menggilap keberanian anak kecil

Vodpod videos no longer available.

more about "menggilap keberanian anak kecil", posted with vodpod

3 TIPS TIDAK MELEWATKAN KERJA


Cara #1: Beri tekanan pada diri sendiri

Ramai antara kita menunggu sesuatu atau seseorang untuk memotivasikan mereka. Sebenarnya motivasi ada di mana-mana sahaja. Dengan hanya menunggu, tiada apa yang akan berlaku. Antara kita, hanya 2% sahaja yang boleh memulakan sesuatu tanpa sebarang pengawasan atau suruhan. Mereka ini digelar pemimpin. Sekiranya anda menunggu, anda akan menunggu untuk selama-lamanya.

Pemimpin melakukan pilihan sendiri untuk terus berusaha, golongan ini meletakkan satu standard yang tinggi. Anda perlu menanamkan semangat sebagai seorang pemimpin dan lakukan lebih daripada apa yang sepatutnya anda lakukan. Sekiranya anda bekerja, lakukan lebih daripada apa yang anda dibayar.

Sekiranya kita melakukan sesuatu lebih daripada kemampuan kita, kita akan merasakan kepuasan dan semangat akan semakin menjadi tinggi. Sekiranya anda melakukan kerja yang anda ingin siapkan pada kadar segera, anggap dan letakkan tekanan bahawa ia mesti disiapkan pada kadar yang segera. Anggap hari esok anda perlu ke outstation dan kerja di tangan anda ini mesti di siapkan juga sebelum malam ini. Bayangkan dan Tanya pada diri anda sendiri, sekiranya esok saya harus pergi outstation, apa perlu saya lakukan untuk menyiapkan kerja saya pada hari ini juga.

Cara #2: Apa akan terjadi sekiranya…

Ianya dikatakan, manusia melakukan perkara untuk mendapatkan kebahagiaan atau mengelakkan kesengsaraan. Dalam apa sahaja yang anda lakukan, sudah pasti terdapat elemen menambahkan kebahagiaan anda, atau mengelakkan kesengsaraan dan penderitaan.

Dalam mengurus masa anda, fikirkan apa yang akan terjadi, sekiranya anda tidak melakukan tugasan di tangan secepat mungkin. Adakah anda mendapat kebahagiaan, atau kesengsaraan?

Beri tumpuan dan fokus kepada perasaan tersebut. Lipatkali gandakan perasaan tersebut, sekiranya kebahagiaan, gandakannya dengan sepuluh! Sekiranya kesengsaraan yang anda akan dapat, gandakannya dengan sepuluh.

Manusia melakukan sesuatu oleh kerana emosi di dalam diri. Dengan memainkan emosi anda dengan fokus kepada mendapat kebahagiaan yang berganda dan mengelakkan kesengsaraan yang berganda, emosi anda akan memberi daya tolakan kepada diri anda untuk menyiapkan sesuatu kerja secepat mungkin dnegan sempurna.

Pertimbangkan apa yang akan terjadi sekiranya apa yang anda ingin lakukan di lewat-lewatkan!

Cara #3: Tambahkan ilmu dalam bidang focus anda

Manusia adalah insan yang amat hebat dan boleh mencapai apa sahaja matlamat dengan ilmu dan pengalaman yang mencukupi. Lipatkali gandakan ilmu anda dalam bidang anda. Dengan ilmu yang lengkap, segala kerja yang dilakukan adalah lebih mudah.

Sering kali kita tidak dapat meneruskan sesuatu kerja apabila kita tidak tahu melakukannya, atau, mempunyai ilmu yang kurang dalam kerja yang perlu ditangani.  Ini akan melambatkan sesuatutugas dan adakalanya akan menurunkan produktiviti dan motivasi. Tekanan mula di rasa apabila ilmu yang dimiliki tidak dapat menangani kerja di tangan.

Dedikasikan diri anda untuk menjadi pakar dalam bidang anda. Baca buku, hadiri seminar, minta nasihat dari yang lebih pakar, dan tambahkan kepakaran anda, sama ada yang berkaitan secara langsung dengan kerja anda, atupun yang tidak.

Advertisement

PENELITIAN TENTANG KEUNIKAN GENERASI


1.Pertama , adanya generasi yang disebut  ‘The greatest generation’ ,

iaitu generasi yang lahir dalam lingkungan tahun 1901 – 1920 .  Pada generasi ini lahir pemimpin-pemimpin besar dunia seperti Winston churcill,  Goerge W Bush dan lain-lain.

Ramai dikalangan datuk dan nenek kita yang lahir pada zaman ini. Ada juga antara kita ibu bapa mereka lahir pada zaman ini.

