Wanita bersuami dua cetus pertempuran agama di Mesir

KAHERAH 13 Mei – Seorang wanita yang menjadi punca tercetusnya pertempuran agama antara penduduk Islam dan Kristian di Mesir pada Sabtu lalu, ditahan semalam kerana memiliki dua suami pada satu masa.

Menurut satu sumber kehakiman, Abeer Talaat Fakhry, 26, tinggal bersama suaminya yang beragama Kristian di bandar Assiut ketika dia lari dari rumah untuk memeluk Islam dan berkahwin dengan Yassin Thabet, seorang lelaki Islam.

Beratus-ratus ultra-konservatif Islam yang dikenali sebagai Salafistd menyerang sebuah gereja di daerah miskin Imbaba, Kaherah pada Sabtu lalu ekoran khabar angin menyatakan Abeer yang telah memeluk Islam ditahan di gereja itu tanpa kerelaannya.

Akibat pertempuran itu, seramai 15 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 200 lagi cedera.

Sumber bagaimanapun berkata, Abeer sebenarnya berada di rumah bersebelahan gereja itu bersama suaminya yang baru dan melarikan diri ketika pertempuran berlaku.

Komuniti Kristian terbesar di Mesir ialah Qibti, di mana penceraian sangat sukar untuk diperolehi.

Terdapat beberapa kes wanita Kristian yang tidak bahagia dengan perkahwinannya lari meninggalkan suami, memeluk Islam dan berkahwin dengan lelaki Islam, tetapi perkahwinan ini tidak diiktiraf oleh undang-undang Mesir.

Akibat situasi itu, Abeer didakwa bertindak memiliki suami lebih daripada seorang dalam satu masa.

Laporan yang tersebar menyatakan wanita Kristian memeluk Islam diculik dan ditahan di gereja atau biara telah memburukkan hubungan antara kedua-dua agama itu selama beberapa bulan di Mesir. – AF

ARAB DESAK KEMERDEKAAN PALESTIN

jORDAN 14 mei- Beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun di negara-negara Arab bagi mendesak Israel memulangkan hak rakyat Palestin dalam satu bantahan besar-besaran sempena ulang tahun ke-63 penjajahan rejim zionis itu ke atas Palestin.

Di Jordan, lebih 5,000 berarak di Amman dan Lembah Jordan bagi menuntut kemerdekaan Palestin dan menggesa hak pelarian untuk kembali ke tanah air ereka sendiri,

Kumpulan belia Palestin turut menyeru protes dilakukan di Tebing Barat dan negara-negara Arab bagi memperingati penjajahan rejim zionisitu ke atas wilayah Palestin pada 15 Mei 1048.

Di Kaherah. beribu-ribu penunjuk perasaan berkumpul dan berarak di sepanjang sempadan Palestin dlam satu demonstrasi yang turut mendapat sokongan ikhwan Muslimin.

Perhimpudi ibu negara Mesir yang mengutuk pertempuran agama antara masyarakat Islam dan kristian Qibti itu turut menyaksikan bendera Palestin di kibarkan,

[ Mingguan Malaysia : 15 mei 2011]

ISTERI MUBARAK DISERANG PENYAKIT JANTUNG

Isteri kepada bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, Suzanne dimasukkan ke unit rawatan rapi selepas diserang sakit jantung.

Suzanne, 70, diserang sakit itu selepas mengetahui arahan menyatakan beliau ditahan berhubung tuduhan rasuah, sehari selepas disoal siasat buat kali pertama sejak dituduh mengambi kesempatan daripada jawatan suaminya.

Pengarah hospital pusat peranginan Sharm el-sheikh berkata, beliau berada di dalam keadaan tidak stabil.

[ MINGGUAN MALAYSIA : 15 MEI 2011 ]