AMALAN MALAM PERTAMA BULAN RAMADHAN

ramadhan

Apakah amalan yang perlu kita lakukan dalam bulan Ramadhan?  Pada malam pertama Ramadhan, malam yang khas ..

Mari kita lihat hadith riwayat At Tarmizi daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda :

اذا كان أول شِهر من شهر رمضان صفد الشيطان ومردّة الجن وغلقت ابواب النار و فتحت ابواب الجنة وينادي منادى

Maksudnya : apabila tiba hari pertama dari bulan Ramadhan akan dibelengu para syaitan, di ikat para jin, di tutup pintu-pintu  nereka, dibuka pintu-pintu  syurga dan akan berserulah orang si penyeru

Malam pertama bulan Ramadhan sangat ditunggu-tunggu oleh para sahabat kerana ia adalah malam yang agung dalam setahun. Lima perkara yang perlu dilakukan  :

1. Melihat hilal [anak bulan]. Lantas kita berdoa dengan doa yang di ajarka oleh Rasulullah SAw dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Tarmizi, Ahmad, hakim dan Ibnu Hibban di dalam musnad Ad Darimi dari Ibn Umar R.A berkata , bahawa Rasulullah SAw apabila melihat hilal baginda bersabda :

الله اكبر ألّلهم اهله علينا بلأمن والآيمان و السلامة والاسلام و التوفيق لما تحب وترضى ربنا وربك الله

Maksudnya : Allah Maha besar . Ya Allah kurniakanlah kami keamanan, keimanan , keselamatan dan Islam serta taufek dengan apa yang Engkau sukai dan redhai. Tuhanku dan tuhan mu hanyalah Allah.

Bulan ramadhan bulan yang aman, Aman daripada maksiat dan syaitan. Bulan selamat, selamat iman dengan ketaatan. Bulan selamat daripada api neraka. Bulan Islam. Tuhan kita tuhan yang sama.

Jika kita tidak melihat sendiri anak bulan pun boleh baca doa di atas.

2. Hantar ucapan tahniah melalui sms, telepon dan sebagainya kepada mereka yang kita kenal mau pun tidak kenal, untuk menaikkan semangat-semangat mereka, untuk giatkan amalan ketaatan.

3. Bagi yang telah berkeluarga, jadikan anak-anak gembira dengan kedatangan Ramadhan , dengan memberi hadiah, memasang lampu, baju khas dan hiasan-hiasan di rumah. Kerana kita ingin mengikat hati anak-anak kita dengan kebesaran bulan Ramadhan. Menanamkan kepada mereka bahawa ramdhan adalah bulan yang agung dan istimewa.. bukan semata-mata kesusahan dan kepayahan berpuasa tetapi di dalamnya adalah  kegembiraan.

4. Qiamul lail . Pada malam pertama Ramadhan jangan lupa berqiamul lail. keluarga

5. Himpunkan niat. Ini penting untuk memulakan Ramadhan.

Pertama : Kita berniat untuk berpuasa esok . Manakala  fuqaha’ mengharuskan untuk kita berniat berpuasa keseluruhan bulan .

Kedua: Niat kembali [ taubat]. Iaitu kembali secara total kepada Allah taala. Kerana ini adalah satu peluang yang besar di dalam bulan ramadhan untuk kita kembali, atau bertaubat kepada Allah taala. Allah sangat gembira apabila hamba-hambaNya kembali kepadanya. Lantaran itu berniatlah bersungguh sungguh untuk kembali kepada Allah SWt dangan taubat yang sempurna , daripada semua dosa kecil dan dosa besar.

Rukun taubat ialah :

  • Meninggalkan perbuatan dosa
  • Menyesal
  • Berazam tidak akan mengulangi lagi.

Jika kita ada terambil hak orang, maka pulangkan lah.. sesungguhnya Ramadhan adalah sepenting-penting musim untuk pengampunan dosa.

Hadis Rasulullah saw , di riwayatkan dari Abu Hurairah ;

الصلوات الخمس, والجمعة الى الجمعة و رمضان الى رمضان مكفرات ما بينهنّ اذا اجتنبت الكبائر

Maksudnya : Sembahyang lima waktu, solat jumaat ke jumaat, Ramadhan ke Ramadhan menghapus dosa di antara keduanya apabila dijauhi dosa-dosa besar.

Ketiga: Niat untuk melipat gandakan ibadah. Kita mesti mempunyai azam yang bersungguh-sungguh untuk beribadat kepada Allah Taala. Ibadat dalam bulan Ramadahan mesti berbeza daripada ibadat pada bulan-bulan yang lain, seperti kita menggandakan qiamullail, berdoa, berzikir dan sebagainya.

Keempat : Niat untuk kuatkan ikatan persaudaraan antara orang Islam, hubungkan silatur rahim yang putus.

Kelima : Berniat untuk mengajak orang lain sama-sama kembali kepada Allah, seperti mengajak orang yang merokok supaya berhenti merokok, mengajak wanita memakai hijab yang sempurna dan sebagainya. Kerana pada bulan ini syaitan di belengu, maka jadikanlah diri kita sebagai ‘sebab’ orang lain dapat hidayah .

ولئن يهدي الله بك رجلا واحدا خير لك من حمر نعم

Maksudnya : Dan jika Allah memberi hidayah kepada seorang lelaki dengan sebab kamu , adalah lebih baik daripada unta merah.

solat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s