ANTARA NATRAH DAN MICHAEL JACKSON

Apakah yang kita rasakan atas pemergiaan mereka berdua ? Apakah yang terlintas di fikiran kita? Kedua-dua mereka telah meninggalkan sejarah tersendiri dalam lipatan kehidupan mereka.

Michael Joseph Jackson (lahir 29 ogos 1958 – meninggal 25 Jun 2009 ), sering dikenali sebagai MJ dan “Raja Pop“, ialah pemuzik, pengjibur, dan ikon pop dari Amerika Syarikat  yang menjadikan kejayaan kerjaya dan hidup peribadi yang penuh kontroversi sebagai sebahagian budaya pop selama 40 tahun.

Nadra Maarof atau nama belanda Bertha Hertogh (1937-2009) pula adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit . Beliau meninggal dunia pada 9 Julai 2009 pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda akibat penyakit leukemia.

Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950, akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.

Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.

Namun undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.

Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.

Keputusan mahkamah itu menimbulkan kemarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

natrah

Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.

Natrah yang menggunakan nama Bertha pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda

Kematian Jacko mendapat liputan meluas di seluruh dunia . Upacara gilang-gemilang bagi memberi penghormatan terakhir kepada Raja Pop itu telah berlangsung  di Staples Center .

MJ - 2MJ- 1

Keluarga Jackson telah membuat kejutan dengan mengambil keputusan, meletakkan keranda yang bersadur emas  untuk tatapan umum pada upacara penghormatan  selepas majlis penghormatan secara tertutup dilakukan di tanah perkuburan Forest Lawn Memorial Park, Los Angeles.

Mereka yang hadir pada upacara itu tidak mampu membendung perasaan sedih dan pilu apabila mengenangkan pemergian penghibur tersohor dunia itu pada 25 Jun lalu. Ketika jenazah diusung dalam keranda emas yang diliputi mawar merah ke dalam Staples Center, suasana pilu menyelubungi dewan. Pastinya yang terlalu merasakan kehilangan Jackson ialah kaum keluarganya.

Antara yang hadir adalah Larry King, Dionne Warwick, Smokey Robinson, Spike Lee, Chris Brown, Magic Johnson, Kobe Bryant, Kenneth “Babyface” Edmonds, Corel Feldman, Gladys Knight dan P. Diddy.

Bukan itu sahaja, beberapa bintang ternama dunia juga diberi peluang mengadakan persembahan pada upacara itu seperti Mariah Carey, Jennifer Hudson, Usher, Lionel Richie, Stevie Wonder, John Mayer dan abang Jackson sendiri, Jermaine.

Upacara itu juga disiarkan secara langsung di seluruh dunia dengan tontonan yang dianggarkan seramai satu billion penonton.

….. Terguris rasanya hati apabila seorang yang pernah memeluk Islam akhirnya kembali menemui Allah dalam keadaan telah berpaling dari agama. Siapakah yang patut kita persalahkan, penjajah? Undang-undang? atau ummat Islam itu sendiri. Natrah tidak dapat di selamatkan.. khilafah yang hilang menyebabkan ummat Islam tidak ada tempat bergantung. Terumbang ambing akhirnya . Relakan perkara ini berlaku lagi dalam sejarah ummat Islam, malahan generasi kini sebenarnya kurang pendedahan terhadap isu yang pernah menjadi sebab rusuhan pada tahun 1950 dahulu.

Walaupun Natrah memeluk Islam ketika usia masih mentah namun kehidupannya banyak dicorakkan oleh keluarga angkatnya Che Aminah yang sempat mengahwinkan beliau dengan Mansor Adabi. Islam agama fitrah semestinya  turut membekas di hati Natrah yang terpaksa mengharungi kehidupan yang tidak keruan selepas keislaman dan perkahwinannya dengan orang Islam .

Namun iman sebenarnya tidak semudah  diucapkan.  Ia memerlukan tarbiah berterusan dan biah solehah untuk ia terus mekar. Apabila Natrah telah kembali kepangkuan keluarganya , kehidupannya berubah kerana terputus dari tarbiah dan biah Islamiyyah.

….. Bagai mana pula dengan MJ? Ya kita sebagai orang Islam tidak sepatutnya terikt-ikut orang asing dalam memuja-muja MJ.  Sebagai orang Islam kita mempunyai prinsip dan cara hidup kita sendiri. Sudah menjadi kebiasaan para artis untuk menjadi kemasyhurandan kekayaan yang kononnya untuk kepuasan. Akhlaq luar biasa MJ sewajarnya menjadi keinsafan bukan kebanggaan kita. Usahlah membuang masa semata-mata membelai perasaan yang amat mencintai bidang hiburan.

Islam tidak menghalang untuk kita berhibur, namun ia mempunyai batas dan etika .  Sesungguhnya matlamat kewujudan manusia itu sebenarnya adalah untuk beribadah iaitu mengabdikan diri kepada Maha Pencipta. Biarlah segala gerak laku kita selari dengan matlamat suci ini lahir dan batin. Kita meletakkan Allah di tempat yang utama, kerana dalam keruntuhan akhlaq yang melanda dunia hari ini tiada satu alat pun yang boleh memperbaikinya selain agama. Dengan agamalah kita hidup dan mati. Para anbiya’ telah di utuskan untuk membawa risalah ini, lantaran itu merekalah qudwah kita .

Kita lihat dan nilai kedua-dua individu ini melalui kaca mata agama,  merasa sensitif terhadap isu-isu yang berkaitan agama, aqidah dan akhlaq. Inilah uniknya syahsiah muslimah, mereka mempunyai hidup yang terpimpin bukan umpama lalang yang hanya mengikut deru angin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s