ISU MELAYU ISLAM: APA PERANAN KITA?

Sejak PRU ke 12 isu Melayu memang diperkatakan oleh rata-rata badan dan pertubuhan mau pun parti. Apakah kita mengikuti perkembangan ini ? (semuga tak ketinggalan keretapi). Ini adalah kerana majoriti pengundi yang layak mengundi di negara ini terdiri dari orang Melayu. Memenangi hati mereka bermakna menambah angka pengundi.

Dalam suasana orang Melayu menjadi rebutan ini apakah peranan kita. Sebagai pemerhati? Atau turut turun padang memberikan “solution”? Kerana panorama ini bukanlah sebuah teater tontonan, tetapi ia melibatkan maruah dan harga diri orang Melayu itu sendiri. Bangsa yang telah sekian lama mempelopori agama islam di bumi Malaysia ini , menyaingi agama berhala dan agama-agama buatan manusia.

Bangsa Melayu kini seolah-olah terperangkap dalam agenda politik. Mereka tidak punya solution terhadap masaalah yang mereka hadapi. Parti-Parti disekeliling mereka mempunyai agenda tersembunyi terhadap orang-orang Melayu, mereka menginginkan dan menunggu-nunggu untuk melihat pepecahan di kalangan orang Melayu. Game di tangan mereka. Sementara 2 parti besar yang di anggota oleh kebanyakkan orang Melayu Islam di Malaysia pula saling tidak mempercayai antara satu sama lain.

Orang Melayu Islam yang sedang terperangkap ini mesti di selamatkan. Mereka terlebih dahulu mesti disedarkan bahawa mereka terperangkap. Semangat mereka perlu di pulihkan. Jati diri orang Melayu perlu dipertahankan. Agar kisah Pak Kaduk yang menang sorak tetapi kampung tergadai tidak diulang tayang semula dalam versi yang lebih moden , kerana darah kepahlawanan masih  mengalir didalam tubuh Melayu Islam . Perasaan cintakan agama dan bangsa adalah kekuatan dan peluang untuk orang Melayu bangkit semula. Ibarat singa yang tidur ,, perlu dikejutkan agar menyerlah semula taring di wajahnya nan garang. Ya.. kita tidak rela bangsa kita diperkotak katikkan dibumi sendiri… sedangkan kita berkemampuan.

Seperkara yang harus kita sedari ialah ” Gelombang di bawah arus”… lahirnya badan yang kononnya menawarkan solution, tetapi sejauh manakah kebenarannya. Lahir sebagai alternatif yang agak diminati dan mendapat sambutan. Namun tidak menjadikan Islam sebagai asas , akibatnya berlaku satu kelopongan. Masyarakat sebenarnya ternanti-nanti agar lopong itu terisi. Pastinya akan ramai yang akan mendakwa merekalah yang layak berada di posisi tersebut. Lantaran itu kenapa tidak kita ajukan sesuatu yang kita miliki yang tidak dimiliki oleh orang lain??

Dalam situasi ini para pendukung fikrah Islamiyyah mesti bekerja lebih keras lagi. Memperjuangkan Melayu Islam bukan bermaksud rasis,,, tetapi adalah untuk menyelamatkan keadaan dengan memenangi bangsa teras di negara ini, bilangan mereka yang majoriti dan di kuatkan dengan agama tauhid yang mereka warisi turun temurun. Dalam masa yang sama kita mengalu-alukan bangsa bukan Melayu tetapi memiliki iman di dada mereka untuk bersama kita.

Siapakah yang akan menyelamatkan orang Melayu kalau tidak orang Melayu sendiri? Kaum Melayu Islam sepatutnya berdukacita dengan angka-angka gejala sosial di dalam negara yang didominasi oleh orang Melayu. Sepatutnya mereka bersama-sama merawat dan mencegah gejala sosial yang terus menjadi topik perbincangan di dada-dada akhbar, majalah, radio, talivisyen dan seumpamanya . Lantaran itulah amat penting sekali agenda Melayu Islam ini diketengahkan , dengan niat yang suci murni demi keamanan dan kestabilan politik di masa hadapan. Tanpa rasa prajudis dan bersikap dualisma dalam perjuangan, tetapi semata-mata kerana rasa tanggungjawab dan cintakan tanahair.

