Osma bin Laden pergi menemui Tuhan..

Namanya saja sudah cukup menggerunkan terutama bagi masyarakat Barat yang begitu fobia dengan ” keganasannya” Sebut saja Osama bin Laden pasti kita semua akan terus mengingati peristiwa serangan bangunan Pusat Dagangan Dunia di New York pada 11 september 2001 yang juga mercu tanda penguasaan ekonomi Amerika Syarikat. Sejak itu pandangan dunia semakin berubah bukan sahaja terhadap Osama tetapi juga turut memberi tempias kepada semua penganut Islam diseluruh dunia. Pemburuan terhadapnya sama ada hidup atau mati telah menjadi agenda dan dendam untuk pihak AS dan barat , namun semua itu menemui keggalan kerana dikatakan Osama begitu licik bersembunyi.

Sejak 2001, Osama dan pertubuhannya Al Qaeda menjadi sasaran utama dalam perang terhadap keganasan yang dilancarkan oleh AS. Beliau dan ketua-ketua al qaeda yang lain dipercayai bersembunyi si gua-gua berdekatan kawasan Kabilah Tadbiran persekutuan di Afghanistan dan Pakistan.

Namun segalanya berakhir bagi musuh nombor satu AS itu apabila Osama di katakan terbunuh dalam satu serangan pada 1 mei lepas, namun bukan dalam gua tetapi disebuah rumah mewah . Presiden AS, Barack Obama dengan bangga mengumumkan disaluran telivisyen kebangsaan AS bahawa Osama telah dibunuh oleh pasukan komando SEAL, di Abottabad, Pakistan dalam satu operasi rahsia yang dilulus dan dipantau secara terus oleh Obama.

Berita kematian Osama adalah sangat mengejutkan kerana sebelum ini pelabagai cerita dan spekulasi diperkatakan mengenai kehidupan beliau. Namun kebenaran mengenai peristiwa itu di akui apabila pihak Al Qaeda sendiri mengaku bahawa Osama telah terkoban.

Namun peristiwa mengenai bagaimana pembunuhan Osama itu berlaku sangata menarik untuk diperkatakan malaha meruntun kontroversi yang sangat mengejutkan. Peristiwa ini bermula apabila pegawai perisikan AS mendapat tahu mengenai kawasan tersebut pada ogos tahun lalu, ketika mereka menjejak seorang lelaki yang dipercayai orang kepercayaan Osama.

Tempat persembunyian Osama merupakan rumah teras tiga tingkat dikawasan sederhana mewah di bandat Abbottabad, dua jam perjalanan dari Islamad, Pakistan. Pihak perisikan AS telah memburu orang kepercayaan Osama itu sejak sekian lama bermula dengan soal siasat puluhan tahanan Al Qaeda yang ditangkap AS.

Hasilnya Agensi Perisikan Pusat (CIA) membuat kesimpulan lelaki berkenaan yang identitinya masih dirahsiakan adalah orang kepercayaan  dan berkemungkinan besar tinggal bersama Osama.

Lebih mengejutkan kawasan persembunyian Osama adalah sebuah kejiranan sederhana mewah, yang dikelilingi oleh tembok setinggi 18 kaki, dan bunbungnya mempunyai kawat berduri serta terletak berhampiran denga kawasan perumahan tentera.

OPERASI

Dalam operasi tanpa pengetahuan pihak berkuasa Pakistan, beberapa helikopter Blackhawk MH-60 yang diubah suai berlepas dengan membawa pasukan SEAL dari pengkalan udara Ghazi menuju ke Abbottabad. Seramai 22 orang terbunuh atau ditangkap selepas tembakan bertalu-talu dilepaskan selama 40 minit , Osama mati akibat terkena 2 tembakan dikepalanya. Mayatnya dibawa dengan helikopter yang kembali kepengkalan, manakala sebuah helikopter mengalami kerosakan mekanikal dan terpaksa dimusnahkan oleh tentera AS.

Pgawai CIA percaya bahawa kawasan tersebut yang bernilai jutaan dolar dibina enam tahun lalu untuk melindungi seorang tokoh pengganas besar.Sehingga kini masih menjadi misteri siapakah yang membinanya ? Sejak ogos tahun lepas CIA menyemak maklumat mereka berkali-kali untuk memastikan siapakah yang tinggal disebalik tembok tersebut. Sehinggalah  mereka akhirnya membuat kesimpulan hampir [asti ia merupakan tempat persembunyian Osama. Sumber perisikan memberitahu, sejak pertengahan Februari lepas , pegawai kanan perisikan AS tahu bahawa Obama memberikan perhatian yang serius mengenai operasi ini.

TERBUNUH

Malah Obama selama dua bulan setengah mengetuai sendiri lima mesyuarat MAjlis keselamatan Kebangsaan dan tertumpu pasa isu apakah benar Osama menetap dikompleks itudan ‘bagaimana’ untuk mendapatkan beliau.

Pada kebiasaannya AS akan bekerjasama dengan sekutunya seperti yang berlaku terhadap Libya apabila sekutunya NATO  turut sama menghancurkan negra itu semata-mata untuk membunuh Gaddafi. Tapi untuk misi ini AS memilih untuk bersendirian, malah tidak melibatkan langsung kerjasama agensi perisikan Pakistan . Operasi ini terlalu penting dan terlalu rahsia bagi AS kerana tersilap langkah , maklumat penting itu mungkin bocor ketangan pihak lain.

Sebuah unit khas dari tentera elit AS Navy SEAL , (Pasukan Enam) dikenal pasti dan diletakkan dibawah arahan harian Pengarah CIA, Leon Panetta yang memantau rumah tera tiga tingkat itu dari jauh. Dilengkapi alat canggih , pasukan ini biasanya beroperasi dari pengkalan mereka di timur Afghanistan.

BUNUH

Setelah perancangan rapi pada 29 April, obama meluluskan operasi untuk membunuh Osama dan selang beberapa hari Osama terbunuh sebelum dikebumikan dengan penuh kehinaan, jenazahnya hanya dicampak ke laut ( pada malam kejadian) walaupun dikatakan mengikut cara Islam.

Keseluruhan 22 orang yang terbunuh atau ditangkap dalam operasi itu tiada ‘mangsa’ di kalangan tentera AS. Sumber ketenteraan mengatakan bahawa Osama bertindak “melawan’ namun apalah dayanya jika tanpa senjata di sisi dan lebih menyayat hati anak dan isterinya sendiri menjadi saksi kekejaman tentera AS terhadap Osama.

Beliau ditembak di sisi kiri kepala sekaligus menamatkan riwayat pemimpin yang telah mendapat simpati maupun kecaman dari masyarakat Islam seluruh dunia. As menggambarkan Osama sebagai ‘paksi kejahatan’ tetapi hakikatnya tindakan AS telah mewujudkan Osama, Al Qaeda dan sebagainya. Ada pihak yang menganggap pembunuhan Osama menjanjikan keamanan kepada dunia. Hakikatnya pandangan ini sangat dhaif dan tumpul sebenarnya kerana lebih ramai lagi  “Osama” kini menanti masa untuk muncul.

[Mingguan Malaysia : 15 mei 2011].

1 Komen (+add yours?)

  1. Trackback: Anchor baby SEALS? More spin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s