Bahkan negara adalah yang paling mahal dan kemaslahahannya paling utama.

Dalam nama Allah yang Maha Penyayang

Oleh:  Ustaz Dr. Rashad al-Bayoumi – wakil pemimpin Ikhwanul Muslimin

Dengan demikian kita mengetahui bahawa Rasulullah Allah saw  ketika baginda meninggalkan Mekah, selepas merasai  kesulitan dan penyeksaan; baginda bersabda :   ” Sesiapa  yang mati mempertahankan  tanahair  adalah syahid. ”
Seorang ikhwan menanyakan (dengan kasih sayang) : Mengapa beria-ia untuk menyumbang dan menyertai dalam pilihan raya , sedangkan natijah yang telah diketahui dimasa lalu, dengan segala penipuan ..Dan kemunafikan memainkan peranannya yang berbagai rupa di semua peringkat?!.
Soalan yang sama pada halaman beberapa surat khabar .. Di masa lalu sebagian orang mengatakan itu .. apakah faedah yang engkau dapat dari amal dan dakwah kamu?.. Tidak ada keuntungan  .. Malah engkau mendedahkan  diri mu sepanjang masa kepada segala bentuk gerhana dan penindasan, penyiksaan, penjara dan penghalauan ?!.
Seolah-olah tersembunyi dari pandangan mereka yang berkata itu akan rahsia bahawa harga kebebasan itu sangat mahal harganya , tetapi thabat atas kebenaran lebih mahal dan lebih berharga. ..
Dan melihat sejarah umat manusia .. akan merungkai menjawab kepada persoalan-persoalan itu .
Berapa banyak makhluk ciptaan tuhan yang mulia (para Rasul dan nabi), yang berada dalam keamanan melainkan sedikit  .. Berapa ramai reformis yang berjuang demi kemenangan dakwah untuk menegakkan kebenaran ,diseksa dan mati, dan tidak di ketahui dakwahnya melainkan selepas kematiannya.
Kami menyimpulkan dari atas .. Bahawa penyokong kebenaran dan pembaharuan dan berusaha untuk berbuat baik, mereka harus bekerja, bermujahadah dan bekerja keras , walaupun terpaksa menghadapi kesulitan  demi kesulitan .. Adapun natijah dan penghisabannya adalah di sisi Allah SWT. Walaupun setiap amil dan daie itu akaun  natijah mereka merudum tetapi selagi mana ia ada usaha dan kesungguhan untuk mengislah , dan selagi mana  jihadnya untuk tanah air dan mencapai matlamatnya.

[surah Ibrahim : 12].
Jika kita bekerja demi kemaslahatan umah, dan bekerja demi menghapuskan kefasadan , rasuah dan sabotaj dan penjarahan sumber dayanya .. Yang saya fokaskan ialah adalah penyertaan aktif dan positif , semuanya akan membawa keamanan dan keselamatan, dan jauh dari  hegemoni [cengkaman] Zionisme  Amerika .. Dan mengembalikan semula kepadanya apa yang menjamin kedudukannya, izzah dan kemuliaan ..Inilah sebabnya mengapa kami menawarkan masa yang berharga dan usaha untuk mencapai impian tersebut.
Hal ini menuntut  kita untuk menghulurkan tangan tulus  masing-masing untuk membayar pada medan ini .. Dan membuka hati -hati  setiap kita , bekerja dengan ikhlas untuk maslahah umat  dan watan ini .. yang telah menular di dalam sistemnya amalan rompakan, rasuah dan kezaliman .. Penyertaan yang berkesan adalah wajib atas setiap anak watan yang mulia,  agar tidak meninggalkan ruang bagi mereka yang mengambil keuntungan dari watan untuk kepentingan peribadi  dan cita-cita duniawi .. Jika mereka diberi peluang untuk melabuhkan  panggung  nescaya mereka akan semakin agresif.

