KEBERKESANAN UNDANG-UNDANG MORAL DALAM MENANGANI GEJALA SOSIAL

Setiap hari ada sahaja berita dan cerita mengenai maksiat yang berlaku di negara kita. Maksiat yang melambangkan betapa rendah dan runtuhnya akhlak penduduk negara  ini . Satu musibah yang menimpa negara yang majoritinya berbangsa Melayu dan majoritinya beragama Islam melalui keruntuhan moral yang berleluasa. Suasana ini  tidak wajar dibiarkan begitu sahaja, menganggapnya sebagai normal bagi sebuah kemajuan . Kerana fenomena yang berterusan akan bertukar menjadi bencana akhirnya.

Berkhalwat, berzina, melakukan hubungan sex sejenis, berjudi ( walaupun dipremis berlesen ), melakukan perkara tidak sopan dan sebagainya adalah di kira maksiat dan diharamkan oleh Islam. Bukan sahaja haram melakukannya malahan ia perlu di jauhkan. Seperti contoh, berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dilarang oleh Islam kerana ia boleh membawa kepada maksiat yang lebih besar, iaitu perzinaan, kelahiran luar nikah , dan seumpamanya.

Firman Allah :

Hai orang-orang beriman sesungguhnya khamar, berjudi , berhala,  menguji nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu moga kamu mendapat keuntungan.

Surah Al Maidah : 90.

UNDANG-UNDANG MORAL

Untuk membenteras gejala maksiat ini dari berleluasan dan berterusan perlukah dikuat kuasakan undang-undang moral di negara ini ? Apakah negara mempunyai kuasa terhadap moral rakyatnya, atau adakah moral itu hanyalah tanggung jawab individu semata-mata ?

Dalam konteks negara Malaysia sebuah negara berperlembagaan , kita menjawab persoalan ini  melalui kaca mata perlembagaan. Perundangan negara kita adalah berbeza dengan suasana di Barat, terdapat prinsip asas yang telah terpahat kukuh sebagai dasar  perlembagaan persekutuan juga menjadi tonggak kepada penguatkuasaan undang-undang  moral . Dalam perkara tiga telah menetapkan bahawa agama bagi negara ini adalah agama Islam. Oleh itu dalam apa keadaan sekalipun ajaran dan dasar Islam perlu diberi keutamaan. Bagi negara Barat yang telah menolak agama sememangnya di akui bahawa tiada unsur dan  pengaruh agama dalam undang-undang kawalan moral  masyarakat mereka .  Tetapi kta tidak boleh sama sekali menerima pertimbangan itu di dalam negara ini yang menganut agama Islam.

Oleh kerana negara kita memartabatkan Islam sebagai agama negara maka moral standart yang  harus di terima pakai bagi perundangan negara tentunya agama Islam. Maka adalah salah jika seseorang itu berhujjah atau mengatakan bahawa isu moral adalah urusan individu dan tiada kaitan  dengan undang-undang sama sekali.. ” kubur masing-masing, hak asasi dan sebagainya ” . Hujah seperti itu hanyalah di gunakan di negara yang tidak menerima agama sebagai  peranan utama dalam pembentukan negara.

GEJALA SOSIAL PASCA MODEN  DIKALANGAN WANITA

Keruntuhan moral dan gejala sosial yang berpunca dari pemikiran pasca  modenisma memang sedang hebat melanda negara. Kenyataan ini di kukuhkan oleh fakta yang dikeluarkan oleh agensi – agensi kerajaan menunjukkan betapa meruncingnya gejala sosial dalam masyarakat khususnya yang melibatkan golongan  wanita.

1. Perangkaan  dari Jabatan Pendaftaran Negara 2011  : kelahiran Anak yang tidak sah taraf yang di daftarkan antara tahun 2006 – 2010 , sebanyak 234,647 orang.,  dari jumlah tersebut seramai 80,939  atau 34.5% ialah dari ibunya yang beragama Islam.

2. PDRM : 280 kes buang bayi dilaporkan dari tahun  2005 – april 2010 di seluruh negara. Setiap kali berakhirnya sambutan yang membabitkan kemeriahan pada sebelah malamnya dinegara ini tiga bulan selepas itu kita akan dapati peningkatan kes buang bayi dan mengandung anak luar nikah. Tempoh ini ibarat musim mengawan kerana 3 bulan selepas itu rumah perlindungan dan seluruh negara akan mencatat kes buang bayi sama ada masih hidup atau janin yang di buang dalam semak, belakang rumah,  dalam tong sampah , dalam longkang dan juga tandas.

3. BERNAMA : Pada tahun 2005 kes pelacuran kanak-kanak purata 150- 160 gadis tempatan yang di tahan setiap tahun. Dianggarkan 150,ooo wanita terbabit dalam kegiatan pelacuran dengan sejumlah besarnya adalah wanita dewasa.

