ISLAM MANHAJ UNTUK MANUSIA


  • Kenapa agama ini tidak selamanya menang?
  • Mengapa para pendokong agama ini tidak selamanya menang?
  • Mengapa kelemahan manusia, keinginan syahwat dan realiti hidup seringkali menghalang kegemilangan agama ini?
  • Mengapa kadang kala pendokong kesesatan berjaya mengalahkan pendokong agama ini sedangkan mereka ini adalah pendokong kebenaran?

Cukuplah empat persoalan di atas untuk kita renungkan dan fokuskan di sini. Bukan kerana sudah tiada lagi soalan tetapi kerana ingin terus menjawab keserabutan ini,  jika di perturunkan lagi soalan-soalan hanya akan menimbunkan soalan sehingga menjadi bank soalan , sedangkan apa yang penting ialah penyelesaian.

Empat soalan-soalan di atas boleh dikategorikan kepada dua kategori manusia yang melemparkannya. Di mana kategori pertama saya kira ia memang lahir setulus hati dari hati penyoal yang inginkan penjelasan. Manakala kategori kedua ialah ungkapan tersebut  lahir dari manusia-manusia yang jahil dan manusia-manusia yang memang memusuhi Islam serta  ingin mengatakan bahawa agama Islam itu sudah tidak relevan lagi.

Saya juga pasti seringkali soalan ini berlegar-legar difikiran mereka yang baru ingin berjinak dengan Islam. Dan sering kali juga berlegar di fikiran orang-orang yang berputus asa dengan agama Islam yang mereka anuti ini , lantaran tiada bimbingan yang mantap yang mereka perolehi. Saya  merasakan suatu yang bahaya jika persoalan ini tidak dilayan dengan sepatutnya.

Dunia yang penuh cabaran hari ini semakin ingin meninggalkan agama di belakang. Mereka sudah berkiblat kepada pemikiran humanisma iaitu ideologi bikinan otak manusia untuk memuaskan hati manusia itu sendiri. Mereka berlindung dibawah payung ‘ hak asasi ‘ manusia’ , dan cuba meyakinkan dunia dengan idea baru ini. Inilah idealogi dipascamoden yang semakin meresap ke dalam tamadun kemanusiaan kini, yang sebelum ini di pandang pelik. Justeru itu perkara pelik dahulu sudah semakin dianggap biasa pada hari ini.

Perkahwinan sejenis lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan tidak mendapat tempat pada masa dahulu , tetapi sekarang sudah semakin diterima dan mempunyai akta yang telah diluluskan oleh beberpa negara barat. Pemakaian menjolok mata yang seksi meksi dulu mendapat tentangan , kini sudah dikatakan hak individu.

Fenomena ini adalah akibat umat Islam sudah semakin jauh dari agama. Sebaliknya umat muslim seharusnya memahami prinsip Islam itu dengan betul, agar tidak mudah dipesongkan dan terpesong kerana salah faham dalam memahami agama itu . Setiap muslim seharusnya memahami prinsip Islam itu dengan betul agar  tidak merasa janggal dengan syariat dan perundangan agama mereka sendiri. Agar mereka tidak mengeluarkan statement dan tuduhan-tuduhan yang bukan bukan terhadap Ad deen ini.

Kita lihat kepada persoalan kenapa agama ini tidak selamanya menang , dan kenapa pendukung agama ini tidak selamanya menang . Kenapa soalan ini timbul.? Jawapannya ialah kerana mereka gagal memahami tabiat agama ini dan gagal memahami bagaimana agama ini berperanan. Atau… mungkin mereka sudah faham, tetapi mereka lupa!

FITRAH MANUSIA

Sesungguhnya Allah yang menciptakan manusia ini dan Dia juga Yang mengetahui fitrah kejadian  manusia. Setiap syariat dan peraturan yang datang dari Allah untuk manusia adalah amat sesuai dan  serasi dengan manusia. Dalam masa yang sama Allah sentiasa mahu fitrah manusia itu berfungsi dan tidak di abaikan.