2.Generasi kedua ialah  ‘silent generation’

Terdiri daipada generasi yang lahir pada 1921-1940. Disebut demikian kerana masa ini tidak melahirkan tokoh-tokoh besar.

3. Generasi “Baby Boomer “  ( 1941 – 1956 )

Kebanyakkan generasi ini lahir dari pasca perang dunia kedua. Mereka tidak kaya. Ada dikalangan mereka yang kerja kerajaan. Pencen sekitar tahun  2000 – 20012. Mereka merupaka generasi terakhir zaman industri.

4. Generasi seterusnya ialah  “baby Buster”, 1957-1969. Generasi “moden”.Ia dipanggil ‘baby buster’ kerana ia berlawanan dengan’baby boomers’. Di mana peperangan sudah berakhir. Orang sudah mula kuat bekerja dan sudah mula mengabaikan keluarga dan kasih sayang. Generasi yang melihat perang dingin.

5. Generasi-X ( 1970 – 1985 ) :

Kenapa generasi ini disebut generasi “X” ? sekelompok pengkaji Inggeris mendapati keanehan pada anak-anak remaja pada zaman itu. Ada 4 keanehan yang di temui :

  • They sleep together before marriage (beliau tidur bersama sebelum menikah ).
  • They don’t believe in god ( mereka tidak percaya Tuhan ).
  • They don’t respect parents ( mereka tidak hormat ibu bapa).
  • They dislike Queen ( mereka tidak menyukai ratu Inggeris ).

Setelah di selidiki, didapati generasi “X” lahir dari generasi boomer yang kuat bekerja , di mana wang dan kerier menjadi keutamaan mereka yang mengakibatkan terlalai untuk keluarga dan kasih sayang terhadap anak-anak. Generasi “X” merupakan generasi yang tidak pandai mengasihi kerena mereka tidak pernah merasa kasih sayang.

Generasi “X” terbahagi kepada 2 sub generasi :

  1. Generasi MTV ( 1970 – 1980 ), ada di kalangan generasi ini yang sempat melihat era sebelumnya, Tempoh peralihan sebelum masuk ke generasi internet. Generasi ini membesar dalam era 80an. Melihat keruntuhan tembok Berlin. Sedar tentang keruntuhan soviet Union. Lahirnya bilionair muda seperti  pengasas Yahoo dan Google sekarang.  Generasi ini adalah generasi zaman peralihan antara idea zaman industry dan  idea zaman informasi.
  2. Generasi Boomerang – ( 1981-1985), generasi peralihan Gen-X ke Gen-Y. Sempat juga merasakan kehidupan zaman MTV, tapi dah penghujung. Mungkin kerana mereka lebih  celik dan ke depan dalam bab computer dan internet , ketika usia remaja mereka sudah diperkenalkan dengan teknologi tersebut. Ibu bapa mereka pernah mengalami kelembapan ekonomi sekitar pertengahan 80an. Lalu berlakulah New World Order dan idea-idea futuristik dan sekitar konsep globalisasi . Generasi ini kelihatannya sudah tidak berpegang dengan idea industri.

6.Generasi-Y ( 1986 – 2001 )

Kemudian muncullah generasi “Y” , yang lahir pada sekitar 1981-2001. Generasi ini lebih parah lagi. Mereka harus berdepan dengan pendidikan yang lebih mahal. Rumahtangga berantakan, perceraian ibu bapa , ada dikalangan mereka yang lahir daripada keluarga yang kaya ( helicopter parents), dan ada yang dibesarkan dari keluarga homeseksual (same sex parents).

Mereka lahir zaman Soviet Union sudah runtuh. Amerika menjadi kuasa unggul dunia. Ini permulaan generasi internet. Celil-celik dah kenal play station , game dan seumpamananya.

Lagi

M’SIA BUKAN MASYARAKAT JUDI

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mei 9, 10
Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa kerajaan pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus.

Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut:

1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa ‘tindakan pemerintah terikat dengan maslahah’. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan negara itu sendiri.

Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi’i r.h: “Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim” (lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair).

Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?

Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.

2. Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa manfaat untuk pihak-pihak tertentu.

Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima.

Al-Quran menyebut: (maksud) “Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia.

Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).

Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan sukan bukan satu alasan. Kerosakan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima.

Membiayaan untuk membaikinya nanti jauh lebih tinggi.

3. Judi sama ada ‘dilesenkan’ atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan.

Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain.

Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyarakat.

4. Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat Malaysia bukan masyarakat judi.

Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup untuk mendakwa ‘judi adalah budaya kami’, atau ‘kebanggaan hidup kami’.

Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya kaki judi.

Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang rasional.

5. Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan. Sama ada diberi lesen atau tidak, tetap sama.

Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang.

Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan yang munasabah.

6. Peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing dengan penjenayah. Cadangan tersebut hanya mengubah ‘tauke’ sahaja dari yang berlesen kepada yang tidak berlesen.

Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan tempat ‘hisap candu berlesen’ untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya di tempat yang tidak berlesen?

Jangan fikir lesen dan cukai keuntungan sahaja, kerajaan hendaklah berfikir kesan yang akan menimpa rakyat nanti!

Maka, saya sekali lagi membantah cadangan ini dan meminta semua rakyat Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah cadangan ini!

JUDI BOLA SEPAK

Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan itu pertaruhan ‘secara sah’ boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.

Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.

BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

………. inilah dia program realiti di negara kita. Jangan jadi pak kaduk kalah judi , kampung tergadai ……

Siapakah yang patut tampil ke hadapan menyelesaikan kemelut sosial kolar biru ni?? Apakah kita hanya menikus sahaja kerana kita adalah dari golongan marhain??

Kita mulia dengan iman, kita adalah hamba Allah yang beriman yang punya maruah…!!

Bilakah tradisi politik wang ini akan berakhir?

Selamat Tinggal memori 13 Mei

Lebih empat dekad peristiwa berdarah 13 Mei 1969 berlalu. Sejak sekian lama, dihantui oleh memori ngeri tragedi hitam tersebut.
Esok genap 41 tahun berlakunya insiden keganasan rusuhan kaum di mana di ibunegara Kuala Lumpur. Dan, mereka yang ditemuiMalaysiakini, sekata bahawa sudah tiba masanya untuk mereka melangkah meninggalkan memori hitam itu.

Ahli-ahli politik dari semasa ke semasa menggunakan taktik untuk menakutkan rakyat dengan menyatakan bahawa ancaman seperti rusuhan kaum boleh berulang dan seterusnya menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara.

Dari sudut lain pula, ini juga membawa kepada langkah untuk memperkukuhkan lagi undang-undang seperti Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Peristiwa itu juga melahirkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1971 bagi dianggap sebagai jalan penyelesaian kepada masalah ketegangan kaum yang dicetuskan oleh pengagihan tidak saksama kekayaan negara antara pelbagai kaum, khususnya kaum Cina dan Melayu.

Seorang saksi kejadian yang menyaksikan peristiwa berdarah itu ketika berumur 18 tahun memberitahu Malaysiakini, bahawa keadaan sudah berubah dan hubungan antara semua kaum juga kini semakin baik.

“Pembangkang pun sudah bergabung dan hubungan kaum telah menjadi lebih erat,” kata seorang peniaga di Kampung Baru yang berusia 59 tahun.

Dengan mengambil contoh Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, peniaga itu berkata, mursyidul am PAS dan tokoh agama itu, kini boleh “makan-makan” dengan orang Cina daripada DAP.

Katanya, contoh yang ditunjukkan oleh menteri besar Kelantan itu memberi kesan kepada masyarakat, di samping menunjukkan bahawa sikap perkauman sudah berlalu,’

Satu lagi faktor mengapa tragedi 13 Mei tidak akan berulang lagi ialah kerana kini kebanyakan generasi muda tidak mengetahui mengenai peristiwa tersebut.

“Jika tahu pun mereka tidak berasa apa-apa kerana kurangnya semangat patriotik dan nasionalisme dalam diri mereka. Mereka hanya cuma mahu bekerja, mencari duit dan kemewahan kerana mereka tidak berada semasa kejadian itu dan tidak merasainya.

Sementara itu, seorang pekerja kedai alat ganti yang hanya mahudikenali sebagai Teoh berkata, beliau masih ingat peristiwa 40 tahun lalu yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur.

Teoh, 67, berkata masih segar dalam ingatannya kereta yang lalu-lalang mundar-mandir ketika ketegangan kes tersebut.

“Ia sudah jadi sejarah. Semua ini sudah berubah sekarang,” katanya.

Manakala seorang pelajar sekolah 17 tahun yang belum lahir ketika insiden tersebut berlaku, pula dilihat kesal dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku itu.

Menurut Mohd Hafizin, perbalahan kaum pada masa ini walaupun masih ada, ia tidak menonjol.

Namun begitu, tambahnya, jika dilihat pada kesan peristiwa 13 Mei, isu tersebut tidak relevan lagi dibangkitkan semula pada pada zaman kini.

“Peristiwa ini tidak akan berlaku lagi kerana walaupun orang ramai tidak gembira (dengan sesuatu dasar), mereka tidak akan bertindak ganas lagi,” katanya.

