NIKMAT KESIHATAN

Betapa Allah telah mencipta manusia dengan fizikal yang amat rapi susunannya. Sesuailah seorang bayi memulai kembara hayatnya dengan berada selama sembilan bulan di dalam rahim ibu. Pembentukan urat saraf, tulang belulalang dan berbagai organ disempurnakan dalam fatrah tersebut. Allah Maha Pencipta.. Namun kenapa masih kita leka dan seolah tidak menyedarinya. Wa fi anfusikum afala tubsirun? Tanda kebesaran Allah ada pada diri kita sendiri. Diri yang sering kali alpa, sombong dan takabbur. Magfirah Allah jua yang bisa menyelamatkan kita dari nerakanya.

Terlalu banyak pelajaran untuk kita insafi dalam tubuh bani insan ini. Yang tidak mampu untuk di sangkal akal mau pun perasaan. Nah… lihat saja pada jantung kita yang seolah berada di dalam sebuah sangkar,, berdenyut mengepam darah untuk kehidupan. Berdenyut saban saat, tidak pernah mungkir, berpantang maut sebelum ajal.. walau pun beban makanan berbagai kalori, zat dan kandungannya yang kita suapkan melalui mulut , di proses oleh usus penghadaman, diangkut oleh darah ,dialirkan ke sekujur tubuh melalui jantung.

Tanpa kita sendiri ingin memikirkan berat bebannya, rumit tugasnya sang jantung itu,, hanya mengeluh mengaduh ketika terasa kesannya. Sesak nafas.. kebas.. stoke dan seumpamanya . Nauzubillah min zalik..

Pernahkah terfikir oleh kita untuk menjaga amanah Allah ini? Sering kali kita mengikut selera untuk menikmati makanan yang walau hanya di tekak cuma. Tidak pernah puas. Malahan adalah menjadi rutin harian untuk mendapatkan makanan. Sedangkan sunnah yang di ta’limkan kepada kita ialah makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang.. maknanya sentiasa memberi ruang untuk sang perut.. tidak dibiarkan sesak dan senak.

Dunia kita hari ini sangat mewah.. makanan-makanan enak di luar sana amat mudah untuk kita dapati. Di tepi jalan, di pasar raya, di medan selera, restauran, gerai, warung.. malahan tudung saji dan peti sejuk dirumah-rumah kita juga sarat berisi [ sehingga kadang-kadang basi dan membusuk terpaksa dibuang begitu sahaja].

Yang pengtingnya sekarang ialah sikap kita .Budaya hidup kita. Gaya pemakanan , kuantiti dan kualitinya. Sifat zuhud, qanaah [berpada dengan apa yang ada] jua yang perlu kita titipkan dalam peribadi. kerana makhluk yang hidupnya hanya untuk makan dan minum sahaja itu bukan lah kita,,,,,.

Kita adalah khalifah. Kita adalah hamba Allah yang harus dengan pengabdiaan dirinya setiap masa kepada Al Khaliq. Khalifah mesti berwibawa . Hamba sifatnya selalu sederhana. Simple dan mudah bunyinya. Namun makna yang terkandung di dalamnya amat menguji insani .

Advertisement

PERKAHWINAN TERLARANG

Seperti yang dijangkakan pasca moden akan membawa bersamanya ledakan budaya baru yang selama ini terpinggir. Budaya dan tatasusila manusia berubah dengan berubahnya zaman. Perkara yang dulunya di pandang kecil kini sudah berani untuk menonjol. Isu yang dahulunya serpihan kian mendapat pengiktirafan.

Jika era permodenan membawa manusia kepada permodenan dan perkembangan sains dan teknologi yang secara tak langsung membawa bersamanya budaya dan cara hidup bau yang lebih moden. Apa pula yang bakal berlaku di zaman pasca moden??  Antara yang ingin saya sebutkan di sini ialah fenomena sosial yang semakin terasa , yang wujud dalam masyarakat dunia terutama tentang isu-isu yang berkainan orentasi seksual.

Pada hari khamis 4 mac 2010 satu sejarah telah tercipta di Mexico city. Igauan ngeri kebanyakan penduduk di negara itu menjadi realiti. Namun segelintir rakyatnya menyambutnya dengan penuh kegembiraan sebagai tanda perjuangan mereka selama ini diterima.

