Walaupun dunia menyaksikan perubahan ketara terhadap bahan bacaan dan komunikasi, seperti internet, blog, face book, twiter, emajalah dan sebagainya … namun bagiku buku, majalah dan akhbar sebenar yang berupa kertas masih lagi menjadi pilihanku. Buku yang mempunyai helaian halaman. yang boleh dipegang dan dijinjing ke mana-mana. Satu kepuasan tersendiri membelek-belek helaian demi helaian muka surat buku. Berbanding ebook , menatap huruf-huruf melalui skrin yang bercahaya, …. tidak semesra buku .
” Islahul Qulub ” buku karangan Amr Khalid dengan tebal yang sederhana, 318 muka surat. Bila diselak topik-topik yang terkandung di dalamnya seakan-akan biasa-biasa sahaja. Tajuk ikhlas, tawakal, taubat, kasih sayang Allah dan beberapa lagi . Namun sebelum melayari buku ini seperti mana biasa , saya akan membaca muqadimah kitab terlebih dahulu. Itu memang perangai saya, tak sah kalau tak baca muqaddimah.
Fuhh..! hebat syeikh Amr Khalid ni dalam menarik minat para syabab untuk menhadiri majlis-majlis ceramahnya. Saya kagum dengan kejayaannya. Pendekatannya yang santai, mudah di fahami dan semasa . Lantaran itu ingin saya nukilkan muqadimah kitab Islahul Qulub ini sebagai penguat semangat. Malahan saya merasakan ini adalah contoh dakwah masa kini yang berjaya menjinakkan hati-hati anak-anak muda untuk mendekati Islam.
Al Muqaddimah :
” Buku ini adalah dari siri ceramah saya yang telah saya sampaikan beberapa tahun yang lalu di sebuah masjid iaitu Masjid Khalil Al Khusari di Kaherah.
Aku menulis muqaddimah kitab ini dengan satu kenangan manis yang menyelinap dalam perasaanku. Saya mengingati segalanya, akulah orang yang menyampaikan ceramah ini.. Sesungguhnya ia bukanlah semata-mata ceramah tetapi ia juga adalah satu mulhamah syababiyyah yang hangat dengan iman dan perasaan kasih sayang pada jalan Allah.
Pembaca budiman, izinkan saya untuk bersamamu menziarahi masjid Al khusari, untuk hidup bersamaku menikmati suasana yang aku lontarkan ucapanku dalam muhadharah Islahul Qulub. Masjid yang diasaskan oleh Qari Asy Syeikh Mamud Khalil Al Khusari Rh. Masjid yang terletak ditengah-tengah antara penempatan Hayyu Al “ajuzah dan antara Hayyu Raaqin dan Hayyu Al Muhandisin. Manakala tanggung jawab menjaga masjid ini di pegang oleh anak perempuan Asy Syeikh Al khusari sendiri iaitu Puan Hajjah Yasmeen Al Khusari. Kawasan masjid yang kecil. Yang hanya mampu memuatkan sekitar 200 orang . Di sinilah tempat kami memulakan muhadharah-muhadharah yang ada pada tangan-tangan anda sekarang.
Tetapi Allah yang memiliki segala kurnia telah menyampaikan suara kami kepada ribuan manusia. Para syabab datang dari seluruh tempat mendengar muhadharah, sehingga bilangan mereka mencapai 15,000 orang , dari kalangan belia dan beliawanis setiap minggu.Kini, seolah-olah aku memandang ke arah wajah-wajah mereka yang bercahaya, bersih, jernih dan penuh harapan untuk hari esok.
Mereka adalah ribuan dalam satu hati.
Aku merasakan seolah-olah Allah membuatkan aku bercakap untuk mereka, aku merasakan setiap minggu para malaikat melingkungi kami, seolah-olah aku melihat mereka, dia menunjukkan aku kepada suasana tenang yang indah yang meliputi setiap tempat.
Aku lihat diwajah-wajah mereka kesan-kesan kasih sayang Allah kepada hambaNya. Dan tentu anda tertanya-tanya bagaimana seramai 15,000 orang duduk dalam satu tempat yang hanya muat 200 orang.
