Noktah-Noktah Penting 62 Tahun Nakbah

Apa itu Nakbah ?

NAKBAH bermaksud MALAPETAKA atau BENCANA BESAR. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada pengistiharan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.

Apa kesan awal utama Nakbah ?

  1. Nakbah menyebabkan hilangnya negara Palestin daripada peta dunia antarabangsa.
  2. Lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (800 ribu orang daripada 1.4 juta) diusir ke luar negara dan 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.
  3. 478 daripada 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948 telah dihancurkan yang melibatkan lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Di manakah testimoni Nakbah?

Terlalu ramai dan banyak…..

Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan,”Saya melihat seorang tentera pengganas Zionis memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil 9 bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Pengganas Zionis tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.

Apakah realitinya setelah 62 tahun Nakbah ?

1. Penjajahan dan penindasan yang berterusan sehingga mereka berjaya merampas lebih daripada 90 % dari keseluruhan bumi Palestin.

2. Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel.

3. Sekatan ekonomi yang dirancang kemas sehingga orang-orang Palestin tersepit, menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.

4. Anak-anak Palestin yang telah dinafikan hak untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.

5. Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia yang menyekat penghidupan rakyat Palestin serta menjadikan Palestin sebagai penjara yang terbesar di dunia.

6. Seramai 6.45 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 62 tahun yang lalu. Inilah kespelarian yang paling lama dan perit di dalam sejarah peradaban dunia.

7. Pembunuhan dan penyiksaan yang berterusan terutamanya di Gaza yang merupakan krisis kemanusiaan terhebat di abad ini.

8. Peningkatan serangan ke atas al Quds oleh ekstrimis Zionis yang mencabul kehormatan dan kesucian al Quds serta projek pembinaan kuil Yahudi di perkarangan Al Aqsa.  

Apakah rancangan jangkamasa panjang mereka?

  1. PengYahudian Baitul Maqdis dan pembinaan Kuil Yahudi ’The Solomon Temple’
  2. Pembinaan Israel Raya atau ’The Greater Israel’.
  3. Menguasai dunia antarabangsa keseluruhannya.

Apakah mereka akan berjaya di dalam cita-cita ini?    

Tidak

Apakah bukti-bukti kegagalan mereka ?

  1. Kegagalan mereka untuk membina ’The Greater Israel’ walaupun setelah sekian lama mereka menjajah Palestin
  2. Gaza kembali ke tangan Palestin dan Golan Height pula ke tangan Syria
  3. Intifadhah menyebabkan merudumnya ekonomi Israel dan hilangnya ’rasa selamat’ di kalangan orang-orang Israel.
  4. Penghijrahan lebih 700 ribu orang-orang Israel yang melarikan diri pulang ke negara-negara Barat sejak tahun 2000 lagi.
  5. Generasi muda Yahudi mereka tidak berminat untuk mempertahankan agenda Zionis
  6. Gagalnya regim Zionis dengan sokongan penduduk seramai 5 juta orang dan Amerika sekutunya untuk mengalahkan Gaza yang hanya mempunyai serai 1.5 juta penduduk.
  7. Perjuangan umat Islam yang semakin kuat dan mendapat tempat di kalangan oarng-orang Palestin, bangsa Arab dan umat Islam di seantero dunia.
  8. Dan tentunya disebabkan janji-janji Allah dan Rasulullah s.a.w

Apakah cara terbaik untuk memenangi kembali Palestin dan al Aqsa?

Tidak boleh tidak, kita mesti mencontohi perjuangan generasi silam seumpama mencontohi kejayaan generasi Solahuddin al Ayyubi dengan…  

  1. Menjadikan matlamat perjuangan adalah untuk menegakkan kalimah Allah swt.
  2. Membina generasi yang bertaqwa kepada Allah danan memelihara diri daripada maksiat.
  3. Membuat persediaan perjuangan yang  sempurna dan amat mengambil berat terhadap isu pembebasan Al-Aqsa
  4. Menyatukan kekuatan umat di bawah sistem yang satu.
  1. Menjadikan isu pembebasan Al-Quds sebagai isu Aqidah dan isu umat Islam

Marilah kita bersama-sama merenung kembali ayat Al-Quran:

“Janganlah kamu merasa lemah dan janganlah bersedih, kerana sesungguhnya kamu adalah lebih tinggi martabat daripada mereka sekiranya kamu beriman” – Surah Ali Imran: 139


Tulisan : Dr.Zainur Rashid Zainuddin

Aman Palestin.

Advertisement

PERKAHWINAN TERLARANG

Seperti yang dijangkakan pasca moden akan membawa bersamanya ledakan budaya baru yang selama ini terpinggir. Budaya dan tatasusila manusia berubah dengan berubahnya zaman. Perkara yang dulunya di pandang kecil kini sudah berani untuk menonjol. Isu yang dahulunya serpihan kian mendapat pengiktirafan.

