENTANG KERTAS KERJA

Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
Naib Presiden II
Ikatan Muslimin Malaysia

Ustaz Hj Mohd Hazizi bin Hj Ab. Rahman
Timbalan Setiausaha Agung
Ikatan Muslimin Malaysia

Ustaz Hj Mohd Rusdi bin Hj Alias
Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia
Ikatan Muslimin Malaysia

Pendaftaran boleh di lakukan secara online . Boleh layari laman web :

http://kobanna.ismaweb.net/

Ayuh… jadilah anda salah seorang yang ambil peduli dan peka terhadap urusan umat Islam dan Bangsa Melayu.. jumpa di sana. InsyaAllahu taala.

KALIMAH “ALLAH” MESTI KITA PERTAHANKAN

Posted by: wanita isma on: 9 Januari 2010

Bismillahirramanirrahim…

“Katakanlah ( Muhammad), ” Dialah ALLAH Yang Maha Esa. ALLAH tempat meminta seegala sesuatu. (ALLAH) tidak beradak dan tidak pula diperanakkan . Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia .”

Ketegangan semakin dirasai dan seharusnya di rasakan kesensitifannya oleh ummat Islam apabila Mahkamah Tinggi telah meluluskan penggunaan kalimah ” ALLAH ” oleh Herald catholic weekly . Ini adalah  isu aqidah, isu agama yang perlu kita pertahankan. Apakah kita hanya mengambil langkah berdiam diri sedangkan  perbuatan mereka itu sudah melampau,  kononnya untuk menjaga perpaduan??  Jangan biarkan mereka memijak kepala kita.. kita ada maruah..  ini Isu ketuhanan yang suci. Mana mungkin di samakan Allah Tuhan yang Esa yang kita fahami selama ini yang dengan kefahaman mereka yang menyengutukan / mensyirikkan Allah. .!!

Apabila nama ALLAH di benarkan dalam tulisan mereka, maka ia akan membuka implikasi yang besar kepada umat Islam:

1. Pertamanya, akan berlakunya kekeliruan terjemahan, seperti ” Son of God” kepada anak-anak Allah, dan  ” Gods wife” kepada isteri-isteri Allah.

2. Allah yang selama ini di fahami sebagai Tuhan yang Esa / tunggal kelihatan mahu diubah maksudnya. Amat membimbangkan anak-anak dan generasi akan terus dirasuk fikiran mereka.

Hari ini mereka ingin menggunakan kalimah Allah,, esok mereka akan buat kacau lagi dengan mencabul kesucian Rasul dan Al Quran pula… Sesungguhnya tidak akan berpuas hati orang-orang Yahudi dan Nasara sehinggalah kamu mengikut agama mereka.  Mereka sentiasa menyusun strategi tanpa mempedulikan sensitiviti umat Islam , tanpa mengambil kira betul atau salah dari segi fakta , bahasa , sejarah dan seumpamanya.

Ada yang berhujjah, semua agama menuju yang Esa, cuma berbeza dalam bentuk ibadat dan doa yang di sampaikan. Fahaman ini amat merbahaya kerana seolah-olah mengiktiraf semua agama sama. Maknanya Al Quran sama taraf dengan Injil dan Bible, para Rasul sama dengan Confucius, dan pelbagai lagi. Innadeean indallahil Islam [ sesungguhnya agama di sisi Allah itu adalah Islam , Ali Imran : 19].

Hakikatnya kemelut ini menuntut mereka yang memahami agama Islam yang suci ini untuk bekerja lebih keras,, menyebarkan dakwah Islam yang jelas dan berusaha untuk mengembalikan ketuanan Islam di muka bumi ini. Selagi mana tiada kuasa Khalifah yang berdaulat dan di taati selagi itulah masaalah  umat manusia di muka bumi ini tidak dapat diselesaikan secara konkrit.

semai mesra 2010

Posted by: wanita isma on: 15 November 2009

more about "semai mesra 2010", posted with vodpod

AMALAN MALAM PERTAMA BULAN RAMADHAN

Posted by: wanita isma on: 18 Ogos 2009

ramadhan

Apakah amalan yang perlu kita lakukan dalam bulan Ramadhan?  Pada malam pertama Ramadhan, malam yang khas ..

