MALAYSIA OH TANAH AIRKU..

Bismillahirrahmanirrahim.. alhamdulillahi Rabbil ‘alamin wa bihi nasta’in.. amma ba’du …

Bersyukur kita kehadirat Allah subhanahu wataala sehingga ke saat ini kita masih berpeluang untuk terus berada dibumi bertuah ini. Kita kini berada diambang tahun 2010, dan tahun 2011 bakal menjelma hanya beberapa hari sahaja lagi. Seperti selalunya kita mengharapkan hari esok lebih baik dan cemerlang dari semalam. Segala yang baik di jadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. Begitulah secara umumnya…

Namun bagi mereka yang berjiwa pejuang tidak seharusnya melalui kehidupan ini dalam suasana hambar, dan emosi yang tawar  yang biasa-biasa sahaja. Sewajarnya graf semangat yang berkobar di dalam dada melonjak dan terus melonjak. Bukan biasa biasa sahaja tetapi luar biasa… Melihat ke hadapan dengan pandangan yang lebih jauh, dengan fikiran yang lebih tajam, agar segala visi dan misi terus tepat pada lakaran strateginya.

Beberapa bulan yang lepas diseluruh negara rumah-rumah kita telah didatangi oleh pegawai / petugas jabatan perangkaan untuk membuat bancian penduduk. [ Tak dinafikan juga kedatangan kadang-kadang tidak bertemu pun dengan tuan rumah, tuan rumah keluar, hanya kad diselitkan di pintu atau di pagar. Termasuklan teman sendiri tak sempat terserempak dengan mereka ni ]. Tak pelah kita pun faham takkanlah mereka nak datang berulang kali kot… maka mereka angar-anggar sajalah nampaknya tu..  kadang-kadang kesian melihat mereka tu [walaupun terdiri dari orang-orang muda] berjalan dari rumah kerumah, masuk kampung keluar kampung , tambahan pula kalau cuaca panas terik atau hujan petir.

Beberapa  hari lepas keputusan bancian tersebut diumumkan di talivisyen. Kita juga boleh lihat di lamen web Jabatan Perangkaaan yang bertarikh 22 december 2010. Rupa-.rupanya banci penduduk kali ini adalah kali kelima yang pernah di jalankan di Malaysia, di mana sebelumnya berlaku pada tahun1970,  1980, 1991, 2000. Sepuluh tahun sekalilah kiranya tu.

Mengikut jabatan Perangkaan banci 2010 merupakan projek statistik yang besar telah dijalankan bagi menghasilkan data yang berguna untuk perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan negara.

Maklumat yang diperoleh daripada banci ini adalah pelbagai dan komprehensif. Justeru itu, ia mengambil masa yang panjang dan penelitian yang rapi untuk memproses data muktamad demi menjamin kualitinya. Maka, untuk mendapat gambaran ringkas mengenai bilangan penduduk Malaysia pada tahun 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia menerbitkan Laporan Kiraan Permulaan 2010.

Laporan kiraan permulaan ini menunjukkan bahawa:

JUMLAH PENDUDUK MALAYSIA :  27,565,821 orang

14,112,667  lelaki

13,453,154 perempuan.

Purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000–2010 ialah 2.17%.

Semasa tempoh pembancian, terdapat:

6,396,174 isi rumah dan  7,380,865 tempat kediaman di seluruh Malaysia

NISBAH JANTINA:

Nisbah jantina bagi Malaysia pada keseluruhannya menunjukkan terdapat 105 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

Antara negeri yang menunjukkan trend nisbah jantina yang lebih tinggi daripada nisbah nasional ialah Johor (112), Pahang (111), Negeri Sembilan (107) dan Sabah (106).

Sementara itu, Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan nisbah jantina yang terendah iaitu 88 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

PURATA SAIZ ISI RUMAH :

Purata saiz isi rumah pada Banci 2010 menunjukkan trend yang semakin mengecil; dengan bilangan purata sebanyak 4.31 berbanding dengan 4.62 pada Banci 2000.