4. PDRM : Kes rogol 2008 –  april 2010 sebanyak 8,227 kes. Dan 4,894 pencabulan di seluruh negara.

Kesimpulannya penglibatan wanita Melayu Islam dalam keuntuhan moral dan gejala sosial amat membimbangkan. Kawalan undang-undang moral yang sedang berjalan dalam negara menampakkan kegagalannya dan tidak berkesan.

Kenapa gagal ?

1. Penyebab utamanya ialah kerana tidak menghormati Islam sebagai agama negara.

2. Kelemahan penguatkuasaan undang-undang. Tangkapan dan serbuan yang  dibuat  di pusat-pusat hiburan berulang kali, memperlihatkan seolah-olah tangkapan tersebut langsung tidak memberi kesan kepada pemilik premis dan pihak-pihaklain yang berkaitan. Tapi itu bukan bermakna lemahnya undang-undang tersebut, tetapi ia adalah kelemahan dari segi pentadbiran , seperti kekuarangan pegawai penguat kuasa, kurang kemahiran dan latihan.

3. Kelemahan dalam perlaksanaan hukuman . Kelihatan hukuman undang-undang kurang memberi kesan kepada para pesalah terutama yang melakukan kesalahan jenayah syariah. Contohnya, hukuman denda di mahkamah syariah hanya dalam lingkungan Rm 1000 – Rm 2,ooo sahaja . Dan hakim bicara pada kebiasaannya memutuskan  hukuman yang lebih rendah dari hukuman yang di peruntukan. Malahan hukuman maksima  Rm5000 atau  3 tahun penjara  atau enam sebatan tidak pernah dijatuhkan olah mana-mana mahkamah syariah di seluruh negara. Ini tidak mampu memberi pengajaran dan mencegah orang lain daripada  melakukan kesalahan berulang-ulang kali sebaliknya hukuman mahkamah syariah menjadi bahan kritikan orang ramai. Akibatnya matlamat untuk membenteras jenayah syariah tidak tercapai.

Selain itu pesalah jenayah  syariah dan pesalah undang-undang keluarga Islam di letakan bersama-sama pesalah lain dalam penjara. Tiada penjara khusus untuk pesalah syariah. Menyebabkan kesesakan dalam penjara, yang kadang-kadang meninggalkan kesan negatif yang mendalam kepada pesalah malahan juga kepada ahli keluarga dan masyarakat.

Antara kesan negatif apabila seseorang itu dipenjarakan ialah mereka akan tersisih dari kekeluargaan , dan akan mendapat kesukaran untuk mendapat pekerjaan akibat stigma pernah dipenjarakan. Menyukarkan bekas banduan diterima dan mendapat tempat dalam masyarakat. Banduan yang hanya melakukan kesalaan kecil mungkin akan terpengaruh dengan banduan lain yang melakukan kesalahan yang lebih dahsyat. Akibatnya mereka menjadi lebih agrasif dan lebih liar apabila dibebaskan.  Itulah antara kelamahan dan sebab kegagalan dalam penguat kuasaan undang-undang moral.

CADANGAN UNTUK MENANGANI GEJALA SOSIAL DI KALANGAN UMAT ISLAM PADA ERA PASCA MODENISMA ; oleh Hj.Nasir :

Merujuk kepada  pendekatan  al Imam Al Ghazali  dalam menjaga maslahah , pemeliharaan 5 aspek kehidupan, iaitu;

Menjaga agama , nyawa,  harta benda,  keturunan dan akal fikiran .

Manakala objektif sesuatu hukuman yang dikenakan ke atas  pesalah ialah :

–  Mengelakkan pesalah daripada mengulangi kesalahan yang sama.

– Memberi pengajaran kepada orang lain supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.

– Melindungi keselamatan dan kepentingan awam.

– Memelihara maruah dan kedaulatan agama.

– Mamberi hukuman yang setimpal atas jenayah atau kesalahan yang dilakukan oleh seseorang pesalah.

Bagi memenuhi objektif tersebut bentuk hukuman yang dilaksanakan sekarang harus dinilai semula untuk memastikan ia berkesan untuk membenteras gejala sosial dikalangan  lelaki mau pun wanita.

Perintah pemulihan untuk pesalah sivil dapat memberi peluang kepada pesalah untuk menginsafi kesalahan mereka. Kerana Jabatan Penjara Malaysia berpendapat bahawa penjara merupakan hukuman terakhir dalam menegakkan sistem keadilan jenayah. Itu adalah sebagai hukuman alternatif daripada hukuman denda dan penjara .