Tetapi setiap orang harus memahami .. bahwa bangsa adalah lebih mahal  dari diri kita sendiri .. kami menawarkan diri, mengorbankan masa, tenaga dan wang  ringgit .. hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah, itulah yang  pertama, dan kedua ialah, menentang kezaliman dan orang-orang  zalim yang membuat kefasadan  .. Ini bukanlah isu (sebagaimana yang di anggap oleh sesetengah orang)  berapa jumlah kerusi yang akan mereka dapat, tetapi ia  adalah yang terakhir..
Tetapi niat kami:
1 – Supaya manusia tahu siapa  kita dan apa yang mesej kita bawa .. Apa ghayah (matlamat) kita .. Setelah selama puluhan tahun mereka berusaha untuk melemahkan kita dan merosakkan citra kami.
2 – Supaya semua orang tahu bahawa manhaj  Al Islah yang kita seru dan kita hasilkan  itu adalah wasilah / cara untuk mencapai tujuan atau matlamat  kita,  dari Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, saw.
3 – Supaya semua orang  percaya bahawa kita tidak mencari  kemuliaan untuk keuntungan peribadi atau materialistik .. Allah telah mengkayakan kita dari limpah kurnianyaNya.
4 – dan apa yang kita infakkan dalam  penyertaan kita adalah dari saku kita dan wang kita.
5 – Supaya para penzalim dan penguasa  tidak menghalang kita dari terus bekerja untuk mencapai apa yang kita harapkan .. ( Dan Allah Maha menguasai segala urusanNya , tetapi kebanyakan orang tidak tahu (21) ((Yusuf).
6 – Mereka mengatakan bahawa penyertaan kita  dalam pilihan raya tetapi untuk  rejim dan semua orang tahu (dalaman dan luaran) bahawa sistem perundangan  berasal dari kekerasan dan tongkat penindasan .. sedangkan kita memacu projek kita dari jalan Mesir yang asli yang perihatin terhadap bangsa dan tanah air.
7 – Apakah kita akan tetap diam di depan penipuan  yang  terjadi  atau melawan kejahatan dan rasuah dengan segala  kekuatan kita?!.

8. Sesetengah orang meminta kita  memboikot pilihanraya .. Sesungguhnya kami telah mengisytiharkan dengan jelas simbol tindakan kebangsaan dan menuntut untuk perubahan, kita menantikan perubahan yang berkaitan dengan reformasi, dan kami bersedia untuk melaksanakan yang diluluskan oleh kehendak bangsa, namun tidak bersetuju dengan pemboikotan  itu, malahan mengiklankan keinginan untuk menyertai pilihanraya.
9 – Prestasi saudara-saudara kita di Parlimen adalah tahap tertinggi, prestasi mereka tersebar di mana-mana  tempat  (walaupun mereka menderita kesulitan ketika dalam persidangan); menjadi tempat rujuk setiap orang yang datang kepadanya dan mempertahankan permasaalahan mereka.
10 – Sesungguhnya apabila kita berada dalam amal siasi (yang merupakan sebahagian daripada manhaj dakwah kita) kita melatih akhlak kita  menjurus kepada  kejujuran, keterbukaan dan ketelusan..
11 –  Sesungguhnya sistem yang mengharapkan kita tidak terlibat dalam medan .. – Dan dengan demikian menyingkirkan saingan hakiki -.. Kemudian pilihan raya akan adil dan membanggakan dunia untuk melakukannya.
12 – Sebagaimana kebiasaan kita , itu telah merujuk kepada Majlis Syura jamaah , yang bersetuju untuk menyertai pilihanraya dengan suara majoriti.
Akhirnya .. Kami berkata:

فَسَتَذْكُرُونَ مَا أَقُولُ لَكُمْ وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ

( غافر: من الآية44)

( ingatlah apa yang aku katakan kepadamu, dan saya menyerahkan kan urusan  kepada Allah: Sesungguhnya Allah Maha Melihat hamba-Nya).

[ Terjemahan dari artikel yang di petik dari ikhwanonline ]

Advertisement

ISU MELAYU ISLAM: APA PERANAN KITA?

