PERKAHWINAN TERLARANG

Seperti yang dijangkakan pasca moden akan membawa bersamanya ledakan budaya baru yang selama ini terpinggir. Budaya dan tatasusila manusia berubah dengan berubahnya zaman. Perkara yang dulunya di pandang kecil kini sudah berani untuk menonjol. Isu yang dahulunya serpihan kian mendapat pengiktirafan.

Jika era permodenan membawa manusia kepada permodenan dan perkembangan sains dan teknologi yang secara tak langsung membawa bersamanya budaya dan cara hidup bau yang lebih moden. Apa pula yang bakal berlaku di zaman pasca moden??  Antara yang ingin saya sebutkan di sini ialah fenomena sosial yang semakin terasa , yang wujud dalam masyarakat dunia terutama tentang isu-isu yang berkainan orentasi seksual.

Pada hari khamis 4 mac 2010 satu sejarah telah tercipta di Mexico city. Igauan ngeri kebanyakan penduduk di negara itu menjadi realiti. Namun segelintir rakyatnya menyambutnya dengan penuh kegembiraan sebagai tanda perjuangan mereka selama ini diterima.

Pada hari itu golongan homoseksual dibenarkan untuk mendaftar lesen perkahwinan mereka. Mexico city merupakan bandar utama Mexico dan juga di Amerika Latin yang membenarkan perkahwinan sejenis dilangsungkan. Lantaran itu dalam tempoh terdekat ini dunia akan menyaksikan upacara perkahwinan pertama melibatkan kumpulan tersebut di Mexico City. Golongan gay dan lesbian dilihat beratur di bangunan kerajaan tempatan untuk menghantar dokumen perkahwinan mereka dengan pasangan normal yang lain.

Pihak berkuasa Mexico City telah meluluskan undang-undang untuk membenarkan perkahwinan sejenis yang setarag dengan perkahwinan biasa membabitkan lelaki dan wanita pada Disember lalu. Undang-undang itu juga membenarkan pasangan terbabit mengambil anak angkat, berkongsi membuat permohonan bank, mewarisi harta pusaka serta kbenaran untuk memasukkan pasangan mereka dalam polisi insurans. Sedangkan semua hak tersebut telah dinafikan sejak sekian lama kerana mereka tidak diiktiraf sebagai pasangan normal.

Hakikatnya pengiktirafan perkahwinan sejenis hanya direkodkan sebagai sejarah bagi segelintir manusia yang keliru dengan kecenderungan seksual mereka. Lebih tepat hari tersebut akan lebih diingati sebagai hari musibah oleh kita semua.

Sesungguhnya dengan pengiktirafan tersebut maqasid syari’ah yang kita perjuangkan selama ini akan terbatal. Di mana dengan perkahwinan terlarang tersebut secara jelasnya adalah bertentangan dengan agama Islam. Sedangkan perkahwinan itu adalah merupakan salah satu tanda kebesaran Allah Yang menganugerahkan suasana mawaddah wa rahmah antara pasangan yang berkahwin. Perbuatan perkahwinan sejenis terang-terang membelakangkan agama, apatah lagi untuk memartabatkan agama.

Dari sudut nasab keturunan juga akan menjadi kacau bilau ketika pasangan tersebut mengambil anak angkat dan menasabkan kepada mereka,, nasab yang palsu.. Lebih teruk lagi anak-anak yang sudah kecelaruan nasab tersebut akan pasti membawa masaalah dalam masyarakat di mana hadapan. Sudah tentu zaman pembesaran dan pendidikan yang mereka lalui juga tidak normal.

Dari sudut menjaga maruah yang di tekankan dalam maqasid syariah,, sememangnya pengamal perkahwinan sejenis itu sudah berada di dalam kategori tidah bermaruah. Sudah tidak ada harga diri, mengikut selera dan kerakusan nafsu.

Ringkasnya 5 maqasid syariah, iaitu hifzul deen, hifzul nasab, hifzul maru’ah, hifzul mal dan hifzul nafs akan tercemar melalui budaya perkahwinan terlarang tersebut. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh, walau pun ia berlaku di Mexico City namun pengamal dan penyokong fahaman tersebut melata di seluruh dunia. Seiapakah yang mampu untuk membendung fenomena ini dari menular?? Apakah tindakan yang perlu kita ambil? kerana sebagai seorang muslim tidak seharusnya kita berdiam diri.

Untuk penyelesaian jangka panjang para daie harus bergerak secara aktif untuk membentuk fard Muslim . Mentarbiah mereka dengan tarbiah Islamiyyah yang syumul . Melahirkan generasi yang kalis . Kebal dari segala serangan negatif  yang merbahaya. Manakala  untuk tindakan jangka pendek para daie seharusnya memainkan peranan mereka terhadap masyarakat umum melalui apa cara sekali pun . Melalui nasihat, ceramah, pengajaran, penulisan dan seumpamanya.

Kemungkaran yang semakin bermaharajalela adalah dibimbangi kerana lemahnya gerakan dakwah . Kegiatan-kegiatan yang melekakan semakin menarik minat masyarakat dengan gaya yang sentiasa dikemaskinikan. Kita tidak mahu akan ditanya oleh mungkar dan nakir se awal di alam baezakh lagi atas kecuaian menyebarkan dakwah ini. Dengan kata lain kita memahami kepentingan berdakwah tetapi tidak melakukannya secara serius, malahan kadang kala bermusim atau  reaksi dari sesuatu isu,, bukan atas dasar tanggung jawab.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s