semai mesra 2010
15 Nov 2009 Tinggalkan komen
in 1
Vodpod videos no longer available.
OBAMA BERUCAP DI KAHERAH
15 Jun 2009 Tinggalkan komen
in 1
Boleh tonton melalui bahasa Arab atau English.
June 04, 2009
يلقي الرئيس أوباما خطابا في القاهرة، عاصمة جمهورية مصر العربية، يوضح فيه التزامه الشخ بالعمل مع العالم الإسلامي على أساس المصالح المشتركة والاحترام المتبادل، كما يناقش الرئيس في خطابه الطريق الذي تستطيع من خلاله الولايات المتحدة والمجتمعات الإسلامية في مختلف أرجاء العالم سد الفجوة في بعض الأمور التي جرى خلاف بشأنها. 4 يونيو 2009
(ملكية عامة)
“A New Beginning”
The President gives a speech in Cairo, Egypt, outlining his personal commitment to engagement with the Muslim world, based upon mutual interests and mutual respect, and discusses how the United States and Muslim communities around the world can bridge some of the differences that have divided them. June 4, 2009. (public domain
KONVENSYEN NASIONAL WANITA ISLAM
07 Mei 2009 Tinggalkan komen
in 1
Tarikh 1- 2 mei 2009 telah merakamkan sejarah perhimpunan wanita Islam anjuran biro Wanita ISMA di dewan konvensyen Intekma Rasort, shah Alam , Selangor. Program berlangsung dengan jayanya .Menjadi arena pertukaran fikiran dan pemantapan fikrah. Menjadi medan pertemuan akhawat secara dwi tahunan.
Perasaan berbaur.. gembira, ceria, terharu apabila saling ketemu..! susuk-susuk yang dulunya sama sama menelusuri jalan yang penuh ujian ini. Kenangan lalu sesekali tergambar di dalam memori . Manisnya ukhuwwah!
Ya akhawati… ayuh! terus kita mengatur langkah untuk destinasi yang masih belum kita capai. Mari kita gapai .. semuga ikatan ini adalah satu kekuatan.
semarakkan amal.
07 Mei 2009 Tinggalkan komen
in 1
” Without women man is noting.. “, ” tangan yang menghayun buaian itulah yang akan menggoncang dunia “. ” Al Um adrasatul ula..”
Itulah ungkapan-ungkapan semangat sebagai satu penghormatan buat wanita. Hatinya cekal, jiwanya besar dan peranannya penting. Sumayyah as Syahidah pertama di dalam Islam menggambarkan kukuhnya pegangan ,t idak sewanang-wenangnya menggadaikan aqidah .. bahagia ruhnya bertemu Illahi. Disebut-sebut manusia sehingga ke hari ini..!
Ya.. wanita adalah gandingan kaum lelaki. Walaupun sering dikatakan lembut, lemah, emosional dan seumpamanya. Namun sifat-sifat tersebut adalah penghias dirinya yang menjadikan ia istimewa apabila di salut dengan ketinggian iman dan taqwa.
Bunga yang berbagai bentuk, warna dan bau selalu dikatakan sinonim dengan wanita. ia adalah lambang keceriaan dan keindahan malahan melahirkan kedamaian.
Aduh.. stressnya apabila melihat diluar sana ramai wanita sudah rosak, tidak tahu arah hidup. Mereka dimamah trend , di telan budaya lupa agama.
Lantaran itu bangkitlah wanita-wanita yang masih sedar dan segar, bangunlah.. lonjakkan amalmu. Selamatkan orang-orang disekelilingmu. Bukan untuk mengejar pingat anugerah tetapi untuk merealisasikan dakwah. Tugas para anbiya’ yang mesti kalian teruskan..!
ISMA .. satu wadah untuk semua, dari setiap peringkat umur dan latar belakang. Ayuh…! bersama-sama di sini . Terjemahkan tarbiyyah semarakkan amal, rempuh segala halangan dengan mujahadah pengorbanan.
ALLAHU AKBAR..!!
WHITE HOUSE
04 Mac 2009 Tinggalkan komen
in 1
Barak Obama telah dinobatkat sebagai Presiden Amerika ke 44 setelah memenangi pilihan raya pada 20 januari 2009 yang lalu menggantikan George W.Bush dan menjadi penghuni kehormat White House.
Namun tidak ramai antara kita yang mengetahui sejarah pembinaan White House atau orang melayu panggil ‘ rumah putih’ yang menjadi kediaman rasmi Presiden AS dan anggota keluarganya sejak berdekad lalu.
Ia juga berfungsi sebagai pejabat Presiden. Sebagai pejabat Presiden as, istilah “white House” digunakan sebagai gantinama kepada Pejabat Pentadbiran.
White house yang terletak di 1600 Pennsylvania Avennue di Washington DC, dibina antara tahun 1792 hingga 1800.
Ia dibina menggunakan batu pasir Aquia yang dicat putih dengan gaya seni bina era georgian di Britain.
White House dibina oleh arkitek berbangsa Irish, James Hoban yang menetap di Charleston, South Carolina, dengan kos pembinaan ketika itu sebanyak AS$232,371.83 [ RM 831,112.81].
White house telah mejadi kediaman rasmi bagi setiap Presiden Amerika Syarikat sejak John Adams iaitu Presiden kedua AS yang memerintah dari Mac 1797 hingga 4 mac 1801.
Bangunan itu pernah dibakar oleh tentera British dalam satu peperangan pada tahun 1812. White house kemudiannya mengalami beberapa proses pembesaran.
white House merupakan sebuah bagunan setinggi enam tingkat termasuk dua tingkat bawah tanah, dengan keluasan lantai 55,000 kaki persegi.
Ia mempunyai 132 buah bilik, 35 bilik air , 412 buah pintu, 147 tingkap , 2 ruangan pendiangan, lapan buah tangga, tiga buah lif , sebuah gelanggang tenis, sebuah lorong permainan bowling, panggung, track jogging dan kolam renang.
Ia menempatkan kediaman Eksekutif [untuk keluarga Presiden], West Wing [pejabat Presiden, oval office dan pejanat kabinet ] , East wing [ pejabat wanita pertama ] dan pejanat Lama eksekutif [menempatkan pejabat Presiden dan naib presiden].
Bangunan ini menerima kira-kira 5,000 tetamu sehari.
Diawal pembinaannya, white house boleh dikunjungi oleh orang awam, tetapi kemudian ditamatkan kerana bimbang serangan pengganas.
White House dan taman sekitarnya mempunyai keluasan 7.8 hektar , dimiliki oleh perkhidmatan Taman Negara sebagai sebahagian daripada Taman Presiden.
komen terkini