AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Ahla wa sahlan bikum.. Pada hari ini kita berada di dalam perhimpunan yang sangat mulia. Pada hakikatnya kita memang menunggu-nunggu perhimpunan ini. Daripada tahun ke tahun, manakala hati merinduinya. Sentiasa dan sentiasa di tunggu-tunggu oleh semua orang Islam lelaki, wanita, dewasa mau pun kanak-kanak. Allah telah mencampakkan ke dalam hati kita kasih kepada perkara tersebut. Semua manusia menunggu hari tersebut dengan penuh kerinduan..masjid

Kita berhimpun untuk menyambut kedatangan bulan yang mulia. Sebaik-baik bulan dalam setahun, seafdhal afdhal hari dalam setahun. Namun ini bukalah pertama kali kita semua berhimpun untuk tujuan yang sangat mulia ini. Hari ini kita berbicara tentang satu topik yang berbentuk amali dan praktikal. bagaimana kita merancang, menyusun hari-hari yang mendatang di dalam bulan ramadhan. Supaya apabila kita meninggalkan Ramadhan nanti  kita telah mengambil sebanyak mungkin kebaikan daripadanya.

Sebelum kita masuk ke dalam tajuk yang berbentuk amali ini mari kita berhenti sejenak untuk merenung sebuah hadis yang kita ketahui tentang bulan yang kita akan sambut nanti, hadis ini masyhur dan kita semua tahu.

Hadis riwayat Bukhari, daripada Abu hurairah R.A daripada Rasulullah SAW bersabda : Firman Allah Azza wa jalla ( Hadis Qudsi )

Maksudnya : Semua amalan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa., sesungguhnya ia untukku dan aku yang akan memberi ganjaran baginya.

Kenapa Allah firmankan dengan ‘ sesungguhnya ia untukku dan aku yang akan memberi ganjaran baginya? sedangkan semua amalan adalah untuk allah SWT. Ulama menyatakan dalam mentafsirkan hadis ini :

” Semua amalan ada zahirnya yang mungkin boleh membawa kepada riak. Solat ada amalan zahirnya, zakat ada amalan zahirnya, melainkan puasa. Sesungguhnya niatnya tiada seorang pun yang mengetahuinya melainkan Allah SWT.  Pada masa yang sama manusia tidak dapat menentukan ada amalan-amalan tertentu yang menunjukkan bahawa seseorang itu berpuasa. Melainkan jika dia memberi tahu bahawa dia puasa. Di sini baru ada riak, tetapi secara umumnya puasa adalah amalan yang tidak diketahui.”

Masa berpuasa yang lama, iaitu daripada terbit fajar sehingga maghrib tidak mampu untuk seseorang mengekori seseorang sama ada ia puasa atau tidak. Sehubungan dengan itu tidak dapat tidak ia perlu kepada TAQWA , sehingga manusia itu mampu untuk menahan dirinya daripada makan dan minum sepanjang hari. Berbeza dengan zakat, solat dan haji serta umrah, masing-masing mempunyai amalan-amalan yang terhad masanya, dan seseorang itu boleh berpua-pura. kerana itulah Allah katakan :

و أنا أجزبه

iaitu Allah mngurniakan ganjaran yang tidak diketahui oleh manusia, yang tidak tergambar oleh manusia. Allah memberikan ganjaran pada amalan yang lain sama ada 10 kali ganda atau lebih.  Allah tentukan pahala untuk puasa hanya daripadaNya, kerana :

  1. Untuk memuliakan manusia pada sisi Allah SWT.
  2. Manusia tidak mampu menggambarkan betapa besarnya pahala amalan puasa ini.

firman Allah;

انما يوفّ الصابرون بغير الحساب

maksudnya :  Sesungguhnya akan disempurnakan pahala bagi orang-orang yang sabar tanpa hisab.

Kebanyakkan ahمi tafsir menyatakan perkataan As sobiruna di dalam ayat itu ialah orang yang berpuasa. Subhanallah.. di dalam puasa itu terkandung ‘sabar’. Semua jenis sabar terkumpul di dalam amalan puasa. Sabar pada ketaatan, sabar pada maksiat, sabar daripada kesusahan, kelaparan, dahaga dan meninggalkan syahwat. Hakikatnya puasa itu memerlukan renungan yang panjang.

P:uasa amalan yang agung itu perlu kepada perancangan yang tersusun. Bulan ini bukan semata-mata untuk kita tunaikan ibadah tertentu untuk dekatkan diri kepada Allah, tetapi Ramadhan adalah satu metodologi pengislahan yang komprehensif atau menyeluruh. Bukan untuk bulan Ramadhan sahaja tetapi untuk sepanjang tahun . Sesiapa yang memandang serius dengan Ramadhan maka sesengguhnya dia telah memberikan perkataan yang serius untuk umurnya keseluruhannya. Inilah yang semestinya di fahami oleh setiap muslim. Untuk menjadikan keseluruhan hidupnya adalah untuk Allah SWT.

قل ان الصلاة ونسك ومحياي ومماتى لله رب العالمين

” Katakanlah sesungguhnya solatku , ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah semesta alam .”

Ramadhan membantu kita untuk melaksanakan semangat ini dengan penuh tanggung jawab. Pada sudut yang lain pula , orang Islam yang tidak mengambil menfaat pada bulan ramadhan dengan sepenuh-penuh menfaat maka dia adalah muslim yang terhijab, bahkan bukan terhijab pada bulan Ramadhan sahaja tetapi terhijab sepanjang tahun daripada kebaikan , juga seluruh kehidupannya.

lampu

Biasanya sesiapa yang mensia-siakan Ramadhan maka dia akan mensia-siakan kebaikan yang lain sepanjang tahun bahkan sepanjang umurnya.

Kedua, Ramadhan bukan semata-mata saat untuk mengislah diri , tetapi ia adalah untuk umat keseluruhannya. Tidakkah ummat ini terdiri daripada individi-individu, apabila individu-individu ini baik dan soleh maka akan baik dan solehlah keadaan umat Islam seluruhnya.Dalam keadaan umat menghadapi berbagai krisis sekearang ini maka jadikanlah Ramadan sebagai satu peluang yang hakiki. Di mulakan denga usaha yang bersungguh-sungguh untuk keluar daripada krisis dan konflik , perselisihan yang berlaku.

Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia.

Ketika hendak keluar dari Bulan Ramadhan barulah kita sedar akan harga saat-saat dan detik-detik yang ada dalam bulan Ramadhan itu. Saat-saat Ramadhan tidak sama dengan detik dan saat pada bulan-bulan lain. Mungkin Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir dalam kehidupan kita. Kerana itu kita perlu berikan perhatian kepada tiap-tiap detik dalam Ramadha itu. Mudah-mudahan kita akan menjadi manusia baru berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.

Tidak kurang pentingnya juga, Ramadhan bukan semata kita keluar daripada Ramadhan tetapi lebih bahaya bahawa sesiapa yang tidak mengambil menfaat daripada Ramadhan dan tidak lebih baik dari sebelumnya maka dia akan terkebelakang dan tertinggal.

——————————————————————————————————————————————–

[ Tulisan ini ialah dari ceramah Al Ustaz Dr.Raghib Sarjani yang telah di terjemahkan .  Semoga mendapat menfaat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s