Sejak PRU ke 12 isu Melayu memang diperkatakan oleh rata-rata badan dan pertubuhan mau pun parti. Apakah kita mengikuti perkembangan ini ? (semuga tak ketinggalan keretapi). Ini adalah kerana majoriti pengundi yang layak mengundi di negara ini terdiri dari orang Melayu. Memenangi hati mereka bermakna menambah angka pengundi.

Dalam suasana orang Melayu menjadi rebutan ini apakah peranan kita. Sebagai pemerhati? Atau turut turun padang memberikan “solution”? Kerana panorama ini bukanlah sebuah teater tontonan, tetapi ia melibatkan maruah dan harga diri orang Melayu itu sendiri. Bangsa yang telah sekian lama mempelopori agama islam di bumi Malaysia ini , menyaingi agama berhala dan agama-agama buatan manusia.

Bangsa Melayu kini seolah-olah terperangkap dalam agenda politik. Mereka tidak punya solution terhadap masaalah yang mereka hadapi. Parti-Parti disekeliling mereka mempunyai agenda tersembunyi terhadap orang-orang Melayu, mereka menginginkan dan menunggu-nunggu untuk melihat pepecahan di kalangan orang Melayu. Game di tangan mereka. Sementara 2 parti besar yang di anggota oleh kebanyakkan orang Melayu Islam di Malaysia pula saling tidak mempercayai antara satu sama lain.

Orang Melayu Islam yang sedang terperangkap ini mesti di selamatkan. Mereka terlebih dahulu mesti disedarkan bahawa mereka terperangkap. Semangat mereka perlu di pulihkan. Jati diri orang Melayu perlu dipertahankan. Agar kisah Pak Kaduk yang menang sorak tetapi kampung tergadai tidak diulang tayang semula dalam versi yang lebih moden , kerana darah kepahlawanan masih  mengalir didalam tubuh Melayu Islam . Perasaan cintakan agama dan bangsa adalah kekuatan dan peluang untuk orang Melayu bangkit semula. Ibarat singa yang tidur ,, perlu dikejutkan agar menyerlah semula taring di wajahnya nan garang. Ya.. kita tidak rela bangsa kita diperkotak katikkan dibumi sendiri… sedangkan kita berkemampuan.

Seperkara yang harus kita sedari ialah ” Gelombang di bawah arus”… lahirnya badan yang kononnya menawarkan solution, tetapi sejauh manakah kebenarannya. Lahir sebagai alternatif yang agak diminati dan mendapat sambutan. Namun tidak menjadikan Islam sebagai asas , akibatnya berlaku satu kelopongan. Masyarakat sebenarnya ternanti-nanti agar lopong itu terisi. Pastinya akan ramai yang akan mendakwa merekalah yang layak berada di posisi tersebut. Lantaran itu kenapa tidak kita ajukan sesuatu yang kita miliki yang tidak dimiliki oleh orang lain??

Dalam situasi ini para pendukung fikrah Islamiyyah mesti bekerja lebih keras lagi. Memperjuangkan Melayu Islam bukan bermaksud rasis,,, tetapi adalah untuk menyelamatkan keadaan dengan memenangi bangsa teras di negara ini, bilangan mereka yang majoriti dan di kuatkan dengan agama tauhid yang mereka warisi turun temurun. Dalam masa yang sama kita mengalu-alukan bangsa bukan Melayu tetapi memiliki iman di dada mereka untuk bersama kita.

Siapakah yang akan menyelamatkan orang Melayu kalau tidak orang Melayu sendiri? Kaum Melayu Islam sepatutnya berdukacita dengan angka-angka gejala sosial di dalam negara yang didominasi oleh orang Melayu. Sepatutnya mereka bersama-sama merawat dan mencegah gejala sosial yang terus menjadi topik perbincangan di dada-dada akhbar, majalah, radio, talivisyen dan seumpamanya . Lantaran itulah amat penting sekali agenda Melayu Islam ini diketengahkan , dengan niat yang suci murni demi keamanan dan kestabilan politik di masa hadapan. Tanpa rasa prajudis dan bersikap dualisma dalam perjuangan, tetapi semata-mata kerana rasa tanggungjawab dan cintakan tanahair.