Musuh dari luar juga sentiasa menunggu kelemahan kita. Mereka menunggu

kita berpecah, tidak sehaluan, saling bertelagah, untuk mereka masuk dengan agenda mereka yang rakus. Negara kita hanya tanah semenanjung yang keluasannya tidak seberapa, tetapi kaya dengan hasil mahsul seperti minyak, getah dan kelapa sawit , yang menjadi idaman orang luar.

Atas rasa syukur dengan nikmat Allah ini jugalah kita wajib mempertahankan tanah air ini dan membangunkan bangsanya.  Maka di atas satu kesepakatan bangsa Melayu Islam akan di daulatkan . Memperjuangkan watan kerana Allah ..Insyaalah akan mendapat pertolongan daripada Allah apabila sampai waktu dan ketikanya. Yang penting kita berusaha sedaya mungkin , beraksi didunia nyata,  bukan hanya berteoeri atau asyik menunding jari kepada orang lain.

Wallahu a’lam.

Advertisement

BERSEDIA UNTUK BERUBAH

Setelah sekian lama kita mendalami Ad deen ini , sewajarnya ada tindak balas di sebalik kefahaman terhadap risalah agung  ini. Langkah-langkah menuju perubahan sepatutnya sudah terputik dibenak. Tarbiyah yang menjadi aset kita perlu di cairkan , tidak dibiarkan ia terus membeku. Kerana dakwah bukanlah satu fantasi. Dakwah adalah harakah. Bergerak dan berubah serta merubah. Mengghasilkan hasil dan buah yang manis.

Saya yakin berbagai program tarbiah yang telah kita hadiri. Bukanlah sekadar aktiviti masa lapang atau interaksi sosial. Semua itu adalah kilang untuk memproses. Ya, memproses rijal. Yang akan menyambung tugas para anbiya’ menyebarkan risalah tauhid di atas muka bumi ini.

Lantaran itu sifat siddiq atau kejujuran adalah kunci kejayaan bagi tugas mulia ini. Tiada agenda tersembunyi disebalik amal. Dengan kata lain seratus peratus bersedia untuk berubah. Menukar segala pakaian kehidupan kita dengan pakaian Islam. Tak kira dalam sektor apa jua dalam kehidupan ini , mesti dijenamakan dengan jenama Islam. Bermula dengan merubah diri sendiri, keluarga, masyarakat, watan, negara malahan akan terus berubah sehingga keperingkat antara bangsa dan seantero dunia dengan celupan Islam melalui fikrah yang jelas. Seterusnya menyeru orang lain untuk sama-sama menempuh jalan ini, malahan itulah merupakan perjuangan kita.

Berubah semata-mata kerana Allah. Tiada matlamat dunia yang mencemari matlamat kita. Andainya kita duduk dibarisan orang lama atau pimpinan hendaknya tiada sifat-sifat negatif yang mencemar keparcayaan orang lain. Malahan menjadi qudwah kepada orang lain. Sentiasa menepati janji, kerana sifat tunai janji itu sebenarnya menunjukkan amanahnya seseorang itu dalam membawa risalah.

Realiti hari ini sebenarnya semakain mencabar, memerlukan kita untuk lebih bersedia. Setia dengan fikrah, tidak akan menyerah kalah. Kerana kita tidak mahu kisah ‘ futur’ mewarnai pentas dakwah ini. Kita seharusnya mengambil iktibar dari segala pengalaman lalu. Kerana orang Islam itu tidak sewajarnya masuk kedalam satu lubang dua kali.

