Ar.Rantisi dalam kenangan

WHITE HOUSE

9c1d19e106fed82e1

Barak Obama telah dinobatkat sebagai Presiden Amerika ke 44 setelah memenangi pilihan raya pada 20 januari 2009 yang lalu menggantikan George W.Bush dan menjadi penghuni kehormat White House.

Namun tidak ramai antara kita yang mengetahui sejarah pembinaan White House atau orang melayu panggil  ‘ rumah putih’  yang menjadi kediaman rasmi Presiden AS dan anggota keluarganya sejak berdekad lalu.

Ia juga berfungsi sebagai pejabat Presiden. Sebagai pejabat Presiden as, istilah “white House” digunakan sebagai gantinama kepada Pejabat Pentadbiran.

White house yang terletak di 1600 Pennsylvania Avennue di Washington DC, dibina antara tahun 1792 hingga 1800.

Ia dibina menggunakan batu pasir Aquia yang dicat putih dengan gaya seni bina era georgian di Britain.

White House dibina oleh arkitek berbangsa Irish, James Hoban yang menetap di Charleston, South Carolina, dengan kos pembinaan ketika itu  sebanyak AS$232,371.83 [ RM 831,112.81].

White house telah mejadi kediaman rasmi bagi setiap  Presiden Amerika Syarikat sejak John Adams iaitu Presiden kedua AS yang memerintah dari Mac 1797 hingga 4 mac 1801.

Bangunan itu pernah dibakar oleh tentera British dalam satu peperangan pada tahun 1812. White house kemudiannya mengalami beberapa proses pembesaran.

white House merupakan sebuah bagunan setinggi enam tingkat termasuk dua tingkat bawah tanah, dengan keluasan lantai 55,000 kaki persegi.

Ia mempunyai 132 buah bilik, 35 bilik air , 412 buah pintu, 147 tingkap , 2 ruangan pendiangan, lapan buah tangga, tiga buah lif , sebuah gelanggang tenis, sebuah lorong permainan bowling, panggung, track jogging dan kolam renang.

Ia menempatkan  kediaman Eksekutif [untuk keluarga Presiden], West Wing [pejabat Presiden, oval office dan pejanat kabinet ] , East wing [ pejabat wanita pertama ] dan pejanat Lama eksekutif [menempatkan pejabat Presiden dan naib presiden].

Bangunan ini menerima kira-kira 5,000 tetamu sehari.

Diawal pembinaannya, white house boleh dikunjungi oleh orang awam, tetapi kemudian ditamatkan kerana bimbang serangan pengganas.

White House dan taman sekitarnya mempunyai keluasan 7.8 hektar , dimiliki oleh     perkhidmatan Taman Negara sebagai sebahagian daripada Taman Presiden.

Advertisement