Antara menfaat dari perintah pemulihan :

1. Mampu memberi peluang  kepada pesalah-pesalah  untuk memperbaiki diri dan menjadi warga patuh kepada undang-undang  syarak. Pesalah di beri bimbingan untuk membentuk aqidah dan sahsiah mereka melalui program yang berbentuk kerohanian seperti solat jemaah, ceramah, qiamullail dan seumpamanya yang di anjurkan oleh masjid, Jabatan Agama dan NGO setempat.

2. Satu bentuk pendidikan kepada pesalah , mereka di bentuk menjadi insan berguna melalui ilmu yang di sampaikan, pengalaman baru mengerjakan kebajikan dan sebagainya. Mendidik mereka menjadi ahli keluarga yang bertanggung jawab, berakhlak mulia dan sebagainya.

3. Penglibatan angggota masyarakat dalam proses pemulihan boleh meningkatkan rasa tanggung jawab sosial dikalangan masyarakat. Seperti imam-imam masjid yang dilantik dan diberi kuasa oleh jabatan agama. Secara tidak langsung boleh mendekatkan pesalah dengan masyarakat.

4. Dalam tempoh menjalani pemulihan pesalah juga boleh bekerja untuk menyara didri atau keluarga. Ini mengelakkan mereka dari rasa tertekan dan keluarga menjadi terabai.

5. Pembiayaan banduan dari segi makanan dan seumpamanya dipenjara dapat di jimatkan. Dalam pmasa itu pemulihan dapat dijalankan dengan cara Islam dengan kerja sama masjid dan imam dan Ngo Islam. Mendedahkan mereka untuk memupuk semangat untuk berdikari.

Cadangan kedua :

Bebaskan wanita daripada bebanan nafkah keluarga.

Wanita tidak dipertanggung jawabkan untuk menanggung nafkah sama ada untuk dirinya sendiri atau pun keluarga. Tanggung jawab tersebut adalah kepada lelaki seperti suami atau saudara lelaki. Namun di zaman pasca modenisma  ini kita lihat ramai wanita yang bekerja menjadi pencari nafkah  utama keluaga. Keadaan ini berterusan apabia negara menagalami perubahan  ekonomi daripada pertanian kepada industri. Dalam hal ini mudah di eksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. Ramai anak gadis berhijrah ke bandar mendapat pekerjaan di bandar dengan niat yang murni untuk membantu keluarga di kampung. Tetapi mereka yang tidak pernah terdedah dengan kehidupan kuala Lumpur akhirnya hanyut berseorangan tanpa sesiapa yang ambil peduli. Akibatnya gejala sosial bermula.

Kita juga bimbang apabila sistem kehakiman Islam serta pihak berkuasa agama juga seakan membiarkan suasana berterusan dan tidak banyak usaha yang dilakukan untuk memastikan anak gadis yang datang bersendirian ke bandar itu di beri perlindungan yang cukup atau diberi bimbingan sewajarnya apabila berjauhan daripada keluarga. Sehingga ada yang murtad dan sebagainya . Kita tidak pernah mendengar pihak agama atau pihak berkuasa mendirikan asrama untuk mereka untuk memastikan cara hidup remaja Islam terkawal ., memberikan bimbingan agama, apa yang kita lihat hanyalah tangkapan golongan pekerja yang bersekedudukan dan mereka yang terjebak dengan kehidupan yang tidak bermoral.

kita juga lihat kes isteri-isteri menuntut nafkah diri dan anak- anak di mahkamah. Untuk menangani masaalah ini kerajaan telah menubuhkan bahagian sokongan keluarga BSK yang bertanggung jawab mengurus kan kebajikan para isteri yang bermasaalah yang mempunyai ” paper-judgement ” mahkamah  , dan kita harapkan ia akan memainkan peranannya secara efektif.

Kesimpulannya : 3 aspek perubahan yang perlu kita lakukan: ialah

1.untuk menangani gejala sosial pasca modenisma kita perlu mengukuhkan kedudukan agama Islam sebagai agama negara seperti yang selalu di ulang oleh hj.Naseer Desa : Islam is  religion of the federation.

2. Komitmen kita sebagai umat Islam untuk melakukan Islah bagi memulihkan  umat Islam  daripada segala bentuk  gejala sosial. Jangan menuding jari kepada orang lain. Kerjasama semua pihak antara kerajaan, NGo dan masyarakat sudah mencapai tahap wajib bukan lagi urusan sambilan .

3. Sistem perundangan syariah samaada aspek penguat kuasaan, hukuman dan tatacara peenyelesaian pertiakaian mestilah di perbaiki bagi memastikan ia memberi natijah yang berkesan bukan mengundang masaalah lain.

– puan Mastura Mohd.Zain,

Pegawai penyelidikan undang-undang dan sains politik  IKIM.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s