– Wartawan Malaysiakini

Wallahu a’lam sebagai orang Islam kita sentiasa berdoa kepada Allah agar mengurniakan kepada kita keamanan dan keselamatan. Jika berlaku apa sahaja bencana dan mala petaka kepada Allah jua tempat kita berlindung. Namun yang paling kita bimbang ialah kemurkaan Allah terhadap kita kerana kecuaian kita dalam membela agamaNya…

Noktah-Noktah Penting 62 Tahun Nakbah

Apa itu Nakbah ?

NAKBAH bermaksud MALAPETAKA atau BENCANA BESAR. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada pengistiharan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.

Apa kesan awal utama Nakbah ?

  1. Nakbah menyebabkan hilangnya negara Palestin daripada peta dunia antarabangsa.
  2. Lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (800 ribu orang daripada 1.4 juta) diusir ke luar negara dan 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.
  3. 478 daripada 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948 telah dihancurkan yang melibatkan lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Di manakah testimoni Nakbah?

Terlalu ramai dan banyak…..

Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan,”Saya melihat seorang tentera pengganas Zionis memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil 9 bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Pengganas Zionis tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.

Apakah realitinya setelah 62 tahun Nakbah ?

1. Penjajahan dan penindasan yang berterusan sehingga mereka berjaya merampas lebih daripada 90 % dari keseluruhan bumi Palestin.

2. Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel.

3. Sekatan ekonomi yang dirancang kemas sehingga orang-orang Palestin tersepit, menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.

4. Anak-anak Palestin yang telah dinafikan hak untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.

5. Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia yang menyekat penghidupan rakyat Palestin serta menjadikan Palestin sebagai penjara yang terbesar di dunia.

6. Seramai 6.45 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 62 tahun yang lalu. Inilah kespelarian yang paling lama dan perit di dalam sejarah peradaban dunia.

7. Pembunuhan dan penyiksaan yang berterusan terutamanya di Gaza yang merupakan krisis kemanusiaan terhebat di abad ini.

8. Peningkatan serangan ke atas al Quds oleh ekstrimis Zionis yang mencabul kehormatan dan kesucian al Quds serta projek pembinaan kuil Yahudi di perkarangan Al Aqsa.  

Apakah rancangan jangkamasa panjang mereka?

  1. PengYahudian Baitul Maqdis dan pembinaan Kuil Yahudi ’The Solomon Temple’
  2. Pembinaan Israel Raya atau ’The Greater Israel’.
  3. Menguasai dunia antarabangsa keseluruhannya.

Apakah mereka akan berjaya di dalam cita-cita ini?    

Tidak

Apakah bukti-bukti kegagalan mereka ?

  1. Kegagalan mereka untuk membina ’The Greater Israel’ walaupun setelah sekian lama mereka menjajah Palestin
  2. Gaza kembali ke tangan Palestin dan Golan Height pula ke tangan Syria
  3. Intifadhah menyebabkan merudumnya ekonomi Israel dan hilangnya ’rasa selamat’ di kalangan orang-orang Israel.
  4. Penghijrahan lebih 700 ribu orang-orang Israel yang melarikan diri pulang ke negara-negara Barat sejak tahun 2000 lagi.
  5. Generasi muda Yahudi mereka tidak berminat untuk mempertahankan agenda Zionis
  6. Gagalnya regim Zionis dengan sokongan penduduk seramai 5 juta orang dan Amerika sekutunya untuk mengalahkan Gaza yang hanya mempunyai serai 1.5 juta penduduk.
  7. Perjuangan umat Islam yang semakin kuat dan mendapat tempat di kalangan oarng-orang Palestin, bangsa Arab dan umat Islam di seantero dunia.
  8. Dan tentunya disebabkan janji-janji Allah dan Rasulullah s.a.w

Apakah cara terbaik untuk memenangi kembali Palestin dan al Aqsa?

Tidak boleh tidak, kita mesti mencontohi perjuangan generasi silam seumpama mencontohi kejayaan generasi Solahuddin al Ayyubi dengan…  

  1. Menjadikan matlamat perjuangan adalah untuk menegakkan kalimah Allah swt.
  2. Membina generasi yang bertaqwa kepada Allah danan memelihara diri daripada maksiat.
  3. Membuat persediaan perjuangan yang  sempurna dan amat mengambil berat terhadap isu pembebasan Al-Aqsa
  4. Menyatukan kekuatan umat di bawah sistem yang satu.
  1. Menjadikan isu pembebasan Al-Quds sebagai isu Aqidah dan isu umat Islam

Marilah kita bersama-sama merenung kembali ayat Al-Quran:

“Janganlah kamu merasa lemah dan janganlah bersedih, kerana sesungguhnya kamu adalah lebih tinggi martabat daripada mereka sekiranya kamu beriman” – Surah Ali Imran: 139


Tulisan : Dr.Zainur Rashid Zainuddin

Aman Palestin.