BERSEDIA UNTUK BERUBAH

Setelah sekian lama kita mendalami Ad deen ini , sewajarnya ada tindak balas di sebalik kefahaman terhadap risalah agung  ini. Langkah-langkah menuju perubahan sepatutnya sudah terputik dibenak. Tarbiyah yang menjadi aset kita perlu di cairkan , tidak dibiarkan ia terus membeku. Kerana dakwah bukanlah satu fantasi. Dakwah adalah harakah. Bergerak dan berubah serta merubah. Mengghasilkan hasil dan buah yang manis.

Saya yakin berbagai program tarbiah yang telah kita hadiri. Bukanlah sekadar aktiviti masa lapang atau interaksi sosial. Semua itu adalah kilang untuk memproses. Ya, memproses rijal. Yang akan menyambung tugas para anbiya’ menyebarkan risalah tauhid di atas muka bumi ini.

Lantaran itu sifat siddiq atau kejujuran adalah kunci kejayaan bagi tugas mulia ini. Tiada agenda tersembunyi disebalik amal. Dengan kata lain seratus peratus bersedia untuk berubah. Menukar segala pakaian kehidupan kita dengan pakaian Islam. Tak kira dalam sektor apa jua dalam kehidupan ini , mesti dijenamakan dengan jenama Islam. Bermula dengan merubah diri sendiri, keluarga, masyarakat, watan, negara malahan akan terus berubah sehingga keperingkat antara bangsa dan seantero dunia dengan celupan Islam melalui fikrah yang jelas. Seterusnya menyeru orang lain untuk sama-sama menempuh jalan ini, malahan itulah merupakan perjuangan kita.

Berubah semata-mata kerana Allah. Tiada matlamat dunia yang mencemari matlamat kita. Andainya kita duduk dibarisan orang lama atau pimpinan hendaknya tiada sifat-sifat negatif yang mencemar keparcayaan orang lain. Malahan menjadi qudwah kepada orang lain. Sentiasa menepati janji, kerana sifat tunai janji itu sebenarnya menunjukkan amanahnya seseorang itu dalam membawa risalah.

Realiti hari ini sebenarnya semakain mencabar, memerlukan kita untuk lebih bersedia. Setia dengan fikrah, tidak akan menyerah kalah. Kerana kita tidak mahu kisah ‘ futur’ mewarnai pentas dakwah ini. Kita seharusnya mengambil iktibar dari segala pengalaman lalu. Kerana orang Islam itu tidak sewajarnya masuk kedalam satu lubang dua kali.

Jika dianalogikan dengan peniagaan,, sekurang-kurangnya kita inginkan modal yang kita keluarkan akan kita dapat semula. Tetapi secara idealnya kita mestilah inginkan keuntungan . Seorang tauke yang berwawasan tentulah bercita-cita untuk membesarkan perniagaannya, membanyakkan cawangan seterusnya mendominasi pasaran. Lantaran itu , demikian jugalah dalam teori dakwah, kita tidak seharusnya berada ditakuk yang sama, tetapi harus meningkat dari satu tahap ke satu tahap sehingga menjadi peneraju semasa.

Kesediaan  untuk berubah akan memberi impak besar kepada perkembangan dakwah. Memberi saham besar kepada masa depan Islam. Kerana ia menggambarkan kesungguhan dan pengorbanan yang akan dicurahkan tanpa rasa berbelah bagi sebagai pekerja dakwah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s