Fitrah sentiasa berfungsi dan tidak diabaikan? Macam mana pula tu?

Ya.. mari kita lihat  Firman Allah yang bermaksud:

“Dan jiwa dan Yang menyempurnakan (kejadiannya). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa (jalan) kejahatan dan ketakwaan. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang membersihkan jiwa. Dan sesungguhnya rugilah orang-orang yang mengotorkannya.                                                                                                                                                                                        ” (As-Syams: 7-10)

Allah juga mahukan supaya Manhaj Ilahi yang dikurniakan kepada manusia terlaksana , dalam firmanNya :

‘…Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri…” (Ar-Ra’d: 11)

Dapat di fahami disini bahawa Allah mahukan sesuatu itu dicapai melalui usaha dan tenaga manusia, ketinggian kemahuan dan iradah mereka. Allah ingin melihat sejauah mana kesabaran manusia memikul bebanan melaksanakan manhaj yang benar ini. Allah ingin melihat sejauhmana kesabaran manusia dalam menghadapi kesusahan dan bencana dalam kehidupan mereka.

” Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui tentang orang-orang yang berdusta.”                                                                                                                      (Al-Ankabut: 2-3)

Saya harap melaui ayat-ayat di atas kita boleh kaitkan dengan soalan-soalan tadi, sekali gus merungkai kebuntuan fikiran atau salah faham.

Secara fitrahnya Allah talah  menciptakan manusia itu mampu untuk membawa tanggung jawab agama ini, iaitu agama Islam.Pancaindera, aqal, Al Quran dan rasul yang diutuskan kepada manusia untuk  menguatkan lagi potensi dan kemampuan tersebut. Maka Allah ingin semua kurniaan fitrah itu berfungsi.

Selain pancaindera dan aqal digunakan untuk semata-mata urusan rutin seperti melihat, mendengar, berkata-kata dan seumpamanya ia juga adalah diamanahkan untuk memenangkan dan mempertahankan agama ini. Bahkan mereka akan ditanya kelak dihari perhitungkan bagaimana mereka menggunakannya .

Akal fikiran dan seluruh pancaindera seharusnya digunakan untuk agama ini, melakukan ketaatan, menyebarkan dakwah, berjihad, memerintah dan memimpin manusia dengan hukum-hakam Islam, seterusnya dan seterusnya. Tidak timbul lagi pertanyaan kenapa agama ini tidak menang.. tidak timbul lagi soalan kenapa pendukung agama ini tidak selamanya menang. Yang perlu ditanyakan ialah kepada diri kita sendiri,, sejauh manakah usaha yang kita curahkan untuk Islam dan apakah sumbangan kita untuk Islam.

Sejarah telah memperlihatkan kegemilangan empayar Islam sejak zaman Rasulullah saw , zaman khulafa’ urRasyidin dan dizaman kerajaan-kerajaan Islam seterusnya bahawa kemenangan itu tidak datang  secara magik. Pertolongan Allah tidak akan sentiasa datang dari langit kecuali ketika sudah cukup syaratnya dengan  perjuangan bermati-matian  dan dengan kesabaran yang tinggi . Suasana pernah terjadi ketika peperangan sengit antara tentera Islam dan musyrikin Mekah di dalam peperangan Badar. Allah telah menurunkan ribuan malaikat untuk membantu tentera Islam yang sedikit.

DUA SOALAN TERAKHIR

Apabila dua soalan pertama tadi sudah kita fahami maka akan lebih mudah pula untuk kita memahami dua soalan terakhir ini. Kelemahan manusia, keinginan syahwat dan realiti hidup seringkali menghalang kegemilangan agama ini? Ya…manusia yang lemah dan tunduk kepada syahwat adalah mereka yang tidak serius dalam memperjuangkan agama.  Ia adalah faktor penghalang kepada kegemilangan. Sifat mereka yang lemah memang akan melemahkan.  Tumpuan mereka kepada keinginan syahwat dan duniawi akan memalingkan mereka dari tugas-tugas  ketaatan kepada Tuhan dan  mempertahankan agama ini. Agenda untuk mempertahankan agama dan agenda untuk memperkasakan syahwat selamanya tidak akan bersatu..!