Mari kita lihat hadith riwayat At Tarmizi daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda :

اذا كان أول شِهر من شهر رمضان صفد الشيطان ومردّة الجن وغلقت ابواب النار و فتحت ابواب الجنة وينادي منادى

Maksudnya : apabila tiba hari pertama dari bulan Ramadhan akan dibelengu para syaitan, di ikat para jin, di tutup pintu-pintu  nereka, dibuka pintu-pintu  syurga dan akan berserulah orang si penyeru

Malam pertama bulan Ramadhan sangat ditunggu-tunggu oleh para sahabat kerana ia adalah malam yang agung dalam setahun. Lima perkara yang perlu dilakukan  :

1. Melihat hilal [anak bulan]. Lantas kita berdoa dengan doa yang di ajarka oleh Rasulullah SAw dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Tarmizi, Ahmad, hakim dan Ibnu Hibban di dalam musnad Ad Darimi dari Ibn Umar R.A berkata , bahawa Rasulullah SAw apabila melihat hilal baginda bersabda :

الله اكبر ألّلهم اهله علينا بلأمن والآيمان و السلامة والاسلام و التوفيق لما تحب وترضى ربنا وربك الله

Maksudnya : Allah Maha besar . Ya Allah kurniakanlah kami keamanan, keimanan , keselamatan dan Islam serta taufek dengan apa yang Engkau sukai dan redhai. Tuhanku dan tuhan mu hanyalah Allah.

Bulan ramadhan bulan yang aman, Aman daripada maksiat dan syaitan. Bulan selamat, selamat iman dengan ketaatan. Bulan selamat daripada api neraka. Bulan Islam. Tuhan kita tuhan yang sama.

Jika kita tidak melihat sendiri anak bulan pun boleh baca doa di atas.

2. Hantar ucapan tahniah melalui sms, telepon dan sebagainya kepada mereka yang kita kenal mau pun tidak kenal, untuk menaikkan semangat-semangat mereka, untuk giatkan amalan ketaatan.

3. Bagi yang telah berkeluarga, jadikan anak-anak gembira dengan kedatangan Ramadhan , dengan memberi hadiah, memasang lampu, baju khas dan hiasan-hiasan di rumah. Kerana kita ingin mengikat hati anak-anak kita dengan kebesaran bulan Ramadhan. Menanamkan kepada mereka bahawa ramdhan adalah bulan yang agung dan istimewa.. bukan semata-mata kesusahan dan kepayahan berpuasa tetapi di dalamnya adalah  kegembiraan.

4. Qiamul lail . Pada malam pertama Ramadhan jangan lupa berqiamul lail. keluarga

5. Himpunkan niat. Ini penting untuk memulakan Ramadhan.

Pertama : Kita berniat untuk berpuasa esok . Manakala  fuqaha’ mengharuskan untuk kita berniat berpuasa keseluruhan bulan .

Kedua: Niat kembali [ taubat]. Iaitu kembali secara total kepada Allah taala. Kerana ini adalah satu peluang yang besar di dalam bulan ramadhan untuk kita kembali, atau bertaubat kepada Allah taala. Allah sangat gembira apabila hamba-hambaNya kembali kepadanya. Lantaran itu berniatlah bersungguh sungguh untuk kembali kepada Allah SWt dangan taubat yang sempurna , daripada semua dosa kecil dan dosa besar.

Rukun taubat ialah :

  • Meninggalkan perbuatan dosa
  • Menyesal
  • Berazam tidak akan mengulangi lagi.

Jika kita ada terambil hak orang, maka pulangkan lah.. sesungguhnya Ramadhan adalah sepenting-penting musim untuk pengampunan dosa.

Hadis Rasulullah saw , di riwayatkan dari Abu Hurairah ;

الصلوات الخمس, والجمعة الى الجمعة و رمضان الى رمضان مكفرات ما بينهنّ اذا اجتنبت الكبائر

Maksudnya : Sembahyang lima waktu, solat jumaat ke jumaat, Ramadhan ke Ramadhan menghapus dosa di antara keduanya apabila dijauhi dosa-dosa besar.

Ketiga: Niat untuk melipat gandakan ibadah. Kita mesti mempunyai azam yang bersungguh-sungguh untuk beribadat kepada Allah Taala. Ibadat dalam bulan Ramadahan mesti berbeza daripada ibadat pada bulan-bulan yang lain, seperti kita menggandakan qiamullail, berdoa, berzikir dan sebagainya.

