Antara tanda bergantung kepada amal
20 Jun 2009 3 Komen
in FIKRAH
من علامات الاعتماد على العمل نقصان الرجاء عند وجود الزلل
salah satu dari tanda bergantung kepada amalan ialah kurangnya pengharapan ketika wujud kelemahan
– Ato’ As.As sakandry [ kitab Hikam ]
SURAH AL MUZZAMMIL
20 Jun 2009 Tinggalkan komen
in RENUNGAN
Sejenak ku renungi sebuah episod yang berlaku di dalam kehidupan Asy Syahid Hassan Al Banna dalam kisah yang di ceritakan oleh sahabat seperjuangannya Umar Tilmisani. Kedua-duanya syahsiah agung dalam perjalanan dakwah. Ceritanya ringkas, tetapi bisa menggamit rasa. Betapa beliau seorang mujaddid yang membawa risalah Islam menyambung dakwah baginda Rasulullah saw.
” Al Imam As Syahid telah pergi menghadiri sebuah muktamar di sebuah daerah bernama Daqokliyyah. Seusai muktamar beliau bersama sahabatnya Umar Tilmisani beredar menuju ke bilik penginapan, di dalamnya tersedia dua buah katil. Kedua-duanya lantas berbaring.
Selepas beberapa minit Al Imam Asy Syahid bertanya : Awak sudah tidur wahai Umar? Umar menjawab : Belum. Beberapa ketika kemudian beliau bertanya lagi, dan Umar memberikan jawapan yang sama.
Umar berkata di dalam hatinya,” jika dia bertanya lagi aku tak nak jawab”.
Ya, apabila Asy Syahid bertanya dan tidak lagi kedengaran suara jawapan sahabatnya Umar itu, lalu ia kira Umar pasti sudah tidur. Lalu beliau berjalan perlahan-lahan menggunakan hujung jari kakinya [ menjengket-jengket] dan keluar dari bilik itu, beliau mengambil selipar menggunakan tangannya , pergi ke bilik air dengan berkaki ayam. Beliau mentajdid wudhuk rupanya… Selepas itu beliau terus ke hujung bahagian bilik tamu lalu membentang sejadah.. sebenarnya beliau ingin bertahjjud.. ”
Rasulullullah saw bersama para sahabat menunaikan solat malam setiap malam sampai bengkak-bengkak kaki mereka selama setahun untuk melaksakan perintah yang termaktub di dalam surah al Muzzammil. Sehinggalah turun ayat yang terakhir yang memberi keringanan daripada wajib kepada sunnat, barulah sahabat mengurangkan bilangan malam mereka bertahajjud. Namun Rasulullah terus mewajibkan dirinya untuk bangun setiap malam.
Sesungguhnya terdapat kekuatan di sebalik ibadah dan munajat di malam hari yang sunyi. Hati lebih lembut, lebih tenang. Jauh dari hiruk pikuk .
Perintah bangun malam tidah pernah di mansuhkan oleh al Quran, hanya sekadar meringankan sahaja. Tapi apa yang terjadi kepada kita hari ini [ termasuk para duat] ialah meringan-ringankan solat malam. Seribu satu alasan, seperti penat , letih, tidur lewat dan sebagainya.
Al Imam Hasan Al Banna jika kita lihat dalam kisah tadi , beliau tetap akan berrsolat tahajjud dalam apa situasi jua, ketika menghadiri muktamar dan bermusafir di luar daerah. Apakah kekuatan yang beliau miliki untuk meninggalkan tempat tidurnya, tidak mahukah dia berlunjur dan meluruskan pinggang dipembaringan?
Muhammad Ahmad Rasyid telah menyebutkan dalam bukunya ” Ar Raqaiq” : Syurga orang mukmin itu terletak pada mihrabnya.
Di muatkan juga di dalam kitab tersebut sebuah syair yang berbunyi :
ma yaqumu lailu illa man lahu ‘azmun wa jiddun
Maksudnya : Tidak akan bangun malam melainkan mereka yang mempunyai tekad yang kuat dan kesungguhan yang tinggi.
Semoga terjawablah soalan tadi.. sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka merubah diri mereka sendiri.
PERGINYA SEORANG ULAMA’
17 Jun 2009 Tinggalkan komen
in SEMASA
Dr.Fathi Yakan seorang ulama’ dan pendakwah besar yang tidak asing lagi. Kini dunia di gemparkan dengan perginya sebutir bintang, kembali menemui Allah Rabbul Jalil pada 13 jun 2009. Beliau telah meninggalkan buat kita pustaka ilmu yang diusahakannya sekian lama. . Seorang daie yang mempunyai perjalanan yang panjang di jalan dakwah yang bermula sejak tahun 50an lagi , menyertai Jamaah Islamiyyah , Lubnan , tidak pernah berhenti melainkan dengan kewafatannya.
Dr.Fathi Yakan adalah bekas ketua Jabhah Amal Islami di Lubnan. Di Lahirkan pada 9Febuari 1933. Berumah tangga, dikurniakan empat orang puteri dan seorang putera. Beliau berjaya mendapat Phd dalam Pengajian Islam dan Bahasa Arab.
Seorang pemikir yang telah banyak mengarang buku dan di terjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dunia. Beliau telah menghasilkan lebih daripada 35 buah buku yang sebahagian besarnya adalah untuk menjelaskan tentang fikrah Islamiyyah dan dakwah Islam. Antara yang masyhur ialah Apa Erti Saya Memeluk Islam, Permasaalahan Dakwah dan daieyah, Ke Mana Kita Hendak Menyeru Manusia, Bahtera Penyelamat, Orang-orang yang gugur di Perjalanan, Pemuda dan Perubahan, Abjadiyyat tasawwaur Harakah Amal Islami , dan lain – lain lagi.
Demikianlah tamatnya riwayat hidup seorang pendakwah Islam. Yang telah mewaqafkan masa dan usianya untuk Islam dan dakwah sehingga ke akhir hayat. Seorang demi seorang ulama’ Islam yang pergi menemui Allah. Terasa kehilangan seorang tokoh yang berwibawa dari dunia Islami. Apakah akan lahir di zaman kini seorang yang seperti beliau? Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun.
Lebih malang lagi apabila kita yang tidak mampu menulis dan mengarang, mengeluarkan fikrah juga tidak mampu mengkaji, menghayati tulisan-tulisan beliau.
OBAMA BERUCAP DI KAHERAH
15 Jun 2009 Tinggalkan komen
in 1
Boleh tonton melalui bahasa Arab atau English.
June 04, 2009
يلقي الرئيس أوباما خطابا في القاهرة، عاصمة جمهورية مصر العربية، يوضح فيه التزامه الشخ بالعمل مع العالم الإسلامي على أساس المصالح المشتركة والاحترام المتبادل، كما يناقش الرئيس في خطابه الطريق الذي تستطيع من خلاله الولايات المتحدة والمجتمعات الإسلامية في مختلف أرجاء العالم سد الفجوة في بعض الأمور التي جرى خلاف بشأنها. 4 يونيو 2009
(ملكية عامة)
“A New Beginning”
The President gives a speech in Cairo, Egypt, outlining his personal commitment to engagement with the Muslim world, based upon mutual interests and mutual respect, and discusses how the United States and Muslim communities around the world can bridge some of the differences that have divided them. June 4, 2009. (public domain
komen terkini