Pilihan raya umum Singapura Ke-16 , satu petanda kebangkitan rakyat.

Dari sudut matematiknya kemenangan enam kerusi oleh pembangkang pada pilihan raya ke-16 Singapura pada 7 Mei 2011  dari Parti Pekerja berbanding 81 oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura bukan besar. Jurangnya pun sangat jauh untuk memaksa PAP menerima sistem dua parti atau berkongsi dengan pembangkang. Tetapi dari sudut politik dan kebangkitan rakyat diperingkat global serta negara-negara sebelah sini, itu adalah petanda perubahan yang sangat besar.. Gerombolan pendesak perubahan menonjol semasa berkempen hingga meletakkan PAP dalam kebimbangan. Satu yang sangat penting daripada pilihan raya ini adalah isyarat rakyat menuntut perubahan sudah sampai kepada kerajaan. Malahan pilihan kali ini adalah mercu tanda politik baru dalam sejarah moden Singapura.

Setelah PAP tergugat teruk dalam pilihan raya ini, semalam Menteri Mentor dan pengasas PAP , Lee Kua Yew mengalah kepada suara rakyat dan mengambil tanggung jawab meletak jawatan . Turut meletak jawatan ialah Menteri Kanan Goh Chok Tong. Ini merupakan kejayaan besar gerakan generasi muda yang menuntut perubahan.

PAP dianggap gergasi di Singapura. Sejak 1965 PAP tidak pernah rasa di cabar. Kalau di Mesir, Hosni Mubarak yang menjadi sekutu Amerika [AS] pun boleh ditumbangkan oleh kebangkitan rakyat, apa luar biasanya Singapura? Dalam konteks ini, kemenangan enam kerusi oleh pembangkang bukan mustahil menggerakkan kebangkitan rakyat lebih besar hingga mengundurkan Lee Kuan Yew dari kabinet.

Pilihan raya umum Singapura ke-16 minggu lalu memperlihatkan kemaraan pembangkang yang luar biasa. Maka PAP  berhak untuk merasa cemas dengan mercu tanda politik baru ini. Lee Kuan Yew pula tidak dapat menyembunyikan kebimbangannya . Lalu secaa tergesa-gesa dia menyalahakan generasi muda kononnya tidak menghargai jasa PAP membangunkan Singapura.

Siapa berjasa kepada siapa? Rakyat kepada parti pemerintah atau pemerintah kepada rakyat  yang memilih mereka? Cara Lee Kuan Yew mengungkit jasanya kepada Singapura memperlihatkan kegagalan menguruskan tekanan kuat daripada pembangkang.

Inilah kali pertama Lee Kuan Yew berleter dan terkeluar tajuk. Kemajuan dingapura dianggap sebagai jasa yang mesti dibayar oleh rakyat kepada PAP. Seolah-olah setiap rakyat yang menikmati hasil pembangunan negara berhutang denga pap, sekalipun dasar parti itu sudah lapuk dan kekayaan negara tidak sampai kepada rakyat.

Sebenarnya ini adalah antara punca kebangkitan rakyat menuntut perubahab . Maka wajarlah apabila rakyat membalasnya dengan memberi kemenangan kepada pembangkang. Namun ini adalah sikap biasa pemimpin di mana-mana sekali pun. Mereka selesa dengan kemenangan dan terlena dengan kegemilangan silam. Pemimpin-pemimpin PAP tisak terkecuali tetapi cepat dikejutkan oleh kemaraan pembangkang menjuarai masaalah rakyat.

TAJAM

Lee Kuan Yew seorang pemerhati politik yang tajam . Dia boleh membaca kedudukan pembangkang yang akan lebih hebat pada masa akan datang dan PAP tidak mampu menyekatnya. PAP tidak lagi parti pemerintah yang selesa setidak-tidaknya menghadapi pilihan raya akan datang.

Kalau dilihat daripada majoriti, antara enam dan 81 adalah jurang yang sangat jauh. Tetapi ini menjadi penting kerana pencapaian dan kejayaan terbesar pembangkang berbanding tahun 1991 hanya empat kerusi dan 2006 hanya 2 kerusi. Pada pilihanraya umum kali ini, kemaraan pembangkang boleh dilihat apabila bertanding 82 daripada 87 kerusi. Sebenarnya angka-angka ini adalah petunjuk kebangkitan rakyat yang menolak dasar kerajaan PAP. Sebahagian besar daripada mereka pula adalah generasi muda yang terputus daripada nostalgia Singapura seperti yang dirasai oleh generasi Lee Kuan Yew.