Jika dianalogikan dengan peniagaan,, sekurang-kurangnya kita inginkan modal yang kita keluarkan akan kita dapat semula. Tetapi secara idealnya kita mestilah inginkan keuntungan . Seorang tauke yang berwawasan tentulah bercita-cita untuk membesarkan perniagaannya, membanyakkan cawangan seterusnya mendominasi pasaran. Lantaran itu , demikian jugalah dalam teori dakwah, kita tidak seharusnya berada ditakuk yang sama, tetapi harus meningkat dari satu tahap ke satu tahap sehingga menjadi peneraju semasa.

Kesediaan  untuk berubah akan memberi impak besar kepada perkembangan dakwah. Memberi saham besar kepada masa depan Islam. Kerana ia menggambarkan kesungguhan dan pengorbanan yang akan dicurahkan tanpa rasa berbelah bagi sebagai pekerja dakwah.

Selamat Datang Ke Sirah Muzikal – SIRAM

Kuasa politik senjata ampuh orang Melayu tidak patut digadai.

Syawal semakin hampir untuk melabuhkan tirainya. Dengan itu akan berakhirlah dua pesta meriah bagai masyarakat Melayu Islam di Malaysia, iaitu pesta ibadah dibulan Ramadhan dan pesta ziarah juga ‘open house’ dibulan syawal. Walau bagaimanapun para pelajar sekolah sudah  sibuk dengan beberapa jenis peperiksaan, peperiksaan akhir tahun, PMR, SPM dan STPM. Para ibu bapa akan meneruskan kehidupan dan tugas rutin mereka seperti biasa. Bagaimana pula kesahnya dengan para politikus?? Mereka juga sering berhadapan dengan berbagai arus dan gelombang yang berbagai bentuk, terus berusaha dan membuat stategi untuk mencapai objektif tertentu.

Suka untuk saya kongsikan disini petikan dari Minda Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh : 4 oktober/ 25 Syawal, hari isnin. Muka surat 16 (apakah rasionalnya ruang minda pengarang ini di letakkan di bahagian tengah akhbar???..) :

” Satu-satunya bidang yang masih dikuasai orang Melayu ialah polotik. Walaupun orang Melayu adalah kaum majoriti di negara ini, hakikatnya dalam banyak bidang kita ketinggalan dan dikuasai bukan Melayu, kecuali politik. Melalui politiklah nasib orang Melayu masih terbela dan hak keistimewaan mereka dapat dipertahankan sehingga sekarang. Bayangkan apa akan terjadi kepada orang Melayi pada masa depan, jika kuasa politik sudah berpindah tangan.Ramai genersasi muda hari ini tidak pernah terfikir bahawa keadaan itu boleh berubah bila-bila amsa, sekiranya kuasa potik sudah tidak ada lagi ditangan orang Melayu.Olehitu, mempertahankan kuasa politih bukan lagi retorik atau momokan demi survival sesebuah parti politik untuk memperolehi sokongan semata-mata . Sebaliknya, kuasa politik menuntut kita memahami kepentingan dan kesan buruk jika ia terlepas ke tangan orang lain. Seperti yang diungkapkan oleh Datuk Seri Najib RAzak kelmarin, kuasa politk adalah senjata paling tajam yang perlu dipertahankan dalam usaha kita meneruskan perjuangan mengikut landasan agama , bangsa dan negara. kita tidak boleh menafikan bahawa kuasa politik adalah asas kepada segala perjuangan . Justeru itu kita akan menerima kesannya jika membiarkan kuasa politik terelepas ke tangan orang lain, gara-gara perbalahan sesama sendiri sehingga menjejaskan perjuangan bangsa. Kita mesti insaf bahawa kuasa politik  yang ada dalam genggaman hari ini akan menentukan kedudukan bangsa Melayu pada masa depan. tindakan sesetengah pemimpin Melayu parti pembangkang yang menggadaikan perjuangan dan maruah bangsa demi kepentingan politik mereka sebenarnya boleh menghakis kuasa politik orang Melayu. Kuasa politik dan maruah bangsa tidak ada galang ganti. Jika ia terlepas ke salam genggaman tangan orang lain maka kita jadilah seperti Pak KAdok yang menang sorak tetapi kampung tergadai.

