Islamic Greeting Card

Islamic Greeting Card by Alhabib. Visit al-habib.info for more greeting cards like this!

KONVENSYEN NASIONAL WANITA ISLAM

3503479652_1c97776820Tarikh 1- 2 mei 2009 telah merakamkan sejarah perhimpunan wanita Islam anjuran biro Wanita ISMA di dewan konvensyen Intekma Rasort, shah Alam , Selangor. Program berlangsung dengan jayanya .Menjadi arena pertukaran fikiran dan pemantapan fikrah.  Menjadi medan pertemuan akhawat secara dwi tahunan.

Perasaan berbaur.. gembira, ceria, terharu apabila saling ketemu..! susuk-susuk yang dulunya sama sama menelusuri jalan yang penuh ujian ini. Kenangan lalu sesekali tergambar di dalam memori . Manisnya ukhuwwah!

Ya akhawati… ayuh! terus kita mengatur langkah untuk destinasi yang masih belum kita capai. Mari kita gapai .. semuga ikatan ini adalah satu kekuatan.

AYUH KE KONVENSYEN BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS

bun-ting-kbaz

semarakkan amal.

Earth Day Flowers

” Without women man is noting.. “,  ” tangan yang menghayun buaian itulah yang akan menggoncang dunia “. ” Al Um adrasatul ula..”

Itulah ungkapan-ungkapan semangat sebagai satu penghormatan buat wanita. Hatinya cekal, jiwanya besar dan peranannya penting. Sumayyah as Syahidah pertama di dalam Islam menggambarkan kukuhnya pegangan ,t idak sewanang-wenangnya menggadaikan aqidah .. bahagia ruhnya bertemu Illahi. Disebut-sebut manusia sehingga ke hari ini..!

Ya.. wanita adalah gandingan kaum lelaki. Walaupun sering dikatakan lembut, lemah, emosional dan seumpamanya. Namun sifat-sifat tersebut adalah penghias dirinya yang menjadikan ia istimewa apabila di salut dengan ketinggian iman dan taqwa.

Bunga yang berbagai bentuk, warna dan bau selalu dikatakan sinonim dengan wanita. ia adalah lambang keceriaan dan keindahan malahan melahirkan kedamaian.

Aduh.. stressnya apabila melihat diluar sana ramai wanita sudah rosak, tidak tahu arah hidup. Mereka dimamah trend , di telan budaya lupa agama.

Fiesta del Rio Cinco de Mayo

Lantaran itu bangkitlah wanita-wanita yang masih sedar dan segar, bangunlah.. lonjakkan amalmu. Selamatkan orang-orang disekelilingmu. Bukan untuk mengejar pingat anugerah tetapi untuk merealisasikan dakwah. Tugas para anbiya’ yang mesti kalian teruskan..!

ISMA .. satu wadah untuk semua, dari setiap peringkat umur dan latar belakang. Ayuh…! bersama-sama di sini . Terjemahkan tarbiyyah semarakkan amal, rempuh segala halangan dengan mujahadah pengorbanan.

ALLAHU AKBAR..!!