Musuh dari luar juga sentiasa menunggu kelemahan kita. Mereka menunggu

kita berpecah, tidak sehaluan, saling bertelagah, untuk mereka masuk dengan agenda mereka yang rakus. Negara kita hanya tanah semenanjung yang keluasannya tidak seberapa, tetapi kaya dengan hasil mahsul seperti minyak, getah dan kelapa sawit , yang menjadi idaman orang luar.

Atas rasa syukur dengan nikmat Allah ini jugalah kita wajib mempertahankan tanah air ini dan membangunkan bangsanya.  Maka di atas satu kesepakatan bangsa Melayu Islam akan di daulatkan . Memperjuangkan watan kerana Allah ..Insyaalah akan mendapat pertolongan daripada Allah apabila sampai waktu dan ketikanya. Yang penting kita berusaha sedaya mungkin , beraksi didunia nyata,  bukan hanya berteoeri atau asyik menunding jari kepada orang lain.

Wallahu a’lam.

Selamat Datang Ke Sirah Muzikal – SIRAM

Kuasa politik senjata ampuh orang Melayu tidak patut digadai.

Syawal semakin hampir untuk melabuhkan tirainya. Dengan itu akan berakhirlah dua pesta meriah bagai masyarakat Melayu Islam di Malaysia, iaitu pesta ibadah dibulan Ramadhan dan pesta ziarah juga ‘open house’ dibulan syawal. Walau bagaimanapun para pelajar sekolah sudah  sibuk dengan beberapa jenis peperiksaan, peperiksaan akhir tahun, PMR, SPM dan STPM. Para ibu bapa akan meneruskan kehidupan dan tugas rutin mereka seperti biasa. Bagaimana pula kesahnya dengan para politikus?? Mereka juga sering berhadapan dengan berbagai arus dan gelombang yang berbagai bentuk, terus berusaha dan membuat stategi untuk mencapai objektif tertentu.

Suka untuk saya kongsikan disini petikan dari Minda Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh : 4 oktober/ 25 Syawal, hari isnin. Muka surat 16 (apakah rasionalnya ruang minda pengarang ini di letakkan di bahagian tengah akhbar???..) :

” Satu-satunya bidang yang masih dikuasai orang Melayu ialah polotik. Walaupun orang Melayu adalah kaum majoriti di negara ini, hakikatnya dalam banyak bidang kita ketinggalan dan dikuasai bukan Melayu, kecuali politik. Melalui politiklah nasib orang Melayu masih terbela dan hak keistimewaan mereka dapat dipertahankan sehingga sekarang. Bayangkan apa akan terjadi kepada orang Melayi pada masa depan, jika kuasa politik sudah berpindah tangan.Ramai genersasi muda hari ini tidak pernah terfikir bahawa keadaan itu boleh berubah bila-bila amsa, sekiranya kuasa potik sudah tidak ada lagi ditangan orang Melayu.Olehitu, mempertahankan kuasa politih bukan lagi retorik atau momokan demi survival sesebuah parti politik untuk memperolehi sokongan semata-mata . Sebaliknya, kuasa politik menuntut kita memahami kepentingan dan kesan buruk jika ia terlepas ke tangan orang lain. Seperti yang diungkapkan oleh Datuk Seri Najib RAzak kelmarin, kuasa politk adalah senjata paling tajam yang perlu dipertahankan dalam usaha kita meneruskan perjuangan mengikut landasan agama , bangsa dan negara. kita tidak boleh menafikan bahawa kuasa politik adalah asas kepada segala perjuangan . Justeru itu kita akan menerima kesannya jika membiarkan kuasa politik terelepas ke tangan orang lain, gara-gara perbalahan sesama sendiri sehingga menjejaskan perjuangan bangsa. Kita mesti insaf bahawa kuasa politik  yang ada dalam genggaman hari ini akan menentukan kedudukan bangsa Melayu pada masa depan. tindakan sesetengah pemimpin Melayu parti pembangkang yang menggadaikan perjuangan dan maruah bangsa demi kepentingan politik mereka sebenarnya boleh menghakis kuasa politik orang Melayu. Kuasa politik dan maruah bangsa tidak ada galang ganti. Jika ia terlepas ke salam genggaman tangan orang lain maka kita jadilah seperti Pak KAdok yang menang sorak tetapi kampung tergadai.