Kalangan penganalisis ekonomi pula lebih eksterm menggambarkan bahawa kuasa politik esok adalah hasil pemikiran, ciptaan, penyertaan dan pengaruh kita pada hari ini. Jadi, senjata paling tajam pada orang Melayu bukan lagi pada lembing, panah atau keris tetapi kuasa politik yang membolehkan mereka menentukan dasar dan masa depan sendiri.. Namun kuasa itu pula dipertahankan dengan beberapa tunjang lain termasuk kekuatan nilai dan minda serta kesediaan kita mempertahankan kedaulatan bangsa serta negara. kita tidak perlu menerima falsafah Mao Zedong- kuasa politik tumbuh daru laras senjata, tetapi harus memikirkan rasional falsafah I C MacMilan bahawa kuasa adalah keupayaan untuk menstruktur keadaan sebenar. Kuasa politik juga menuntut penyertaan kita dalam segenap bidang dan proses sosio ekonomi negara serta kesedaran untuk mempertahankan kuasa itu sehingga bila-bila. kuasa politik yang dipegang oleh kepimpinan Melayu menerusi UMNO sejak kemerdekaan membolehkan bangsa iani mengkalkan hak keistimewaannya termasuk dalam bidang ekonomi, agama dan pendidikan. Jadi, ramuan untuk mempertahankan kuasa politik Melayu hanya satu – kita mesti ‘masuk dan  merapatkan barisan ‘ bagi memastikan kuasa politik kekal dalam genggaman  bagi meneruskan agenda perjuangan bangsa. Dalam order baru yang menjadikan dunia kian mendatar, manakala kusa politik menjadi faktor dominasi sesebuah negara selain ekonomi, teknologi dan maklumat, maka kuasa politik penting dalam memastikan orang Melayu tidak terpinggir dinegara sendiri pada masa depan.”

Info Pengajian Tinggi

Kolej Universiti Taylor”s baru-baru ini telah di naik taraf kepada Universiti Taylor’s (Taylor’s U) oleh menteri Pengajian Tinggi . Secara umumnya ia menggambarkan antara sokongan kerajaan dengan mengiktiraf pihak pengurusan institusi pengajian yang komited mengekalkan kecemerlangan pendidikan tinggi. Menteri Pengajian Tinggi iaitu Datuk Seri Mohammed Khaled Nordin, berkata usaha itu sejajar pendekatan kementerian meningkatkan kualiti pengajian yang menyumbang kepada objektif menjadikan negara sebagai hab pendidikan tinggi serantau.

Majlis anugerah status universiti berkenaan di Putera Jaya. Turut hadhir ialah timbalan menteri pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah ,pengerusi Taylor’s U iaitu Tan sri Syed Jalaluddin Syed Salim dan Presiden   yang juga naib censelornya , Prof Datuk Hassan Said.

Ketika ini Taylor’s U mempunyai 9,416 pelajar dengan 2,060 ialah mahasiswa antarabangsa. Jumlah ini memenuhi syarat penarafan iaitu minimum 20 peratus pelajar antarabangsa.

Setakat ini di Malaysia sebanyak:

22 intitusi Pengajian tinggi swasta (IPTS) dinaik taraf kepada universiti

20 Intitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

22 (IPT) bertafar kolek universiti

397 kolej swasta.

Syarat membolehkan kolej menjadi universiti ialah:

mempunyai modal berbayar minimum RM20juta,

20 peratus tenaga pengajar berkelulusan doktor falsafah

minimum 80 peratus kakitangan akademik bekelulusan ijazah sarjana.

Semuga info ini sedikit sebanyak ada menfaatnya.