SUJUD ABADI

nature-104

Ubudiyyah atau kehambaan secara keseluruhannya hanyalah tertuju kepada Allah SWT, yang telah mencipta. Al Quran menyebutkan, maksudnya :

“DAN TUMBUH-TUMBUHAN DAN POHON-POHONAN KEDUA-DUANYA TUNDUK KEPADANYA ”

-ArRahman : 6

At Thabari menyatakan dalam tafsirnya, bahawa yang dimaksudkan dengan aN-NAJM ialah segala macam tumbuhan yang muncul dari bumi. Manakala Asy Syajar ialah pohon yang tegak dengan batangnya.

Ini merupakan pemandangan yang boleh orang mukmin lihat agar menjadi penggugah baginya di saat kelalaian menghampiri. Hatinya tergugah untuk sujud. Tanda redha kepada Allah dan berserah kepada hukum halal haramNya.

Dalam menatap sujud pepohon yang dihiasi beraneka bunga yang berwarna warni itu, pasti hatinya terasa untuk turut sujud. Apabila rasa khusyuk menguasai dirinya ia akan mengajak orang lain pula untuk turut serta.. mengajak teman-temannya untuk sama-sama sujud, meninggalkan segala rasa dengki dan ingin memonopoli.

Iqbal pernah berpesan melalui bait-bait berikut :

Tinggalkanlah keramaian

dan carilah hutan belantara yang luas

lalu arahkanlah pandanganmu

kepada

pemandangan yang indah

menghampar

dipinggiran mata air renungkanlah

riak air yag jernih

tanpa rasa bosan

tataplah keindahan bunga melor yang manja

dan ciumlah matanya yang indah

bak mutiara.

Abdullah Wahhab Azzam telah menyambut seruan ini. Apabila orang yang tidak mengerti melihatnya dengan heran kerana duduk menyendiri, maka ia menjawab :

aku menyendiri bukan kerana lalai

kerana ingin ketenangan dan lari dari manusia

serta mengistiehatkan diri

Melainkan aku menyendiri untuk berfikir dan berzkikir

kerana ia adalah bekal dan persiapanku

untuk perjuanganku.

Ini bukan aliran baru yang tidak dilakukan oleh generasi pertama muslimin. Sebaliknya mereka biasa meluangkan waktu sesaat di antara kesibukan belajar, mengajar, amr ma’ruf, nahi mungkar dan kesibukan menangani urusan penghidupan mereka.

Perhatikan pula pohon tauhid yang di tanam oleh Al Quran, anda berbaring di bawah dahannya saat membaca firman Allah SWT , maksudnya :

Tidakkah engkau perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh, dan cabangnya menjulang ke langit. Pohon itu memberikan buah pada setiap musim seizin tuhannya.  Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu utk manusia supaya mereka selalu ingat.

IBN QAYYIM MENGATAKAN :

” Sesungguhnya Allah menyerupakan pohon tauhid yang bersemi di dalam hati dengan pohon yang baik.  Akarnya menjunam dengan kukuh dan cabangnya menjulang tinggi ke atas.

Pohon itu terus menerus mengeluarkan buahnya setiap musim… Jika kita renungkan perumpamaan ini tentulah kita dapati ia serupa dengan pohon tauhid yang mengakar kukuh di dal am hati kita, cabangnya pula adalah merupakan amal-amal soleh di setiap saat.

Pohon ini terus menerus membuahkan hasilnya yang  berupa amal-amal soleh di setiap saat, menurut kadar kukuhnya ia di dalam hati.. kecintaan hati kepadaNya.. keikhlasan hati dalam beramal serta pengetahuan hati terhadap hakikatNya dan penjagaan hati terhadap hak-hakNya “.

Surah Ibrahim : 24-25′

2 Komen (+add yours?)

  1. meen
    Mac 04, 2009 @ 17:28:31

    Assalamualaikum w.b
    … jgn lupakan kak min dlm doa enti ya. I really miss you all. Semoga kalian dlm rahmat dan kasih sayang Allah, ameen.

  2. almukhlisah
    Mac 04, 2009 @ 19:04:32

    wa’alaikum salam wrmthwbrkth …. Seseungguhnya ruh/jiwa adalah merupakan jundun mujannadah, tanpa ditaarufkan hati sudah dapat merasakan.. apatah lagi hati yang bersih yang sentiasa tunduk kepada penciptanya dan sentiasa menghargai ukhuwwah yang amat berharga. Inni uhibbuki fillah..!! semuga kita saling doa mendoakan.. biarlah tangismu menjadi bukti amal kita yang bisa mengetuk pintu syurga..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s