Keempat : Niat untuk kuatkan ikatan persaudaraan antara orang Islam, hubungkan silatur rahim yang putus.

Kelima : Berniat untuk mengajak orang lain sama-sama kembali kepada Allah, seperti mengajak orang yang merokok supaya berhenti merokok, mengajak wanita memakai hijab yang sempurna dan sebagainya. Kerana pada bulan ini syaitan di belengu, maka jadikanlah diri kita sebagai ’sebab’ orang lain dapat hidayah .

ولئن يهدي الله بك رجلا واحدا خير لك من حمر نعم

Maksudnya : Dan jika Allah memberi hidayah kepada seorang lelaki dengan sebab kamu , adalah lebih baik daripada unta merah.

solat

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Posted by: wanita isma on: 17 Ogos 2009

Ahla wa sahlan bikum.. Pada hari ini kita berada di dalam perhimpunan yang sangat mulia. Pada hakikatnya kita memang menunggu-nunggu perhimpunan ini. Daripada tahun ke tahun, manakala hati merinduinya. Sentiasa dan sentiasa di tunggu-tunggu oleh semua orang Islam lelaki, wanita, dewasa mau pun kanak-kanak. Allah telah mencampakkan ke dalam hati kita kasih kepada perkara tersebut. Semua manusia menunggu hari tersebut dengan penuh kerinduan..masjid

Kita berhimpun untuk menyambut kedatangan bulan yang mulia. Sebaik-baik bulan dalam setahun, seafdhal afdhal hari dalam setahun. Namun ini bukalah pertama kali kita semua berhimpun untuk tujuan yang sangat mulia ini. Hari ini kita berbicara tentang satu topik yang berbentuk amali dan praktikal. bagaimana kita merancang, menyusun hari-hari yang mendatang di dalam bulan ramadhan. Supaya apabila kita meninggalkan Ramadhan nanti  kita telah mengambil sebanyak mungkin kebaikan daripadanya.

Sebelum kita masuk ke dalam tajuk yang berbentuk amali ini mari kita berhenti sejenak untuk merenung sebuah hadis yang kita ketahui tentang bulan yang kita akan sambut nanti, hadis ini masyhur dan kita semua tahu.

Hadis riwayat Bukhari, daripada Abu hurairah R.A daripada Rasulullah SAW bersabda : Firman Allah Azza wa jalla ( Hadis Qudsi )

Maksudnya : Semua amalan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa., sesungguhnya ia untukku dan aku yang akan memberi ganjaran baginya.

Kenapa Allah firmankan dengan ‘ sesungguhnya ia untukku dan aku yang akan memberi ganjaran baginya? sedangkan semua amalan adalah untuk allah SWT. Ulama menyatakan dalam mentafsirkan hadis ini :

” Semua amalan ada zahirnya yang mungkin boleh membawa kepada riak. Solat ada amalan zahirnya, zakat ada amalan zahirnya, melainkan puasa. Sesungguhnya niatnya tiada seorang pun yang mengetahuinya melainkan Allah SWT.  Pada masa yang sama manusia tidak dapat menentukan ada amalan-amalan tertentu yang menunjukkan bahawa seseorang itu berpuasa. Melainkan jika dia memberi tahu bahawa dia puasa. Di sini baru ada riak, tetapi secara umumnya puasa adalah amalan yang tidak diketahui.”

Masa berpuasa yang lama, iaitu daripada terbit fajar sehingga maghrib tidak mampu untuk seseorang mengekori seseorang sama ada ia puasa atau tidak. Sehubungan dengan itu tidak dapat tidak ia perlu kepada TAQWA , sehingga manusia itu mampu untuk menahan dirinya daripada makan dan minum sepanjang hari. Berbeza dengan zakat, solat dan haji serta umrah, masing-masing mempunyai amalan-amalan yang terhad masanya, dan seseorang itu boleh berpua-pura. kerana itulah Allah katakan :

و أنا أجزبه

iaitu Allah mngurniakan ganjaran yang tidak diketahui oleh manusia, yang tidak tergambar oleh manusia. Allah memberikan ganjaran pada amalan yang lain sama ada 10 kali ganda atau lebih.  Allah tentukan pahala untuk puasa hanya daripadaNya, kerana :

  1. Untuk memuliakan manusia pada sisi Allah SWT.
  2. Manusia tidak mampu menggambarkan betapa besarnya pahala amalan puasa ini.

firman Allah;

انما يوفّ الصابرون بغير الحساب

maksudnya :  Sesungguhnya akan disempurnakan pahala bagi orang-orang yang sabar tanpa hisab.

