Cabaran ideal pascamoden

DR YAMEN CHENG :

Lima perkara pokok yang membentuk wajah dunia ialah realiti, kebenaran, ilmu, sejarah dan diri. Realiti merujuk kepada persoalan tentang hakikat kewujudan dunia, sama ada dunia ini hanya semata juzuk kebendaan ataupun mempunyai dimensi yang lebih dari itu.

Kebenaran merujuk kepada pengesahan terhadap realiti dunia, dan ini bergantung kepada sumber kebenaran, sama ada ia legenda dan mitos, periwayatan, akal, ataupun wahyu. Ilmu merujuk kepada titik temu diri dengan kebenaran dari segi padanan kebenaran dengan diri dan sebaliknya.

Sejarah merujuk kepada dunia sebagai persada titik temu segala yang terdapat di dalamnya, dan titiktemu ini memberikan satu gambaran tentang perencanaan dunia, termasuk sama ada ia mempunyai corak yang berulang ataupun ia bersifat rambang.

Diri merujuk kepada persoalan tentang kewujudan jati seseorang, seperti persoalan tentang sama ada kejatian dirinya adalah melalui kelahiran ataupun ianya bergantung kepada faktor persekitaran, seperti budaya dan sejarah. Lagi

Advertisement

PASCA MODEN , KAJIAN/PERBINCANGAN.

Siti Fatimah Binti Abdul Rahman
Fellow Kanan

00/00/0000 | Artikel Bahasa Malaysia

Meneliti isi kandungan akhbar The Star, walaupun menyeronokkan kerana isu-isu yang dibawa begitu informatif sifatnya, tetapi isu-isu yang sama juga kadangkala membimbangkan saya. Ini terutamanya apabila ia membawa isu-isu yang berkaitan dengan fenomena sosial yang wujud dalam masyarakat kita terutamanya isu-isu yang berkaitan tentang orientasi seksual.
Sebagai contoh, saya pernah terbaca isu berkaitan wanita di mana diketengahkan idea supaya diskriminasi terhadap wanita bujang, wanita yang mempunyai anak tanpa berkahwin dan lesbian, dihentikan. Saya merasakan masyarakat umum boleh menerima dua cadangan pertama kerana jodoh pertemuan di tangan Tuhan, manakala wanita yang mempunyai anak tanpa berkahwin itu mungkin merupakan mangsa rogol, tetapi untuk menerima golongan lesbian, saya berpendapat masyarakat kita masih belum bersedia. Mungkin juga dengan ajaran agama yang menentang perkara ini, masyarakat Melayu khususnya, sehingga bila-bila tidak akan bersedia untuk menerima golongan ini.
Kemudian, dalam satu isu yang berkaitan dengan sambutan hari wanita, saya terbaca juga tentang kisah suka-duka seorang lesbian apabila tidak diterima oleh masyarakat. Seperti cadangan di atas, masyarakat disarankan menerima golongan ini atas dasar kebebasan individu untuk memilih orientasi seks mereka sendiri.
Terbaru, saya kira ialah tentang nasib golongan mak nyah di mana mereka mengalami diskriminasi yang begitu hebat seperti sukar untuk mendapatkan pekerjaan � yang akhirnya memaksa mereka mencari makan sebagai pekerja seks � dan nasib golongan mak nyah yang beragama Islam yang asyik didenda oleh Mahkamah Syariah atas kesalahan lelaki berpakaian seperti wanita. Sekali lagi, kita disarankan untuk bersikap prihatin kepada golongan ini atas dasar kecenderungan mereka itu adalah di luar kawalan mereka.
Ini adalah sebahagian dari isu yang dibawa oleh akhbar tadi, yang sempat saya ikuti. Yang menghairankan, isu-isu ini tidak pernah mengambil tempat dalam akhbar Melayu (sekurang-kurangnya Utusan Malaysia yang mana saya adalah pelanggan tetapnya). Ini mungkin kerana barisan editor akhbar Melayu ini merasakan masyarakat Melayu masih belum bersedia (atau tidak akan bersedia) untuk isu-isu seperti ini apalagi untuk menerima cadangan-cadangan yang diutarakan itu. Keputusan ini mungkin satu keputusan yang bijak namun ia mungkin menyebabkan masyarakat Melayu secara keseluruhannya merasakan fenomena ini tidak wujud dalam masyarakat kita dan tidak melihatnya sebagai satu masalah sedangkan majoriti yang terlibat adalah orang Melayu juga. Lagi