Kalangan penganalisis ekonomi pula lebih eksterm menggambarkan bahawa kuasa politik esok adalah hasil pemikiran, ciptaan, penyertaan dan pengaruh kita pada hari ini. Jadi, senjata paling tajam pada orang Melayu bukan lagi pada lembing, panah atau keris tetapi kuasa politik yang membolehkan mereka menentukan dasar dan masa depan sendiri.. Namun kuasa itu pula dipertahankan dengan beberapa tunjang lain termasuk kekuatan nilai dan minda serta kesediaan kita mempertahankan kedaulatan bangsa serta negara. kita tidak perlu menerima falsafah Mao Zedong- kuasa politik tumbuh daru laras senjata, tetapi harus memikirkan rasional falsafah I C MacMilan bahawa kuasa adalah keupayaan untuk menstruktur keadaan sebenar. Kuasa politik juga menuntut penyertaan kita dalam segenap bidang dan proses sosio ekonomi negara serta kesedaran untuk mempertahankan kuasa itu sehingga bila-bila. kuasa politik yang dipegang oleh kepimpinan Melayu menerusi UMNO sejak kemerdekaan membolehkan bangsa iani mengkalkan hak keistimewaannya termasuk dalam bidang ekonomi, agama dan pendidikan. Jadi, ramuan untuk mempertahankan kuasa politik Melayu hanya satu – kita mesti ‘masuk dan  merapatkan barisan ‘ bagi memastikan kuasa politik kekal dalam genggaman  bagi meneruskan agenda perjuangan bangsa. Dalam order baru yang menjadikan dunia kian mendatar, manakala kusa politik menjadi faktor dominasi sesebuah negara selain ekonomi, teknologi dan maklumat, maka kuasa politik penting dalam memastikan orang Melayu tidak terpinggir dinegara sendiri pada masa depan.”

Info Pengajian Tinggi

Kolej Universiti Taylor”s baru-baru ini telah di naik taraf kepada Universiti Taylor’s (Taylor’s U) oleh menteri Pengajian Tinggi . Secara umumnya ia menggambarkan antara sokongan kerajaan dengan mengiktiraf pihak pengurusan institusi pengajian yang komited mengekalkan kecemerlangan pendidikan tinggi. Menteri Pengajian Tinggi iaitu Datuk Seri Mohammed Khaled Nordin, berkata usaha itu sejajar pendekatan kementerian meningkatkan kualiti pengajian yang menyumbang kepada objektif menjadikan negara sebagai hab pendidikan tinggi serantau.

Majlis anugerah status universiti berkenaan di Putera Jaya. Turut hadhir ialah timbalan menteri pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah ,pengerusi Taylor’s U iaitu Tan sri Syed Jalaluddin Syed Salim dan Presiden   yang juga naib censelornya , Prof Datuk Hassan Said.

Ketika ini Taylor’s U mempunyai 9,416 pelajar dengan 2,060 ialah mahasiswa antarabangsa. Jumlah ini memenuhi syarat penarafan iaitu minimum 20 peratus pelajar antarabangsa.

Setakat ini di Malaysia sebanyak:

22 intitusi Pengajian tinggi swasta (IPTS) dinaik taraf kepada universiti

20 Intitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

22 (IPT) bertafar kolek universiti

397 kolej swasta.

