Setiap hari ada sahaja berita dan cerita mengenai maksiat yang berlaku di negara kita. Maksiat yang melambangkan betapa rendah dan runtuhnya akhlak penduduk negara ini . Satu musibah yang menimpa negara yang majoritinya berbangsa Melayu dan majoritinya beragama Islam melalui keruntuhan moral yang berleluasa. Suasana ini tidak wajar dibiarkan begitu sahaja, menganggapnya sebagai normal bagi sebuah kemajuan . Kerana fenomena yang berterusan akan bertukar menjadi bencana akhirnya.
Berkhalwat, berzina, melakukan hubungan sex sejenis, berjudi ( walaupun dipremis berlesen ), melakukan perkara tidak sopan dan sebagainya adalah di kira maksiat dan diharamkan oleh Islam. Bukan sahaja haram melakukannya malahan ia perlu di jauhkan. Seperti contoh, berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dilarang oleh Islam kerana ia boleh membawa kepada maksiat yang lebih besar, iaitu perzinaan, kelahiran luar nikah , dan seumpamanya.
Firman Allah :
Hai orang-orang beriman sesungguhnya khamar, berjudi , berhala, menguji nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu moga kamu mendapat keuntungan.
Surah Al Maidah : 90.
UNDANG-UNDANG MORAL
Untuk membenteras gejala maksiat ini dari berleluasan dan berterusan perlukah dikuat kuasakan undang-undang moral di negara ini ? Apakah negara mempunyai kuasa terhadap moral rakyatnya, atau adakah moral itu hanyalah tanggung jawab individu semata-mata ?
Dalam konteks negara Malaysia sebuah negara berperlembagaan , kita menjawab persoalan ini melalui kaca mata perlembagaan. Perundangan negara kita adalah berbeza dengan suasana di Barat, terdapat prinsip asas yang telah terpahat kukuh sebagai dasar perlembagaan persekutuan juga menjadi tonggak kepada penguatkuasaan undang-undang moral . Dalam perkara tiga telah menetapkan bahawa agama bagi negara ini adalah agama Islam. Oleh itu dalam apa keadaan sekalipun ajaran dan dasar Islam perlu diberi keutamaan. Bagi negara Barat yang telah menolak agama sememangnya di akui bahawa tiada unsur dan pengaruh agama dalam undang-undang kawalan moral masyarakat mereka . Tetapi kta tidak boleh sama sekali menerima pertimbangan itu di dalam negara ini yang menganut agama Islam.
Oleh kerana negara kita memartabatkan Islam sebagai agama negara maka moral standart yang harus di terima pakai bagi perundangan negara tentunya agama Islam. Maka adalah salah jika seseorang itu berhujjah atau mengatakan bahawa isu moral adalah urusan individu dan tiada kaitan dengan undang-undang sama sekali.. ” kubur masing-masing, hak asasi dan sebagainya ” . Hujah seperti itu hanyalah di gunakan di negara yang tidak menerima agama sebagai peranan utama dalam pembentukan negara.
GEJALA SOSIAL PASCA MODEN DIKALANGAN WANITA
Keruntuhan moral dan gejala sosial yang berpunca dari pemikiran pasca modenisma memang sedang hebat melanda negara. Kenyataan ini di kukuhkan oleh fakta yang dikeluarkan oleh agensi – agensi kerajaan menunjukkan betapa meruncingnya gejala sosial dalam masyarakat khususnya yang melibatkan golongan wanita.
1. Perangkaan dari Jabatan Pendaftaran Negara 2011 : kelahiran Anak yang tidak sah taraf yang di daftarkan antara tahun 2006 – 2010 , sebanyak 234,647 orang., dari jumlah tersebut seramai 80,939 atau 34.5% ialah dari ibunya yang beragama Islam.
2. PDRM : 280 kes buang bayi dilaporkan dari tahun 2005 – april 2010 di seluruh negara. Setiap kali berakhirnya sambutan yang membabitkan kemeriahan pada sebelah malamnya dinegara ini tiga bulan selepas itu kita akan dapati peningkatan kes buang bayi dan mengandung anak luar nikah. Tempoh ini ibarat musim mengawan kerana 3 bulan selepas itu rumah perlindungan dan seluruh negara akan mencatat kes buang bayi sama ada masih hidup atau janin yang di buang dalam semak, belakang rumah, dalam tong sampah , dalam longkang dan juga tandas. Lagi
komen terkini