Kebanyakkan ahمi tafsir menyatakan perkataan As sobiruna di dalam ayat itu ialah orang yang berpuasa. Subhanallah.. di dalam puasa itu terkandung ’sabar’. Semua jenis sabar terkumpul di dalam amalan puasa. Sabar pada ketaatan, sabar pada maksiat, sabar daripada kesusahan, kelaparan, dahaga dan meninggalkan syahwat. Hakikatnya puasa itu memerlukan renungan yang panjang.

P:uasa amalan yang agung itu perlu kepada perancangan yang tersusun. Bulan ini bukan semata-mata untuk kita tunaikan ibadah tertentu untuk dekatkan diri kepada Allah, tetapi Ramadhan adalah satu metodologi pengislahan yang komprehensif atau menyeluruh. Bukan untuk bulan Ramadhan sahaja tetapi untuk sepanjang tahun . Sesiapa yang memandang serius dengan Ramadhan maka sesengguhnya dia telah memberikan perkataan yang serius untuk umurnya keseluruhannya. Inilah yang semestinya di fahami oleh setiap muslim. Untuk menjadikan keseluruhan hidupnya adalah untuk Allah SWT.

قل ان الصلاة ونسك ومحياي ومماتى لله رب العالمين

” Katakanlah sesungguhnya solatku , ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah semesta alam .”

Ramadhan membantu kita untuk melaksanakan semangat ini dengan penuh tanggung jawab. Pada sudut yang lain pula , orang Islam yang tidak mengambil menfaat pada bulan ramadhan dengan sepenuh-penuh menfaat maka dia adalah muslim yang terhijab, bahkan bukan terhijab pada bulan Ramadhan sahaja tetapi terhijab sepanjang tahun daripada kebaikan , juga seluruh kehidupannya.

lampu

Biasanya sesiapa yang mensia-siakan Ramadhan maka dia akan mensia-siakan kebaikan yang lain sepanjang tahun bahkan sepanjang umurnya.

Kedua, Ramadhan bukan semata-mata saat untuk mengislah diri , tetapi ia adalah untuk umat keseluruhannya. Tidakkah ummat ini terdiri daripada individi-individu, apabila individu-individu ini baik dan soleh maka akan baik dan solehlah keadaan umat Islam seluruhnya.Dalam keadaan umat menghadapi berbagai krisis sekearang ini maka jadikanlah Ramadan sebagai satu peluang yang hakiki. Di mulakan denga usaha yang bersungguh-sungguh untuk keluar daripada krisis dan konflik , perselisihan yang berlaku.

Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia.

Ketika hendak keluar dari Bulan Ramadhan barulah kita sedar akan harga saat-saat dan detik-detik yang ada dalam bulan Ramadhan itu. Saat-saat Ramadhan tidak sama dengan detik dan saat pada bulan-bulan lain. Mungkin Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir dalam kehidupan kita. Kerana itu kita perlu berikan perhatian kepada tiap-tiap detik dalam Ramadha itu. Mudah-mudahan kita akan menjadi manusia baru berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.

Tidak kurang pentingnya juga, Ramadhan bukan semata kita keluar daripada Ramadhan tetapi lebih bahaya bahawa sesiapa yang tidak mengambil menfaat daripada Ramadhan dan tidak lebih baik dari sebelumnya maka dia akan terkebelakang dan tertinggal.

——————————————————————————————————————————————–

[ Tulisan ini ialah dari ceramah Al Ustaz Dr.Raghib Sarjani yang telah di terjemahkan .  Semoga mendapat menfaat.

MALAM ASPIRASI SENI 2009, MERIAH..