Syarat membolehkan kolej menjadi universiti ialah:

mempunyai modal berbayar minimum RM20juta,

20 peratus tenaga pengajar berkelulusan doktor falsafah

minimum 80 peratus kakitangan akademik bekelulusan ijazah sarjana.

Semuga info ini sedikit sebanyak ada menfaatnya.


JEMPUT DENGAN SEGALA HORMATNYA

PENELITIAN TENTANG KEUNIKAN GENERASI


1.Pertama , adanya generasi yang disebut  ‘The greatest generation’ ,

iaitu generasi yang lahir dalam lingkungan tahun 1901 – 1920 .  Pada generasi ini lahir pemimpin-pemimpin besar dunia seperti Winston churcill,  Goerge W Bush dan lain-lain.

Ramai dikalangan datuk dan nenek kita yang lahir pada zaman ini. Ada juga antara kita ibu bapa mereka lahir pada zaman ini.

2.Generasi kedua ialah  ‘silent generation’

Terdiri daipada generasi yang lahir pada 1921-1940. Disebut demikian kerana masa ini tidak melahirkan tokoh-tokoh besar.

3. Generasi “Baby Boomer “  ( 1941 – 1956 )

Kebanyakkan generasi ini lahir dari pasca perang dunia kedua. Mereka tidak kaya. Ada dikalangan mereka yang kerja kerajaan. Pencen sekitar tahun  2000 – 20012. Mereka merupaka generasi terakhir zaman industri.

4. Generasi seterusnya ialah  “baby Buster”, 1957-1969. Generasi “moden”.Ia dipanggil ‘baby buster’ kerana ia berlawanan dengan’baby boomers’. Di mana peperangan sudah berakhir. Orang sudah mula kuat bekerja dan sudah mula mengabaikan keluarga dan kasih sayang. Generasi yang melihat perang dingin.

5. Generasi-X ( 1970 – 1985 ) :

Kenapa generasi ini disebut generasi “X” ? sekelompok pengkaji Inggeris mendapati keanehan pada anak-anak remaja pada zaman itu. Ada 4 keanehan yang di temui :

  • They sleep together before marriage (beliau tidur bersama sebelum menikah ).
  • They don’t believe in god ( mereka tidak percaya Tuhan ).
  • They don’t respect parents ( mereka tidak hormat ibu bapa).
  • They dislike Queen ( mereka tidak menyukai ratu Inggeris ).

Setelah di selidiki, didapati generasi “X” lahir dari generasi boomer yang kuat bekerja , di mana wang dan kerier menjadi keutamaan mereka yang mengakibatkan terlalai untuk keluarga dan kasih sayang terhadap anak-anak. Generasi “X” merupakan generasi yang tidak pandai mengasihi kerena mereka tidak pernah merasa kasih sayang.

Generasi “X” terbahagi kepada 2 sub generasi :

  1. Generasi MTV ( 1970 – 1980 ), ada di kalangan generasi ini yang sempat melihat era sebelumnya, Tempoh peralihan sebelum masuk ke generasi internet. Generasi ini membesar dalam era 80an. Melihat keruntuhan tembok Berlin. Sedar tentang keruntuhan soviet Union. Lahirnya bilionair muda seperti  pengasas Yahoo dan Google sekarang.  Generasi ini adalah generasi zaman peralihan antara idea zaman industry dan  idea zaman informasi.
  2. Generasi Boomerang – ( 1981-1985), generasi peralihan Gen-X ke Gen-Y. Sempat juga merasakan kehidupan zaman MTV, tapi dah penghujung. Mungkin kerana mereka lebih  celik dan ke depan dalam bab computer dan internet , ketika usia remaja mereka sudah diperkenalkan dengan teknologi tersebut. Ibu bapa mereka pernah mengalami kelembapan ekonomi sekitar pertengahan 80an. Lalu berlakulah New World Order dan idea-idea futuristik dan sekitar konsep globalisasi . Generasi ini kelihatannya sudah tidak berpegang dengan idea industri.

