TAZKIRATUL MAUT…

pergi-ke-singapura-2008-314

Sesungguhnya Allah swt mencela orang-orang yang mensia-siakan waktunya, Allah Taala telah berfirman :

“ Berapa tahunkah kamu tingggal di bumi ? Mereka menjawab : kami tinggal [ di bumi ] sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung. “

Allah berfirman : kamu tinggal [dibumi] melainkan sebentar sahaja kalau kamu mengetahui .

Al mukminun : 112- 114.

الوقت هو الحياة

Hassan Al Basri pernah berkata :

“ Duhai anak-anak Adam, pada hakikatnya engkau hanyalah hari-hari, maka jika satu hari berlalu sia-sia, sama ertinya engkau kehilangan sebahagian dari dirimu.”

KISAH MUAZ BIN JABAL

Rasulullah Saw pernah bersabda mengenai diri Muaz R.a, maksudnya : “ sesungguhnya pada hari kiamat nanti Muaz bin Jabal akan berada di hadapanulama’ sejauh lemparan batu.

Siapakah Muaz Bin Jabal ?

“ Sesungguhnya Rasulullah saw telah memberitahu kepada Muaz bahawa baginda mencintainya …”

Ketahui bahawa Rasulullah saw tidak akan mencintai seseorang melainkan orang tersebut mencintai Allah swt dengan sepenuh hati.

Rasulullah mengajarkan kepada Muaz satu doa iaitu :

اللهم أعنى على ذرك وشكرك وحسن عبادتك

Maksudnya : YA ALLAH BANTUKAN AKU UNTUK BERZIKIR KEPADAMU, DAN BERSYUKUR KEPADAMU SERTA SEMPURNA DALAM BERIBADAH.

Ketika Muaz bin Jabal menjelang wafat, dia berkata dengan penuh kerinduan kepada Tuhannya: “ SELAMAT DATANG KEMATIAN … ORANG YANG MENCINTAIMU AKAN DATANG MELALUI KEMATIAN..”

ALLAH BERFIRMAN :

“ Kami menjadikan hidup dan mati adalah untuk menguji kamu siapakah yang paling “baik” amalannya .” [ Al Mulk : 1 ]

Perbanykkanlah amal soleh serta memperbaiki diri dan berdakwah kepada orang lain serta amalan-amalan yang lain.

ALLAH BERFIRMAN :

“ Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi “AMAL KEBAJIKAN” yang terus menerus adalah yang lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu seta lebih baik untuk menjadi harapan kita kelak [ di hari perhitunga ].

Suatu ketika Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Ibn Umar :

“ Jadilah kamu hidup di dunia ini seperti pengembara atau orang asing [ yanga akan pulang kenegerinya yang abadi ]. Apabila kamu berada di waktu pagi janganlah menunggu waktu petang”.

Saranan baginda adalah agar bersegera melakukan perkara kebaikan , agar tidak bertangguh lagi.

JADIKANLAH HARI INI LEBIH BAIK DARI HARI SEMALAM DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI…. Sehinggalah kita bertemu Allah kelak.

ALLAH BERFIRMAN :

“ Maka barangsiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amalan kebajikan [soleh]dan janganlah dia mempersekutukan dengan sesuatu pun dalam beribadah kepada Tuhannya.

1 Komen (+add yours?)

  1. meen
    Apr 07, 2009 @ 14:47:05

    ‘Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amalanku pada penamatnya dan sebaik-baik hariku adalah ketika aku bertemu denganMu ya Allah.’

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s