Jika era permodenan membawa manusia kepada permodenan dan perkembangan sains dan teknologi yang secara tak langsung membawa bersamanya budaya dan cara hidup bau yang lebih moden. Apa pula yang bakal berlaku di zaman pasca moden??  Antara yang ingin saya sebutkan di sini ialah fenomena sosial yang semakin terasa , yang wujud dalam masyarakat dunia terutama tentang isu-isu yang berkainan orentasi seksual.

Pada hari khamis 4 mac 2010 satu sejarah telah tercipta di Mexico city. Igauan ngeri kebanyakan penduduk di negara itu menjadi realiti. Namun segelintir rakyatnya menyambutnya dengan penuh kegembiraan sebagai tanda perjuangan mereka selama ini diterima.

Pada hari itu golongan homoseksual dibenarkan untuk mendaftar lesen perkahwinan mereka. Mexico city merupakan bandar utama Mexico dan juga di Amerika Latin yang membenarkan perkahwinan sejenis dilangsungkan. Lantaran itu dalam tempoh terdekat ini dunia akan menyaksikan upacara perkahwinan pertama melibatkan kumpulan tersebut di Mexico City. Golongan gay dan lesbian dilihat beratur di bangunan kerajaan tempatan untuk menghantar dokumen perkahwinan mereka dengan pasangan normal yang lain.

Pihak berkuasa Mexico City telah meluluskan undang-undang untuk membenarkan perkahwinan sejenis yang setarag dengan perkahwinan biasa membabitkan lelaki dan wanita pada Disember lalu. Undang-undang itu juga membenarkan pasangan terbabit mengambil anak angkat, berkongsi membuat permohonan bank, mewarisi harta pusaka serta kbenaran untuk memasukkan pasangan mereka dalam polisi insurans. Sedangkan semua hak tersebut telah dinafikan sejak sekian lama kerana mereka tidak diiktiraf sebagai pasangan normal.

Hakikatnya pengiktirafan perkahwinan sejenis hanya direkodkan sebagai sejarah bagi segelintir manusia yang keliru dengan kecenderungan seksual mereka. Lebih tepat hari tersebut akan lebih diingati sebagai hari musibah oleh kita semua.

Sesungguhnya dengan pengiktirafan tersebut maqasid syari’ah yang kita perjuangkan selama ini akan terbatal. Di mana dengan perkahwinan terlarang tersebut secara jelasnya adalah bertentangan dengan agama Islam. Sedangkan perkahwinan itu adalah merupakan salah satu tanda kebesaran Allah Yang menganugerahkan suasana mawaddah wa rahmah antara pasangan yang berkahwin. Perbuatan perkahwinan sejenis terang-terang membelakangkan agama, apatah lagi untuk memartabatkan agama.

Dari sudut nasab keturunan juga akan menjadi kacau bilau ketika pasangan tersebut mengambil anak angkat dan menasabkan kepada mereka,, nasab yang palsu.. Lebih teruk lagi anak-anak yang sudah kecelaruan nasab tersebut akan pasti membawa masaalah dalam masyarakat di mana hadapan. Sudah tentu zaman pembesaran dan pendidikan yang mereka lalui juga tidak normal.

Dari sudut menjaga maruah yang di tekankan dalam maqasid syariah,, sememangnya pengamal perkahwinan sejenis itu sudah berada di dalam kategori tidah bermaruah. Sudah tidak ada harga diri, mengikut selera dan kerakusan nafsu.

Ringkasnya 5 maqasid syariah, iaitu hifzul deen, hifzul nasab, hifzul maru’ah, hifzul mal dan hifzul nafs akan tercemar melalui budaya perkahwinan terlarang tersebut. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh, walau pun ia berlaku di Mexico City namun pengamal dan penyokong fahaman tersebut melata di seluruh dunia. Seiapakah yang mampu untuk membendung fenomena ini dari menular?? Apakah tindakan yang perlu kita ambil? kerana sebagai seorang muslim tidak seharusnya kita berdiam diri.

Untuk penyelesaian jangka panjang para daie harus bergerak secara aktif untuk membentuk fard Muslim . Mentarbiah mereka dengan tarbiah Islamiyyah yang syumul . Melahirkan generasi yang kalis . Kebal dari segala serangan negatif  yang merbahaya. Manakala  untuk tindakan jangka pendek para daie seharusnya memainkan peranan mereka terhadap masyarakat umum melalui apa cara sekali pun . Melalui nasihat, ceramah, pengajaran, penulisan dan seumpamanya.

Kemungkaran yang semakin bermaharajalela adalah dibimbangi kerana lemahnya gerakan dakwah . Kegiatan-kegiatan yang melekakan semakin menarik minat masyarakat dengan gaya yang sentiasa dikemaskinikan. Kita tidak mahu akan ditanya oleh mungkar dan nakir se awal di alam baezakh lagi atas kecuaian menyebarkan dakwah ini. Dengan kata lain kita memahami kepentingan berdakwah tetapi tidak melakukannya secara serius, malahan kadang kala bermusim atau  reaksi dari sesuatu isu,, bukan atas dasar tanggung jawab.