6.Generasi-Y ( 1986 – 2001 )

Kemudian muncullah generasi “Y” , yang lahir pada sekitar 1981-2001. Generasi ini lebih parah lagi. Mereka harus berdepan dengan pendidikan yang lebih mahal. Rumahtangga berantakan, perceraian ibu bapa , ada dikalangan mereka yang lahir daripada keluarga yang kaya ( helicopter parents), dan ada yang dibesarkan dari keluarga homeseksual (same sex parents).

Mereka lahir zaman Soviet Union sudah runtuh. Amerika menjadi kuasa unggul dunia. Ini permulaan generasi internet. Celil-celik dah kenal play station , game dan seumpamananya.

Lagi

M’SIA BUKAN MASYARAKAT JUDI

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mei 9, 10
Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa kerajaan pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus.

Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut:

1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa ‘tindakan pemerintah terikat dengan maslahah’. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan negara itu sendiri.

Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi’i r.h: “Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim” (lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair).

Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?

Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.

2. Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa manfaat untuk pihak-pihak tertentu.

Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima.

Al-Quran menyebut: (maksud) “Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia.

Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).

Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan sukan bukan satu alasan. Kerosakan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima.

Membiayaan untuk membaikinya nanti jauh lebih tinggi.

3. Judi sama ada ‘dilesenkan’ atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan.

Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain.

Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyarakat.

4. Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat Malaysia bukan masyarakat judi.

Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup untuk mendakwa ‘judi adalah budaya kami’, atau ‘kebanggaan hidup kami’.

Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya kaki judi.

Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang rasional.

5. Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan. Sama ada diberi lesen atau tidak, tetap sama.

Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang.

Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan yang munasabah.

6. Peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing dengan penjenayah. Cadangan tersebut hanya mengubah ‘tauke’ sahaja dari yang berlesen kepada yang tidak berlesen.

Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan tempat ‘hisap candu berlesen’ untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya di tempat yang tidak berlesen?

Jangan fikir lesen dan cukai keuntungan sahaja, kerajaan hendaklah berfikir kesan yang akan menimpa rakyat nanti!

Maka, saya sekali lagi membantah cadangan ini dan meminta semua rakyat Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah cadangan ini!

JUDI BOLA SEPAK

Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan itu pertaruhan ‘secara sah’ boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.

Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.

BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

………. inilah dia program realiti di negara kita. Jangan jadi pak kaduk kalah judi , kampung tergadai ……

Siapakah yang patut tampil ke hadapan menyelesaikan kemelut sosial kolar biru ni?? Apakah kita hanya menikus sahaja kerana kita adalah dari golongan marhain??

Kita mulia dengan iman, kita adalah hamba Allah yang beriman yang punya maruah…!!

Bilakah tradisi politik wang ini akan berakhir?

Cabaran ideal pascamoden

DR YAMEN CHENG :

Lima perkara pokok yang membentuk wajah dunia ialah realiti, kebenaran, ilmu, sejarah dan diri. Realiti merujuk kepada persoalan tentang hakikat kewujudan dunia, sama ada dunia ini hanya semata juzuk kebendaan ataupun mempunyai dimensi yang lebih dari itu.

Kebenaran merujuk kepada pengesahan terhadap realiti dunia, dan ini bergantung kepada sumber kebenaran, sama ada ia legenda dan mitos, periwayatan, akal, ataupun wahyu. Ilmu merujuk kepada titik temu diri dengan kebenaran dari segi padanan kebenaran dengan diri dan sebaliknya.

Sejarah merujuk kepada dunia sebagai persada titik temu segala yang terdapat di dalamnya, dan titiktemu ini memberikan satu gambaran tentang perencanaan dunia, termasuk sama ada ia mempunyai corak yang berulang ataupun ia bersifat rambang.

Diri merujuk kepada persoalan tentang kewujudan jati seseorang, seperti persoalan tentang sama ada kejatian dirinya adalah melalui kelahiran ataupun ianya bergantung kepada faktor persekitaran, seperti budaya dan sejarah. Lagi

Previous Older Entries Next Newer Entries