Sabah, Kelantan dan Terengganu merekodkan saiz isi rumah yang paling tinggi berbanding negeri-negeri lain; masing-masing mencatatkan purata 5.88, 4.86 dan 4.78.

Menurut catatan Jabatan Perangkaan Malaysia angka bagi tahun 1980, 1991 dan 2000 tidak disesuaikan berasaskan kadar kurang penghitungan. Selepas penyesuaian kurang penghitungan, jumlah penduduk Malaysia adalah:

13,745,241 orang pada 1980

18,379,655 orang pada 1991

23,274,690 orang pada 2000

Demikianlah laporan permulaan bancian yang telah diumumkan kepada kita rakyat Malaysia. Dari angka-angka di atas kelihatan penduduk Malaysia sentiasa bertambah dari satu dekad ke satu dekad. Lantaran itu tidak hairanlah apabila kita melihat banyak perumahan dan penempatan baru dibuka di sana sini. Sehingga bukit di tarah dan hutan telah di buka untuk tujuan tersebut. Tak tahulah dua puluh tahun akan datang bagaimana rupa bentuk muka bumi Malaysia kita, sudah semakin gondol… tiada lagi pemandangan bukit bukau dan hutan tropika yang nyaman. Inilah yang memeningkan kepala pencinta alam.

Walau pun apartment dan kondominium di bina tetapi seolah-olah masih tak cukup, ada saja taman-taman perumahan baru yang dibuka   terutama di bandar-bandar.  Untuk memenuhi permintaan pasaran dalam masa yang sama untuk merangsang ekonomi.,, gitulah agaknya yang tersirat disebalik fenomena ini bagi para koprat dan konglemerat.

Bagi kita orang awam ni bagaimana?? hanya diam terkulat-kulat??? tidak…. itu bukanlah sifat kita sebagai anak bangsa yang berwibawa. Setiap kita mesti ada rasa cinta kepada negara . ” hubul waton minal iman…”. Demi cinta dan kasihkan kepada negara bangsa ini kita harus bangkit untuk memperjuangkan nasib anak bangsa di bumi tercinta ini.

Angka 27 juta itu sudah cukup meninjukkah beban dan tanggung jawab kita semakin besar. Memastikan pembangunan ekonomi, politik, sosial, intelektual, moral dan kemasyarakatan ke arah yang positif. Kita tidak mahu dengan penambahan tersebut turut menambahkan angka gejala sosial, kemiskinan, kemalangan jalanraya, maksiat , rasuah di sana sini dan seumpamanya. Kita juga  tidak mahu semakin ramai rakyat Malaysia yang keliru dengan identiti dan jati diri mereka. Kerana biasanya semakin ramai orang semakin banyaklah ragamnya.

Contoh jelas boleh kita lihat apa yang terjadi di stadium Gelora Bung Karno Indonesia ketika perlawanan bola antara Malaysia dan Indonesia. Penonton yang penuh emosi yang tidak terkawal menyesakkan suasana. Stadium yang besar tidak mampu menampung bilangan rakyatnya yang ingin hadhir sebagai penyokong, yang akhirnya mereka merempuh masuk sehingga hidang adab sopan kesusilaan masyarakat timur.

Ringkasnya dengan pertambahan penduduk yang pesat ( belum campur dengan pendatang asing yang bermastautin mencari rezki lagi ) banyak perkara yang perlu di fikirkan oleh pemerintah dan banyak perkara yang perlu kita laksanakan sebagai ahli masyarakat muslim apatah lagi yang bergelar daie.

Jika 27 juta ini dapat dibangunkan alangkah baiknya. Tapi tak semudah itu… Ia perlukan kepada pengorbanan yang pelbagai bentuk. Perlukan kepada pelan strategik yang mantap. Semuga Malaysia yang telah merdeka lebih dari 50 tahun ini akan terus merdeka dan merdeka. Bebas dari segala bentuk penjajahan moden maupun kuno. Tetapi mendaulatkan Islam sebagai satu sistem yang unggul.

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s