MALAM ASPIRASI SENI 2009, MERIAH..

Pada 1 ogos 2009 yang lalu telah berkampung sekelian warga Isma Seremban untuk menjayakan MalamAspirasi Seni 2009 Bersamamu Palestin [MAS]  di Dewan Besar Pusat Dakwah Islamiyyah , Paroi.  Acara tahunan yang telah di adakan ke sekian kalinya sejak tahun 2000 masihi. Yang sebelum ni popular denga nama Malam air mata Palestin. Setelah puas berendam air mata memperjuangkan nasib rakyat Palestin, kali ini semangat terus bersemarak membara dengan Malam Aspirasi Seni yang formatnya diubah suai dengan lebih kreatif. Satu inovasi yang baik dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Dari pagi se awal jam 8 telah ada urus setia dan petugas-petugas yang mengunjungi Pusat Dakwah ini untuk memulakan tugas . Persiapan dewan, PA Sistem, gerai-gerai dan pameran di passtikan segala persediaannya yang terbaik. Maklumlah malam nanti kita nak menyambut tamu-tamu yang ramai.Gerai-gerai pameran dan jualan mula beroperasi sejak jam 10 pagi. Kiri kanan dewan di penuhi dengan gerai. Kami juga cuba cari pegalaman berniaga satu gerai yang beraneka barang makanan dan minuman. Sesak gerai tu dengan barang-barang  dan peniaga-peniaga sekali.. maklumlah masing – masing nak uji bakat..!!  [ semuga bawa berkat.!} . Sebenarnya inilah detik-detik manis yang bukan selalu kita dapati,, adik-adik dari USIM dan UIA masing-masing turun padang.. Jual air asam kasturi, rosell dan air soya.. nasi lemak yang di impot khas dari Port Dickson, nasi goreng, me goreng, rojak buah, buah potong, beraneka roti, kerepek , kacang dan bermacam-macam lagi. Satu lagi …, kek coklat ‘ mois’.. antara yang terlaris. Jiran sebelah kami dari Isma DHL pula sebok dengan jualan t.Shirtnya.

Pengarah Jabatan Agama Islam dan  setiausaha Mains adalah vvip yang akan hadhir pada acara Malam . Puan Mahaya Yassin yang selama ini hanya ku dengar suaranya di corong radio kini tampil mendeklimasikan sajaknya yang dicipta khas buat malam Aspirasi Seni ini, beliau merupakan ketua satu Persatuan  Penulis N.Sembilan (PEN). Dan seorang lagi seorang tokoh sasterawan iaitu Nisah Haron, yang merupakan seorang peguam, namun berjiwa seni. Sajaknya ” Kita Bangsa yang selesa ” dapat mencuit hati dan perasaan para remaja dan dewasa yang hadhir. Sajak-sajak yang mereka berdua kumandangan diselang seli oleh tepukan gemuruh hadhirin yang bersemangat.

” Muaz & Eqhwah ” merupakan satu kumpulan nasyid life yang menggamatkan dewan. Lagu-lagu yang di bawanya amat bertenaga sesuai dengan BersamaMu Palestin. Kumpulan nasyid orang muda… Sambil  mewarwarkan kutipan tabung Palestin yang akan dibawa oleh para petugas, nasyid di alun dan dikumandangkan.

Sebenarnya  di sebelah petang telah berlangsung acara Nasyid dan sajak, sekolah-sekolah. sememangnya penuh dewan..  Acara yang di hadiri oleh ramai pelajar-pelajar sekolah dan guru-guru pengiring mereka.  SEronok tengok anak-anak remaja yang berjinak dengan hiburan berunsur Islam… minta-minta mereka ni adalah anak-anak yang menolak hiburan dan konsert yang melalaikan di luar sana.. [ inilah harapan kami yang dah semakin veteran ni buat generasi hadapan.. hu hu.. ]

nazimNAZIM, nadi asybal dan zahrawat tidak ketinggalan untuk bersama-sama di dalam program MAS ini, di mana acara pertandingan mewarna masjidil Aqsa telah berjalan serentak dengan nasyid Pelajar Sekolah menengah. Acara mereka di adakan di kaki lima surau . Sambutan menggalakkan. .. Di kendalikan oleh AJK NAZIM dan dejay undangan, iaitu ustaz Faisol dari Kuala Pilah yang menghiburkan dan bercelotah bersama peserta pertandingan mewarna. Hadiah menarik disediakan untuk anak-anak tersayang. Semuga perasaan kasih mereka terhadap Al Aqsa kiblat pertama umat islam ini akan terus terpahat . Mudah-mudahan akan lahir perasaan tanggung jawab mereka terhadap bumi Palestin yang ternoda itu.

NAZIM

NAZIMNAZIM

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s