” Katakanlah! inilah jalanku. Aku menyeru kepada agama Allah dengan keterangan yang jelas, aku berserta pengikutku. Maha Suci Allah, tidaklah aku termasuk ke dalam golongan yang mempersekutukannya “.
[ Yusuf : 108]
“Mengikut Rasul” , bererti beriman kepadanya dan menyeru orang lain ke dalam agamanya, ” dengan keterangan yang jelas “, ialah keterangan yang berdasarkan ilmu pengetahuan dan kebenaran, seperti juga para Rasul menyeru kaumnya dengan keterangan yang jelasdan kebenaran.
Yang demikian itu bererti sebagai kelaziman iman seorang muslim bahawa ia menyeru kepada Allah dan apabila ia meninggalkan tugas berdakwah bererti imannya berkurang , maka wajiblah dia diperingati untuk melaksanakan dakwah ini, dan wajiblah ia berdakwah kembali.
Ibn Kathir pernah berkata dalam menafsirkan ayat di atas ” Allah telah berfirman kepada Rasulnya untuk menyampaikan agama kepada ummmat manusia inilah jalan saya, inilah jalan agama dan sunnahnya, mengucap syahadah tiada Tuhan selain Allah, menyeru dan mengajak manusia mengucapkan syahadah dengan ketrangan-keterangan yang jelas dan diperkuatkan dengan bukti dan dalil. Dan orang-orang yang mengikutnya menyeru kepada apa yang diseru oleh RAsul berdasarkan keterangan yang jelas dan dikuatkan dengan bukti dan dalil aqal dan agama . [ tafsir ibn Kathir 11/95 – 196 ]
– USUL AD DA’WAH, DR.ABD KAREM ZAIDAN –
komen terkini