Posted by: wanita isma on: 13 Ogos 2009

Pada 1 ogos 2009 yang lalu telah berkampung sekelian warga Isma Seremban untuk menjayakan MalamAspirasi Seni 2009 Bersamamu Palestin [MAS]  di Dewan Besar Pusat Dakwah Islamiyyah , Paroi.  Acara tahunan yang telah di adakan ke sekian kalinya sejak tahun 2000 masihi. Yang sebelum ni popular denga nama Malam air mata Palestin. Setelah puas berendam air mata memperjuangkan nasib rakyat Palestin, kali ini semangat terus bersemarak membara dengan Malam Aspirasi Seni yang formatnya diubah suai dengan lebih kreatif. Satu inovasi yang baik dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Dari pagi se awal jam 8 telah ada urus setia dan petugas-petugas yang mengunjungi Pusat Dakwah ini untuk memulakan tugas . Persiapan dewan, PA Sistem, gerai-gerai dan pameran di passtikan segala persediaannya yang terbaik. Maklumlah malam nanti kita nak menyambut tamu-tamu yang ramai.Gerai-gerai pameran dan jualan mula beroperasi sejak jam 10 pagi. Kiri kanan dewan di penuhi dengan gerai. Kami juga cuba cari pegalaman berniaga satu gerai yang beraneka barang makanan dan minuman. Sesak gerai tu dengan barang-barang  dan peniaga-peniaga sekali.. maklumlah masing – masing nak uji bakat..!!  [ semuga bawa berkat.!} . Sebenarnya inilah detik-detik manis yang bukan selalu kita dapati,, adik-adik dari USIM dan UIA masing-masing turun padang.. Jual air asam kasturi, rosell dan air soya.. nasi lemak yang di impot khas dari Port Dickson, nasi goreng, me goreng, rojak buah, buah potong, beraneka roti, kerepek , kacang dan bermacam-macam lagi. Satu lagi ..., kek coklat ' mois'.. antara yang terlaris. Jiran sebelah kami dari Isma DHL pula sebok dengan jualan t.Shirtnya.

Pengarah Jabatan Agama Islam dan  setiausaha Mains adalah vvip yang akan hadhir pada acara Malam . Puan Mahaya Yassin yang selama ini hanya ku dengar suaranya di corong radio kini tampil mendeklimasikan sajaknya yang dicipta khas buat malam Aspirasi Seni ini, beliau merupakan ketua satu Persatuan  Penulis N.Sembilan (PEN). Dan seorang lagi seorang tokoh sasterawan iaitu Nisah Haron, yang merupakan seorang peguam, namun berjiwa seni. Sajaknya " Kita Bangsa yang selesa " dapat mencuit hati dan perasaan para remaja dan dewasa yang hadhir. Sajak-sajak yang mereka berdua kumandangan diselang seli oleh tepukan gemuruh hadhirin yang bersemangat.

" Muaz & Eqhwah " merupakan satu kumpulan nasyid life yang menggamatkan dewan. Lagu-lagu yang di bawanya amat bertenaga sesuai dengan BersamaMu Palestin. Kumpulan nasyid orang muda... Sambil  mewarwarkan kutipan tabung Palestin yang akan dibawa oleh para petugas, nasyid di alun dan dikumandangkan.

Sebenarnya  di sebelah petang telah berlangsung acara Nasyid dan sajak, sekolah-sekolah. sememangnya penuh dewan..  Acara yang di hadiri oleh ramai pelajar-pelajar sekolah dan guru-guru pengiring mereka.  SEronok tengok anak-anak remaja yang berjinak dengan hiburan berunsur Islam... minta-minta mereka ni adalah anak-anak yang menolak hiburan dan konsert yang melalaikan di luar sana.. [ inilah harapan kami yang dah semakin veteran ni buat generasi hadapan.. hu hu.. ]

nazimNAZIM, nadi asybal dan zahrawat tidak ketinggalan untuk bersama-sama di dalam program MAS ini, di mana acara pertandingan mewarna masjidil Aqsa telah berjalan serentak dengan nasyid Pelajar Sekolah menengah. Acara mereka di adakan di kaki lima surau . Sambutan menggalakkan. .. Di kendalikan oleh AJK NAZIM dan dejay undangan, iaitu ustaz Faisol dari Kuala Pilah yang menghiburkan dan bercelotah bersama peserta pertandingan mewarna. Hadiah menarik disediakan untuk anak-anak tersayang. Semuga perasaan kasih mereka terhadap Al Aqsa kiblat pertama umat islam ini akan terus terpahat . Mudah-mudahan akan lahir perasaan tanggung jawab mereka terhadap bumi Palestin yang ternoda itu.