Seperkara lagi yang perlu kita fahami ialah orang yang tidak bersusah payah bekerja , tidak serius berjuang menegakkan agama ini ironinya juga tidak layak untuk mendapat pertolongan Allah.

Akhir sekali mari lihat soalah terakhir ini : Mengapa kadang kala pendokong kesesatan berjaya mengalahkan pendokong agama ini sedangkan mereka ini adalah pendokong kebenaran?

Pemahaman kepada senario dalam soalan-soalan sebelum ini amat membantu untuk merungkaikan persoalan ini.

Ramai yang agak keliru  bila melihat pendokong kesesatan menikmati kejayaan , meraih keuntungan dalam perniagaan atau membolot kekayaan . Pendokong idea yang batil seolah-olah mendahului  pendokong agama ini  (Islam) sedangkan mereka adalah pendokong kebenaran.

Suasana di atas sebenarnya menunjukkan kepada kita  keadilan Allah , di mana setiap orang yang berusaha berhak untuk menuai hasilnya., tidak kira siapakah mereka. Ia telah menjadi hukum alam , di mana Allah tidak pernah mensia-siakan amal dan usaha sesiapa.

Tentera Islam mendapat kemenangan dalam peperangan Badar. Tentera Islam juga mengalami kekalahan, kecederaan dan kematian di dalam peperangan Uhud. Syarat-syarat kemenangan terutama dari segi komitmen dan disiplin merupakan penentu kemenangan dan kekalahan . Kemenangan tidak akan menjadi milik orang-orang Islam jika mereka tidak sanggup memikul beban dan tidak sabar dalam menghadapi dugaan.

Maka dalam pertembungan antara agenda  kita sebagai seorang muslim dan agenda musuh yang ingin meruntuhkan Islam mestilah lebih hebat atau berada di aras yang sama. Bijak merancang, merangka strategi , menilai dan meramal. Jika kecanggihan teknologi menjadi alat musuh untuk meosakkan Islam, maka sebagai orang Islam juga tidak boleh berada di dalam keadaan tawadhuk tidak beretempat, sehingga menyebabkan mereka semakin kebelakang dan keciciran.

Hubungan yang kuat dengan Allah sepatutnya digandingkan kehebatan teknologi penciptaan manusia. Sebaliknya realiti apa yang berlaku sekarang ialah kehebatan teknologi telah menjadikan umat Islam jauh dari agama. Sifat lalai, malas dan leka semakin menjadi-jadi. Mereka bertungkus lumus hanya untuk mencari kekayaan duniawi, menyahut kehendak-kehendak nafsu yang rendah. Pemikiran mereka menjadi hanyut dan songsang, sehingga mengatakan agama sudah tidak perlu, atau mengatakan semua agama itu sama , atau mengatakan perlu dilihat semula hukum-hakam Islam, atau mereka menjadi Islam yang liberal …!

DENGAN LAIN PERKATAAN

Dengan lain perkataan adalah tanggung jawab manusia pendukung Islam itu untuk memastikan kedaulatan Islam. Oleh kerana manhaj Islam itu adalah manhaj untuk manusia, maka Allah meletakkan tangugng jawab untuk menentukan kalah menang agama itu diatas pundak para pendukungnya. Tidak ada istilah tidak mampu, kerana kemampuan itu telah tersedia dalam fitrah penciptaan manusia itu sendiri. Tidak ada istilah menyerahkan kepada Allah , kerana pertolongan Allah itu tidak datang secara bergolek.

Umat Islam perlu merubah mentaliti mereka terhadap agama ini. Tidak boleh menganggap kemenangan itu hak mutlak orang yang beragama tanpa ada sebarang peranan yang mereka perlu mainkan. Islam adalah manhaj untuk manusia.

—————————–

rujukan : Haza Deen / Sayyid Qutb /Manhaj lil bashar.

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s