AL-FAHM

faham? are you understand?Menurut Al Imam asy Syahid Hassan Al Banna;

AlFahmu yang saya maksudkan adalah : anda meyakini bahawa fikrah kita adalah fikrah islamiyyah yang murni dan anda memahami Islam sebagaimana kami memahaminya dalam bingkai 20 prinsip yang ringkas.

Fahaman yang benar membantu salamatul amal dan perlaksanaan yang baik dan memelihara dari tergelincir.

Umar Abd.Aziz pernah berkata :

” Orang yang beramal tanpa didasri ilmu, unsur yang merosakkan adalah lebih banyak dari maslahatnya.”

Orang ikhlas yang beramal, tetapi tidak memiliki kefahaman yang benar tidak mampu menempatkan sesuatu pada tempatnya, malahan mungkin akan trsesat lebih jauh.

Penyebab kesesatan tersebut ialah kerana cacatnya pemahaman dan menyimpang. Ibn Taimiyyah berkata mengenai kaum Khawarij :

‘Meskipun mereka solat, berpuasa dan banyak membaca Al Quran, namun mereka terkeluar daripada kelompok ahlus sunnah wal jamaah . Mereka adalah kaum ahli ibadah, wara’ [berhati-hati terhadap perkara syubhah] dan zuhud, tetapi tidak diasaskan dengan ilmu  [kefahaman ]”  

[ Majmu’ fatawa ibn Timiyyah , juz : 28 ]    

Sabda Rasulullah saw :

فقيه واحد أشد على الشيطان من ألف عابد

Maksudnya : Seorang yang faqih adalah lebih berit di sisi syaitan dari seribu abid.

[ Hadith riwayat : At Tarmizi ].  

Umar Al khatab pula berkata :

” Kematian seribu orang ahli ibadah yang selalu besolat malam dan berpuasa diwaktu siang, lebih ringan dari kematian oang yang ‘aqil [cerdik] yang mengetahui hal-hal yang dihalal dan di haramkan Allah”.

Ibnu Abbas r.a telah dimuliakan miskipun sangat muda, melebuhi tokoh-tokoh tua, kerana pemahaman baik yang dikurniakan Allah kepadanya. Sehingga ia berhak menjadi anggota Majlis Syura amirul Mukminin Umar bin Al Khatab.

Oleh itu wahai saudaraku, berusahalah memiliki pemahaman yang benar dan cermat. Pemahaman yang mencapai dasar urusan dan menempatkannya pada tempatnya, tanpa berlebihan dan tanpa meremehkan. Pemahaman yang murni dan jernih, menyeluruh dan syumul.

Ign Qayyim pernah berkata ;

” Pemahaman yang sahih merupakan cahaya yang disemyamkan oleh Allah dalam hati hambaNya. Dengannya ia dapat membezakan antara yang baik dan buruk , yang hak dan yang batil, petunjuk dan kesesatan, kesesatan dan jalan yang lurus…”

[ A’lam Muwaqqi’in : 1/87 ].

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s