NAZIM

NAZIMNAZIM

LAGU ISMA

Posted by: wanita isma on: 5 Ogos 2009

more about "LAGU ISMA", posted with vodpod

SAUDARA KU MUSLIMIN CHINA DALAM DERITA

Posted by: wanita isma on: 5 Ogos 2009

Ramai memuji kehebatan pembangunan di Cina namun di belakang propaganda ini terdapat kemelaratan, penindasan dan konspirasi pemaju hartanah dengan pegawai kerajaan. Tanah rakyat mereka di rampas saperti ganster dan di tapak itu akan di dirikan condominium oleh pemaju yang telah bersengkokol dengan pemerintah Cina yang korup. Pemerintah Cina mengaut keuntungan dengan memperalatkan undang undang zalim bagi memberi ruang korporat dalam dan luar menjana kekayaan. Keganasan kerajaan China di Turkistan Timur telah menarik masyarakat dunia menilai kembali tanggapan bahawa China sudah benar benar bebas dari kekejaman semenjak berlaku rampasan kuas kominis Moa Tse Tung yang primitif pemikirannya dan fascist. Disebalik uniform pegawai China yang kemas dan moden, jiwa fascist dan oppresif masih wujud malah melampau mengalahi regime yang sebelumnya.

Ummat Islam akhir zaman ini terus menjadi mangsa kuffar di segenap penjuru, satu persatu. Saudara se Islam kita di tindas, di sakiti malah di bunuh. Pergolakan di negara – negara Arab seperti Palestin, Lubnan dan Iraq belum selesai kini di negara China rupanya juga menjadi sasaran. Bumi Kashmir, Bosnia, Kosovo dan checnya masih sudah mereka injaki .

Kerana Aqidah Islam yang kita pegang menyebabkan musuh terus-terusan berdendam. Namun kita adalah ummat yang bermaruah… tidak semudah itu untuk mereka perkotak katikkan kita.. ayuh wahai muslimin muslimat, bangkitlah dari lena mu. ” sesiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan orang-orang Islam, maka ia bukanlah dari mereka.”

Kisah derita sengsara mereka mesti kita peduli..

ANTARA NATRAH DAN MICHAEL JACKSON

Posted by: wanita isma on: 14 Julai 2009

Apakah yang kita rasakan atas pemergiaan mereka berdua ? Apakah yang terlintas di fikiran kita? Kedua-dua mereka telah meninggalkan sejarah tersendiri dalam lipatan kehidupan mereka.

Michael Joseph Jackson (lahir 29 ogos 1958 – meninggal 25 Jun 2009 ), sering dikenali sebagai MJ dan “Raja Pop“, ialah pemuzik, pengjibur, dan ikon pop dari Amerika Syarikat  yang menjadikan kejayaan kerjaya dan hidup peribadi yang penuh kontroversi sebagai sebahagian budaya pop selama 40 tahun.

Nadra Maarof atau nama belanda Bertha Hertogh (1937-2009) pula adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit . Beliau meninggal dunia pada 9 Julai 2009 pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda akibat penyakit leukemia.

Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950, akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.

Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.

Namun undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.

Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.

Keputusan mahkamah itu menimbulkan kemarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

natrah

Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.

Natrah yang menggunakan nama Bertha pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda

Kematian Jacko mendapat liputan meluas di seluruh dunia . Upacara gilang-gemilang bagi memberi penghormatan terakhir kepada Raja Pop itu telah berlangsung  di Staples Center .

MJ - 2MJ- 1

Keluarga Jackson telah membuat kejutan dengan mengambil keputusan, meletakkan keranda yang bersadur emas  untuk tatapan umum pada upacara penghormatan  selepas majlis penghormatan secara tertutup dilakukan di tanah perkuburan Forest Lawn Memorial Park, Los Angeles.

Mereka yang hadir pada upacara itu tidak mampu membendung perasaan sedih dan pilu apabila mengenangkan pemergian penghibur tersohor dunia itu pada 25 Jun lalu. Ketika jenazah diusung dalam keranda emas yang diliputi mawar merah ke dalam Staples Center, suasana pilu menyelubungi dewan. Pastinya yang terlalu merasakan kehilangan Jackson ialah kaum keluarganya.

Antara yang hadir adalah Larry King, Dionne Warwick, Smokey Robinson, Spike Lee, Chris Brown, Magic Johnson, Kobe Bryant, Kenneth “Babyface” Edmonds, Corel Feldman, Gladys Knight dan P. Diddy.

