IMG_0250

Originally uploaded by sweetchoose

Advertisement

Mari sama-sama boikot..!!

boycott-bullets560x388boycottharammmnboikot2boycott-poster3

INSOMNIA vs NARKOLEPSI

iNSOMNIA  merupakan satu masaalah kesukaran untuk tidur yang kerap berlaku kepada seseorang. Namun, terdapat satu penyakit bertentangan dengan insomnia yang lebih teruk iaitu NARKOLEPSI [narkoleptik]. Yang sebaliknya berbanding isomnia, pesakit narkoleptik tidak dapat kekal sedar pada waktu siang. Pesakit berkemungkinan “tidur” secara tiba-tiba, antara 5 hingga 20 minit tanpa mengira 20 tempat atau masa, sama ada sedang menari rancak, bercakap atau memandu . Mereka juga mungkin mengalami masaalah keanjalan otot secara mengejut dan menyebabkan mereka rebah atau menjadi lembik.

Punca sebenar penyakit ini belum diketahui tetapi beberapa kajian baru-baru ini menunjukkan kaitan dengan penyakit autoimun serta gen-gen tertentu pada kromosom keenam manusia, dan dikait rapat dengan pewarisan genatik.

fcb08778acdf47e2

– dipetik dari Nukleus.. Mingguan Malaysia –

melentur buluh dari rebung

Vodpod videos no longer available.

more about “melentur buluh dari rebung“, posted with vodpod

 

 

 

IFTAR WANITA ISMA SEREMBAN 1429/08

MULTAQA ALUMNAI AL AZHAR 2008

Sekadar renungan

img_1867

 

Firman Allah swt maksudnya :

” Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit lalu kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya. dan di antara gunung ganang paula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah yang berlainan warnanya [tua dan muda] dan ada juga yang hitam legam. Demikianlah pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta  binatang-binatang ternak , adalah berlainan jenis dan warnanya. Sesungguhnya orng yang takut kepada Allah dikalangan hamba-hambanya hanya orang-orang yang berilmu”.

Al-Fathir : 27 – 28

AL-FAHM

faham? are you understand?Menurut Al Imam asy Syahid Hassan Al Banna;

AlFahmu yang saya maksudkan adalah : anda meyakini bahawa fikrah kita adalah fikrah islamiyyah yang murni dan anda memahami Islam sebagaimana kami memahaminya dalam bingkai 20 prinsip yang ringkas.

Fahaman yang benar membantu salamatul amal dan perlaksanaan yang baik dan memelihara dari tergelincir.

Umar Abd.Aziz pernah berkata :

” Orang yang beramal tanpa didasri ilmu, unsur yang merosakkan adalah lebih banyak dari maslahatnya.”

Orang ikhlas yang beramal, tetapi tidak memiliki kefahaman yang benar tidak mampu menempatkan sesuatu pada tempatnya, malahan mungkin akan trsesat lebih jauh.

Penyebab kesesatan tersebut ialah kerana cacatnya pemahaman dan menyimpang. Ibn Taimiyyah berkata mengenai kaum Khawarij :

‘Meskipun mereka solat, berpuasa dan banyak membaca Al Quran, namun mereka terkeluar daripada kelompok ahlus sunnah wal jamaah . Mereka adalah kaum ahli ibadah, wara’ [berhati-hati terhadap perkara syubhah] dan zuhud, tetapi tidak diasaskan dengan ilmu  [kefahaman ]”  

[ Majmu’ fatawa ibn Timiyyah , juz : 28 ]    

Sabda Rasulullah saw :

فقيه واحد أشد على الشيطان من ألف عابد

Maksudnya : Seorang yang faqih adalah lebih berit di sisi syaitan dari seribu abid.

[ Hadith riwayat : At Tarmizi ].  

Umar Al khatab pula berkata :

” Kematian seribu orang ahli ibadah yang selalu besolat malam dan berpuasa diwaktu siang, lebih ringan dari kematian oang yang ‘aqil [cerdik] yang mengetahui hal-hal yang dihalal dan di haramkan Allah”.

Ibnu Abbas r.a telah dimuliakan miskipun sangat muda, melebuhi tokoh-tokoh tua, kerana pemahaman baik yang dikurniakan Allah kepadanya. Sehingga ia berhak menjadi anggota Majlis Syura amirul Mukminin Umar bin Al Khatab.

Oleh itu wahai saudaraku, berusahalah memiliki pemahaman yang benar dan cermat. Pemahaman yang mencapai dasar urusan dan menempatkannya pada tempatnya, tanpa berlebihan dan tanpa meremehkan. Pemahaman yang murni dan jernih, menyeluruh dan syumul.

Ign Qayyim pernah berkata ;

” Pemahaman yang sahih merupakan cahaya yang disemyamkan oleh Allah dalam hati hambaNya. Dengannya ia dapat membezakan antara yang baik dan buruk , yang hak dan yang batil, petunjuk dan kesesatan, kesesatan dan jalan yang lurus…”

[ A’lam Muwaqqi’in : 1/87 ].