Pernahkah anda membaca satu himpunan wirid-wirid yang ma’thur yang telah di bukukan dalam satu buku comel, yang di namakan ” Al Ma’thurat”, yang di belakangnya ada satu doa yang di kenali sebagai doa Rabitah? . Tahukah anda siapa yang telah melakukan anisiatif tersebut? Ya, Asy Syahid Hassan Al Banna. Dengan ijtihad beliau , beliau telah menyusun wirid- dan doa-doa yang ma’thur untuk di amalkan pagi dan petang, kerana Doa adalah senjata mukmin. Apabila kita memohon kita memohon kepada Allah, secara direct.. doa adalah ibadah, melambangkan hubungan intim kita dengan Allah Pencipta semesta alam.
Namun tahu kah anda apakah biografi Asy Syahud Hassan Al Banna. Hanya setakat mengumpul doa untuk di bukukan?? Adakah Islam itu sekadar berdoa? Tidak.. Islam adalah satu agama yang diiktiraf di sisi Allah SWT. Islam satu agama yang syumul yang merangkumi segala aspek kehidupan. Islam ada penyelesaian permasaalahan kita.. ” Islam huwa Hil”. Asy Syahid ada seorang tokoh, seorang mujaddid abad ke 20 yang telah membawa satu gagasan untuk ummah. Yang telah diimplementasikan melalui satu pertubuhan iaitu gerakan Ikhwanul Muslimin , di Mesir.
Lantaran itu hari ini marilah sama-sama memahami apakah gagasan tersebut. Dengan itu Ikatan Muslim Malaysia [ISMA] telah menganjurkan ” konvensyen pemikiran Al Banna dalam melakar agenda bangsa “, pada 30 Jan 2010 akan datang . Apakah idea-idea yang Asy Syahid bawa di kalangan orang-orang Arab di bumi Arab itu releven untuk kita orang Melayu di Tanah Melayu?
Memang ramai di kalangan kita yang tahu dan mengenali Asy Syahid. Saya rasa inilah konvensyen yang julung-julung kalinya di adakan di Malaysia untuk membincangkan fikrah pemikiran beliau dalam kita sibuk dan penuh semangat untuk memperjuangkan serta membela bangsa. Jom, jemput hadir..
TARIKH: 30 JANUARI 2010
TEMPAT: DEWAN SRI SARJANA, UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN), KAMPUS PUTRAJAYA
ANJURAN: IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA
OBJEKTIF
i. Memberikan kefahaman tentang manhaj perubahan Islam.
ii. Memberi kesedaran tentang kepentingan aspek Maqasid Syarak dalam menilai situasi politik semasa.
iii. Memberikan tasawur agenda perubahan yang jelas, praktikal dan berkesan.
iv. Mengukuhkan kesedaran dan keyakinan mengenai pilihan penyelesaian Islam terhadap kemelut umat.
PEMBENTANG KERTAS KERJA
Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
Naib Presiden II
Ikatan Muslimin Malaysia
Ustaz Hj Mohd Hazizi bin Hj Ab. Rahman
Timbalan Setiausaha Agung
Ikatan Muslimin Malaysia
Ustaz Hj Mohd Rusdi bin Hj Alias
Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia
Ikatan Muslimin Malaysia
Pendaftaran boleh di lakukan secara online . Boleh layari laman web :
Ayuh… jadilah anda salah seorang yang ambil peduli dan peka terhadap urusan umat Islam dan Bangsa Melayu.. jumpa di sana. InsyaAllahu taala.
komen terkini