Sesungguhnya penduduk tempatan telah melakukan perkara yang mengkagumkan. Setiap bumbung-bumbung bangunan disekeliling masjid dihamparkan dengan tikar, agar ratusan syabab dan banat duduk di atasnya. Tertera di pintu masuk bangunan ” sutuh rijal” dan ” sutuh nisa’ ” [ bumbung lelaki dan bumbung wanita]. dan yang menambahkan kagum ku lagi ialah di daerah ini terdapat satu wakil/ agensi penjualan kereta , kami rasa terkejut apabila tuan premis tersebut mengeluarkan kereta-kereta yang dipamerkan dan meletakkanya jauh ditempat lain bagi mengosongkan tempat itu untuk masjid.
Malah aku bertambah kagum, dan kagum lagi apabila pemilik sebuah restoren menggantungkan notis ” Tutup Hari Khamis ” , hanya untuk menyediakan tempat bagi mereka duduk.
Aku tidak akan lupa juga kepada penduduk kampung ini.. di mana mereka sama-sama membersihkan laman sekeliling dan mengemaskannya untuk diduduki oleh para syabab dan banat. Bahkan aku pasti anda juga kagum jika aku katakan bahawa ada rumah-rumah tertentu yang membuka pintu-pintunya bagi sesiapa yang ingin masuk bagi mendengar muhadharah. Demikianlah duduknya 15,000 orang pada satu tempat yang berkapasiti dua ratus.
Hari pengajian itu didahului oleh satu hari sebelumnya oleh puluhan syabab untuk menyediakan tempat bagi memuatkan bilangan ini. Syabab dan banat dari keluaga keluarga terkenal keluar dari kuliah-kuliah mereka segera menuju ke masjid khusari. Di sana ada yang membersihkan jalan, ada yang menghamparkan tikar dan menjaga parking.
Anda akan mendapati mereka tekun dalam membuat kerja, engkau akan menangis kerana sayangkan mereka dan kerana gembira dengan mereka. Dan aku melihat Hajjah Yasmeen turut ada ditengah-tengah mereka , bekerja dan memikul tikar atas bahunya seperti ia seorang gadis dua puluhan.
Aku merasakan kerdilnya aku disisi Allah. Dan semua itu disediakan kerana muhadharah yang akan aku sampaikan, Allah telah membukakannya untukku.
Inilah dia kalimat-kalimat yang berada ditangan-tangan kamu. Itulah hari-hari yang indah aku sendiri tidak tahu adakah ia akan berulang kembali atau tidak.
Jika anda menayaku apakah rahsia kejayaan hari-hari tersebut, aku tidak apai melainkan satu perkataan , iaitu “ikhlas”. keikhlasan para syabab, keihlasan para banat, keikhlasan hadhirin, keikhlasan Hajah Yasmeen dan aku memohon kepada Allah semuga aku bersama mereka.
Percayalah wahai pembaca budiman , sesungguhnya aku tidak mampu menahan airmata ku kini, tatkala aku menulis muqaddimah kitab ini. Sesungguhnya aku terkenangkan para syabab yang ikhlas itu.
Inilah siri Islahul Qulub, aku memohon kepada Allah agar kalian membacanya dan membayangkan seolah-olah anda duduk bersama kami di sana, di Masjid Al Khusari dan kalian melakukan dalam hati kalian apa yang aku lakukan pada hati-hati kami. Kepada Allah jua kita memohon pertolongan.
Amr Khalid
Beirut – Lubnan ” .
Tidak dinafikan setiap orang ada tarikan tersendiri. Punya kekuatan tersendiri. Dan kita jua percaya kekuatan roh dan kekuatan hubungan dengan Allah adalah rahsia yang bukan rahsia lagi. Kerana jiwa yang basah akan mampu menghidupakan hati-hati yang kering.
Sep 13, 2011 @ 18:04:01
assalamualaikum. di mana boleh saya dapatkan buku islahul qulub ini? ada dalam ebook tak? dan ada versi terjemahan bahasa melayu?
harap dapat membantu.
jazakillah. 🙂
Sep 13, 2011 @ 18:09:38
W.salam , buku-buku terjemahan Amr Khalid boleh didapati di Pustaka Indonesia di Jln Masjid India. InsyaAllah akan ketemu.
Mei 07, 2012 @ 20:55:57
salam. boleh senaraikan judul-judul karya asal amru khalid selain islahul qulub? jzk
Mei 07, 2012 @ 22:45:57
Salam, saudari Kausar… boleh pergi ke laman ini:http://pustakaiman.blogspot.com/2010/05/dapatkan-koleksi-buku-motivasi-karya.html