SURAH AL MUZZAMMIL

Sejenak ku renungi sebuah episod yang berlaku di dalam kehidupan Asy Syahid Hassan Al Banna dalam kisah yang di ceritakan oleh sahabat seperjuangannya Umar Tilmisani. Kedua-duanya syahsiah agung dalam perjalanan dakwah. Ceritanya ringkas, tetapi bisa menggamit rasa. Betapa beliau seorang mujaddid yang membawa risalah Islam menyambung dakwah baginda Rasulullah saw.

” Al Imam As Syahid telah pergi menghadiri sebuah muktamar di sebuah daerah bernama Daqokliyyah. Seusai muktamar beliau bersama sahabatnya Umar Tilmisani beredar menuju ke bilik penginapan, di dalamnya tersedia dua buah katil.  Kedua-duanya lantas berbaring.

Selepas beberapa minit Al Imam Asy Syahid bertanya : Awak sudah tidur wahai Umar? Umar menjawab : Belum. Beberapa ketika kemudian beliau bertanya lagi, dan Umar memberikan jawapan yang sama.

Umar berkata di dalam hatinya,” jika dia bertanya lagi aku tak nak jawab”.

Ya, apabila Asy Syahid bertanya dan tidak  lagi kedengaran  suara jawapan sahabatnya Umar itu, lalu ia kira Umar pasti sudah tidur. Lalu beliau berjalan perlahan-lahan menggunakan hujung jari kakinya [ menjengket-jengket] dan keluar dari bilik itu, beliau mengambil selipar menggunakan tangannya , pergi ke bilik air dengan berkaki ayam. Beliau mentajdid wudhuk rupanya… Selepas itu beliau terus ke hujung bahagian bilik tamu lalu membentang sejadah.. sebenarnya beliau ingin bertahjjud.. ”

Rasulullullah saw bersama para sahabat menunaikan solat malam setiap malam sampai bengkak-bengkak kaki mereka selama setahun untuk melaksakan perintah yang termaktub di dalam surah al Muzzammil. Sehinggalah turun ayat yang terakhir yang memberi keringanan daripada wajib kepada sunnat, barulah sahabat mengurangkan bilangan malam mereka bertahajjud. Namun Rasulullah terus mewajibkan dirinya untuk  bangun setiap malam.

Sesungguhnya terdapat kekuatan di sebalik ibadah dan munajat di malam hari yang sunyi. Hati lebih lembut, lebih tenang. Jauh dari hiruk pikuk .

Perintah bangun malam tidah pernah di mansuhkan oleh al Quran, hanya sekadar meringankan sahaja. Tapi apa yang terjadi kepada kita hari ini [ termasuk para duat] ialah meringan-ringankan solat malam. Seribu satu alasan, seperti penat , letih, tidur lewat dan sebagainya.

Al Imam Hasan Al Banna jika kita lihat dalam kisah tadi  , beliau tetap akan berrsolat tahajjud dalam apa situasi jua, ketika menghadiri muktamar dan  bermusafir di luar daerah. Apakah kekuatan yang beliau miliki untuk meninggalkan tempat tidurnya, tidak mahukah dia berlunjur dan meluruskan pinggang dipembaringan?

langit

Muhammad Ahmad Rasyid telah  menyebutkan dalam bukunya ” Ar Raqaiq” :  Syurga orang mukmin itu terletak pada mihrabnya.

Di muatkan juga di dalam kitab tersebut sebuah syair yang berbunyi :

ma yaqumu lailu illa       man lahu ‘azmun wa jiddun

Maksudnya : Tidak akan bangun malam melainkan mereka yang mempunyai tekad yang kuat dan kesungguhan yang tinggi.

Semoga terjawablah soalan tadi.. sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka merubah diri mereka sendiri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s