Universiti LimKokWing

kok-wing LIM KOK WING

kokwing-msia

” Melahirkan graduan kreatif sebagai penyelesai masaalah merupakan agenda utama Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing [Universiti Lim Kok Wing]”, kata pengerusinya Tan Sri lim Kok Wing kepada wartawan utusan Malaysia.

Beliau juga merupakan pengasas universiti berkenaan berkata , ” matlamat kita bukan hanya melahirkan graduan tetapi membentuk insan berminda kreatif dan inovatif kerana kelebihan ini kelak dapat membantu mereka terus bersaing diperingkat globalisasi. “

Selain menawarkan kursus-kursus industri yang dikenal pasti memberi prospek luas kepada graduannya, universiti lim kok Wing yang merupakan sebuah daripada universiti paling inovatif di dunia menyediakan kemudahan untuk membentuk kebolehan pelajar dalam pelbagai bidang.

Universiti Lim Kok wing telah terpilih untuk mewakili Malaysia dalam menghasilkan iklan mempromosikan Sukan Olimpik  2008 seperti mana yang disiarkan dalam talivisyen.

Rekaan corak pada pakaian seragam pelatih PLKN serta jersi ” Harimau Belang Malaya’ yang dipakai atlet negara adalah ciptaan pelajar Universiti Lim kok Wing.

persekitaran kampus yang majoriti terdiri dari 144 negara sememangnya menjadikan pembelajaran lebih realistik dan dinamik ,” katanya.

ketika ini bilangan pelajarnya termasuk kampus di London, Bstwana, China , jakarta dan Malaysia adalah seramai 25,000 orang.

Kita menyasarkan untuk meningkatkan bilangan pelajar kepada 100,00 orang dalam tempoh dua tahun dari sekarang.

Hasrat ini di yakini dapat di capai dengan pembinaan tiga cawangan kampus di Bali, New York dan Sweziland pada tahun ini,” katanya.

Universiti Lim kok wing menyasarkan untuk ‘menakluk’ dunia pada suatu masa nanti dan berharap untuk memperluaskan lagi perlaksanaan program-program pendidikan universiti itu ke 170 daripada 194 negara di dunia dalam tempoh lima tahun lagi .

Universiti Lim kok Wing yang terletak di Cyber Jaya , Selangor, Darul Ehsan, Malaysia itu ketika ini sedang rancak mempromosikan program-program yang mereka ada kepada bakal-bakal mahasiswa dan mahasiswi di Malaysia melalui akhbar-akhbar.

Antaranya Rekaan Dalaman, Senibina Dalaman, pengajian senibina, perniagaan antara bangsa, pengurusan sukan, pengurusan kesihataan, komunikasi massa, Komunikasi profesional, Filem /digital, Animasi, kreatif multimedia, Rekaan sonik ,Teknologi rekaan & web. Rekaan industri dan banyak lagi…

Lantaran itu apa respon kita terhadap maklumat, angka, satistik dan pelan strategik jangka panjang dan jangka pendek yang dihidangkan kepada kita sebentar tadi ??  Dunia terus bersaing dan bersaing untuk melepaskan pucuk masing-masing. Apakah kita kekal memilih untuk duduk di bawah menjadi pokok-pokok semalu atau duduk di atas tetapi sebagai pohon yang menumpang di atas kehebatan orang lain… yang akan dicantas bila-bila masa sahaja.

Senario ini perlu kita beri perhatian. Apakah di sana tiada ruang dan peluang untuk kita juga berbuat demikian?  Usahkan universiti , bahkan taska, tadika dan sekolah rendah pun kita sukar untuk bangkitkan.  Dimanakah silapnya, apakah yang menghalangnya?

Bukan untuk memomok-momokkan bangsa sendiri , tetapi dengan harapan ia akan menjadi satu kejutan yang  memaksa kita bertindak lebih serius dan bersungguh-sungguh ke arah merealisasikan impian menjadi ustaziatul alam yang seringkali kita sebut.

Institusi-instusi pendidikan  yang teguh  amat diperlukan untuk melahirkan graduan-graduan profesional dalam pelbagai bidang di samping madrasah tarbiah yang kita dapati secara formal dan tidak formal.

Sesungguhnya Islam yang syumul juga menuntut kita syumul dalam setiap bidang  termasuk pengurusan dan kepakaran  dalam berbagai bidang kehidupan.

Firman Allah :

” Dan katakanlah, ‘  bekerjalah kamu , maka allah akan melihat pekerjaan mu, begitu juga Rasulnya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan di kembalikan kepada Allah Yang mengetahuai yang ghaib dan nyata , lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang tela kamu kerjakan .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s