cuti Thaipusam

Malaysia yang didiami oleh masyarakat majmuk dari berbagai bangsa dan berbagai agama. Sebagai dai/ daieyah adakah kita telah mengetahui dan memahami tentang agama-agama yang ada di negara bertuah ini??  Salahkah kita mengetahui tentang agama lain selain Islam ?

Sebenarnya kita tidak perlu untuk menjelajah dari satu negara ke satu negara di seluruh dunia untuk mendapat maklumat agama-agama dan bangsa-bangsa selain Islam dan bangsa melayu.

Kita penduduk Malaysia tetapi tak tahu atau hanya tahu sedikit sahaja tentang Depavali, tahun baru cina dan seumpamanya. Bukan tiada pendedahan tetapi sebenarnya kita yang sengaja ambil mudah , rasa tak penting atau malas nak ambil tahu… kita seronok  bercuti di negara kita yang kaya dengan cuti umum. Mungkin kerana sibuk atau tekanan kerja , cuti kita gunakan hanya untuk bercuti. Tidak terlintas untuk mengkaji serba sedikit kenapa hari tersebut kita diberi cuti.

f4a0b3482ebb12ec1

Thaipusam salah satu perayaan agama yang diberi cuti umum untuk beberapa negeri di Malaysia . Tahun ini jatuh pada 8 februari 2009.  Jutaan penganut Hindu di Malaysia menyambut perayaan ini bagi menghormati kelahiran “Dewa Murugan” dengan  mengunjungi beberapa kuil diseluruh negara.

Presiden MIC, Datuk seri Samy Vellu memberitahu pemberita, lebih 1.5 juta orang terdiri daripada penganut agama itu dan pelancong asing mengunjungi kuil ” sri subramaniam Swami” di batu caves, selangor.

Lebih 10,000 penganut agama hindu berarak membawa “kavadi” dan periuk susu ” palkoodam” serta memecahkan kelapa untuk membayar nazar dan menebus dosa.

Thaipusam adalah perayaan yang disambut oleh penganut agama Hindu semasa bulan penuh Tamil yang dipanggil ‘Thai’   [berlaku dalam bulan januari atau febuari].

Turut dikenali sebagai Thaipooyam dalam bahasa Malayalam.  Perayaan ini bagi memperingati hari lahir Dewa Murugan iaitu anak bongsu lelaki Dewa Shiva dan Dewi parvati.

Ia juga  bagi memperingati peristiwa Dewa Murugan menerima lembing suci daripada ibunya bagi menghapuskan kuasa jahat bernama Soorapadman.

Apa yang penting ialah dengan maklumat ini sebenarnya menjadikan kita lebih yakin dengan Islam. Merasakan kebenaran , kesahihan dan kesucian Islam yang kita anuti selama ini. Mempertingkatkan iman dan taqwa kepada Allah swt , Tuhan yang tiada tuhan yang disembah melainkanNya.

Firman Allah :

AlMaidah : 83 : Dan apabila mereka mendengarkan [al Quran] yang diturunkan kepada Easul [Muhammad], kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran yang telah mereka ketahui [ dari kitab-kitab mereka sendiri], seraya berkata, ” Ya Tuhan kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi [ atas kebenaran Al Quran dan kenabian Muhamad].

Al maidah : 84 : Dan mengapa kami tidak akan beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada kami , pada hal kami sangat ingin agar Tuhan kami memasukkan kami ke dalam golongan orang-orang yang saleh ??

Wallau’alam.  Allah loves us..!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s