Pada hari itu golongan homoseksual dibenarkan untuk mendaftar lesen perkahwinan mereka. Mexico city merupakan bandar utama Mexico dan juga di Amerika Latin yang membenarkan perkahwinan sejenis dilangsungkan. Lantaran itu dalam tempoh terdekat ini dunia akan menyaksikan upacara perkahwinan pertama melibatkan kumpulan tersebut di Mexico City. Golongan gay dan lesbian dilihat beratur di bangunan kerajaan tempatan untuk menghantar dokumen perkahwinan mereka dengan pasangan normal yang lain.

Pihak berkuasa Mexico City telah meluluskan undang-undang untuk membenarkan perkahwinan sejenis yang setarag dengan perkahwinan biasa membabitkan lelaki dan wanita pada Disember lalu. Undang-undang itu juga membenarkan pasangan terbabit mengambil anak angkat, berkongsi membuat permohonan bank, mewarisi harta pusaka serta kbenaran untuk memasukkan pasangan mereka dalam polisi insurans. Sedangkan semua hak tersebut telah dinafikan sejak sekian lama kerana mereka tidak diiktiraf sebagai pasangan normal.

Hakikatnya pengiktirafan perkahwinan sejenis hanya direkodkan sebagai sejarah bagi segelintir manusia yang keliru dengan kecenderungan seksual mereka. Lebih tepat hari tersebut akan lebih diingati sebagai hari musibah oleh kita semua.

Sesungguhnya dengan pengiktirafan tersebut maqasid syari’ah yang kita perjuangkan selama ini akan terbatal. Di mana dengan perkahwinan terlarang tersebut secara jelasnya adalah bertentangan dengan agama Islam. Sedangkan perkahwinan itu adalah merupakan salah satu tanda kebesaran Allah Yang menganugerahkan suasana mawaddah wa rahmah antara pasangan yang berkahwin. Perbuatan perkahwinan sejenis terang-terang membelakangkan agama, apatah lagi untuk memartabatkan agama.

Dari sudut nasab keturunan juga akan menjadi kacau bilau ketika pasangan tersebut mengambil anak angkat dan menasabkan kepada mereka,, nasab yang palsu.. Lebih teruk lagi anak-anak yang sudah kecelaruan nasab tersebut akan pasti membawa masaalah dalam masyarakat di mana hadapan. Sudah tentu zaman pembesaran dan pendidikan yang mereka lalui juga tidak normal.

Dari sudut menjaga maruah yang di tekankan dalam maqasid syariah,, sememangnya pengamal perkahwinan sejenis itu sudah berada di dalam kategori tidah bermaruah. Sudah tidak ada harga diri, mengikut selera dan kerakusan nafsu.

Ringkasnya 5 maqasid syariah, iaitu hifzul deen, hifzul nasab, hifzul maru’ah, hifzul mal dan hifzul nafs akan tercemar melalui budaya perkahwinan terlarang tersebut. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh, walau pun ia berlaku di Mexico City namun pengamal dan penyokong fahaman tersebut melata di seluruh dunia. Seiapakah yang mampu untuk membendung fenomena ini dari menular?? Apakah tindakan yang perlu kita ambil? kerana sebagai seorang muslim tidak seharusnya kita berdiam diri.

Untuk penyelesaian jangka panjang para daie harus bergerak secara aktif untuk membentuk fard Muslim . Mentarbiah mereka dengan tarbiah Islamiyyah yang syumul . Melahirkan generasi yang kalis . Kebal dari segala serangan negatif  yang merbahaya. Manakala  untuk tindakan jangka pendek para daie seharusnya memainkan peranan mereka terhadap masyarakat umum melalui apa cara sekali pun . Melalui nasihat, ceramah, pengajaran, penulisan dan seumpamanya.

Kemungkaran yang semakin bermaharajalela adalah dibimbangi kerana lemahnya gerakan dakwah . Kegiatan-kegiatan yang melekakan semakin menarik minat masyarakat dengan gaya yang sentiasa dikemaskinikan. Kita tidak mahu akan ditanya oleh mungkar dan nakir se awal di alam baezakh lagi atas kecuaian menyebarkan dakwah ini. Dengan kata lain kita memahami kepentingan berdakwah tetapi tidak melakukannya secara serius, malahan kadang kala bermusim atau  reaksi dari sesuatu isu,, bukan atas dasar tanggung jawab.