Generasi muda inilah yang akan membentuk alam politik singapura yang baru masa depan. Mereka menjadi petunjujjjjk bentuk dan hala tuju pendemokrasian politik Singapura.. Maka kebimbangan Lee Kuan Tew tentang masa depan PAP itu sangat berasas sama sekali. Ini kerana kesedaran politik generasi muda dibina oleh jaringan maklumat yang lebih luas benbanding generasi lama yang terbius oleh kegemilangan silam Lee Kuan Yew.

Low Thia Khiang, Setiausaha Agung Parti Pekerja Singapura berucap di hadapan penyokongnya selepas pasukannya memenangi GRC Aljunied, yang keputusan diumumkan . — Foto Reuter

Kejayaan Parti Pekerja menumbangkan calon PAP , juga bekas menteri luar George Yeo pada pertandingan Kumpulan Kawasan (GRC) Aljunied adalah pukulan terbesar. Aljunied adalah kawasan selamat PAP. Tetapi kali ini menjadi kawasan panas dengan kebangkitan pengundi muda memainkan peranan dalam politik Singapura. Demokrasi Singapura tidak lebih daripada mengundi. Tetapi tiada demolrasi untuk menuju hari mengundi. Demokrasi tidak wujud alam erti kata sebenar apabila pembangkang akan “dibunuh” dengan pelbagai cara termasuk memperalatkan institusi kehakiman untuk memufliskan pembangkang. Sementara media arus perdana pula dikawal ketat oleh kerajaan dan tidak sedikit pun memberi laluan kepada pembangkang.Sebelum ini kaedah tersebut berjaya melemahkan pembangkang kerana tiada laluan untuk menyampaikan tawaran terbaik kepada rakyat. Sekarang pembangkang mempunyai banyak pilihan termasuk menggunakan kemudahan internet.

Untuk menyekat pembangkang, PAP mewujudkan sistem yang dipanggil Perwakilan Kumpulan Kawasan pada 1998. Sistem ini memberi kelebihan hepada PAP untuk menang dalam sesuatu kawasan. Tetapi apabila kebangkitan rakyat berlaku dengan derasnya , sistem yang dibuat untuk memudahkan kemenangan PAP sudah tidak berperanan malah memakan diri.

PROTES

Kemenangan mudah sejak 1965 menjadikan PAP leka dan selesa. Kerajaan meminggirkan kepentingan rakyat terbangyak dan suara protes tidak  kedengaran di Paelimen. Kerajaan membuat dasar dengan sesuka hati untuk kepentingan pemimpin-pemimpin PAP. Semua ini memberi kesan secara langsung kepada rakyat seperti kenaikan harga rumah sebanyak 70 peratus sejak 2006, pembanjiran pekerja asing mencecah sejuta orang yang mengambil peluang pekerjaan warga tempatan, sistem pengangkutan yang tidak cekap, kenaikan sara hidup yang mendadak serta jurang kaya miskin yang smakin besar akibat acuan sistem ekonomi neoliberalisma. Dengan menggunakan teknologi maklumat dan jaringan sosial di internet, generasi muda berjaya disatukan untuk melancarkan perang perubahan. Laman-laman sosial ternyata memberikan kesan hebat sekalipun media arus perdana menutup peluang kepada pembangkang.

Melihat kemunculan muka-muka baru dalam pembangkang , PAP juga mengemukan calon-calon muda kalangan profesional untuk mengimbangi populariti pembangkang. Masaalahnya bukan sahaja soal calon tetapi dasarnya sama tentu tidak akan ada perubahan. Meremajakan PAP tidak berhasil kecuali mengubah dasar supaya peka kepada masaalah rakyat.

Masaalah kempen PAP ialah pencapaian cemerlang Singapura sebagai negra bebas rasuah, peningkatan 14.4 peratus ekonomi selepas kegawatan 2009. Tetapi Perdana Menteri Lee  Hsien Loong terpaksa menerima kenyataan apabila berkata, ” kami mendengar suara anda ” merujuk sokongan hebat kepada pembangkang . Dia juga secara terbuka memohon maaf kerana kerajaan pimpinannya tidak peka dengan masaalah rakyat. Setidak-tidaknya dia seorang pemimpin yang bertanggung jawab kerana mengakui kelemahan dasar-dasarnya. Hanya Lee Kuan Yew yang gagal melihat sosiopolitik semasa singapura dari sudut pandangan generasi baru yang lebih terbuka.

http://www.youtube.com/watch?v=kDHJd53QC_E&NR=1

1 Komen (+add yours?)

  1. almondey
    Feb 08, 2013 @ 08:55:06

    i like singapora

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s