Bukan itu sahaja, beberapa bintang ternama dunia juga diberi peluang mengadakan persembahan pada upacara itu seperti Mariah Carey, Jennifer Hudson, Usher, Lionel Richie, Stevie Wonder, John Mayer dan abang Jackson sendiri, Jermaine.

Upacara itu juga disiarkan secara langsung di seluruh dunia dengan tontonan yang dianggarkan seramai satu billion penonton.

….. Terguris rasanya hati apabila seorang yang pernah memeluk Islam akhirnya kembali menemui Allah dalam keadaan telah berpaling dari agama. Siapakah yang patut kita persalahkan, penjajah? Undang-undang? atau ummat Islam itu sendiri. Natrah tidak dapat di selamatkan.. khilafah yang hilang menyebabkan ummat Islam tidak ada tempat bergantung. Terumbang ambing akhirnya . Relakan perkara ini berlaku lagi dalam sejarah ummat Islam, malahan generasi kini sebenarnya kurang pendedahan terhadap isu yang pernah menjadi sebab rusuhan pada tahun 1950 dahulu.

Walaupun Natrah memeluk Islam ketika usia masih mentah namun kehidupannya banyak dicorakkan oleh keluarga angkatnya Che Aminah yang sempat mengahwinkan beliau dengan Mansor Adabi. Islam agama fitrah semestinya  turut membekas di hati Natrah yang terpaksa mengharungi kehidupan yang tidak keruan selepas keislaman dan perkahwinannya dengan orang Islam .

Namun iman sebenarnya tidak semudah  diucapkan.  Ia memerlukan tarbiah berterusan dan biah solehah untuk ia terus mekar. Apabila Natrah telah kembali kepangkuan keluarganya , kehidupannya berubah kerana terputus dari tarbiah dan biah Islamiyyah.

….. Bagai mana pula dengan MJ? Ya kita sebagai orang Islam tidak sepatutnya terikt-ikut orang asing dalam memuja-muja MJ.  Sebagai orang Islam kita mempunyai prinsip dan cara hidup kita sendiri. Sudah menjadi kebiasaan para artis untuk menjadi kemasyhurandan kekayaan yang kononnya untuk kepuasan. Akhlaq luar biasa MJ sewajarnya menjadi keinsafan bukan kebanggaan kita. Usahlah membuang masa semata-mata membelai perasaan yang amat mencintai bidang hiburan.

Islam tidak menghalang untuk kita berhibur, namun ia mempunyai batas dan etika .  Sesungguhnya matlamat kewujudan manusia itu sebenarnya adalah untuk beribadah iaitu mengabdikan diri kepada Maha Pencipta. Biarlah segala gerak laku kita selari dengan matlamat suci ini lahir dan batin. Kita meletakkan Allah di tempat yang utama, kerana dalam keruntuhan akhlaq yang melanda dunia hari ini tiada satu alat pun yang boleh memperbaikinya selain agama. Dengan agamalah kita hidup dan mati. Para anbiya’ telah di utuskan untuk membawa risalah ini, lantaran itu merekalah qudwah kita .

Kita lihat dan nilai kedua-dua individu ini melalui kaca mata agama,  merasa sensitif terhadap isu-isu yang berkaitan agama, aqidah dan akhlaq. Inilah uniknya syahsiah muslimah, mereka mempunyai hidup yang terpimpin bukan umpama lalang yang hanya mengikut deru angin.

</div

 

Februari 2010
I S R K J S A
« Jan    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

Flickr Photos

berkongsi pengalaman-kak rokiah

sediakan makanan bersama

perancang pembina rumah

kita bersatu berukwah di ISMA

More Photos
Watch videos at Vodpod and other videos from this collection.

Statistik Blog

  • 2,094 hits

TAZKIRAH :

Daripada Fudhail bin Iyadh : 5 tanda kebahagiaan seseorang , iaitu : 1. Keyakinan dalam diri 2. Wara' dalam beragama 3. Zuhud terhadap dunia 4. Malu jika melakukan maksiat. 5. Takut kepada Allah Manakala 5 tanda kecelakaan pada seseorang : 1. keras hati [tidak menerima nasihat dan teguran] 2. tidak mempunyai perasaan kasih sayang 3. Tidak merasa malu jika melnaggar hukum Allah. 4. Tamak dengan dunia. 5. Panjang angan-angan.