NETWORK BERKUALITI

Sedikit tip untuk mendapat network yang ramai.

Kita sedia ketahui, dalam perniagaan perkhidmatan terutamanya, networking memang penting. Istilah yang selalu sangat digunakan adalah “If you are not networking, you are not working!”

Menurut buku Love is the Killer App: How to win Business oleh Tim Sanders, beliau menyebut untuk “mencintai” network kita. Maksudnya untuk benar-benar ingin membantu dan melihat orang lain berkembang. Dan bukannya semata-mata menggunakan network untuk kepentingan sendiri sahaja.
Dalam mendapat network yang berkualiti, 3 perkara penting perlu anda miliki:
  • Perlu berlimu
    Untuk mendapatkan network yang baik, anda perlu menunjukkan anda seorang yang berilmu. Anda perlu banyak membaca buku dalam bidang anda sendiri. Sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari berkenaan dengan industri anda. Ilmu ini dapat dikongsikan dengan network anda.
  • Perlu menambahkan jaringan
    Cari peluang untuk ke majlis atau network gathering. Lebih ramai orang anda jumpa, lebih banyak peluang network anda boleh dapat. Satu peringatan di sini adalah, di sesuatu majlis, jangan terlalu sibuk berpindah-pindah tempat dan mengedarkan kad bisnes anda. Fikirkan KUALITI hubungan yang anda boleh jalinkan, dan bukan sekadar KUANTITI.
  • Perlu punyai perasaan tolong menolong
    Utamakan network anda dan bukan agenda anda terlebih dahulu. Lebih banyak bertanya dan mendengar daripada anda sahaja yang bercerita. Sebolehnya, bantu network anda tidak kira bidang apa pun, sebagai contoh, sekiranya network yang anda kenali seorang pemilik perniagaan cetakan, selepas berjumpa dan kenal, cuba dapatkan pelanggan cetakan untuknya. Anda tidak akan rugi apa-apa. Malahan, dengan mengutamakan agenda network anda, pastinya memberi kesan hubungan jangka panjang untuk anda!
Jadi, untuk memudahkan anda melakukan network, ingat 3 perkara itu: Ilmu + Tambah jaringan + Tolong menolong = Network yang berkualiti!    [ sumber : Irfan khairi newsletter ]
Benar, kita tidak boleh bersendirian dalam dunia ini. kita saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Dalam mentajmik manusia ke arah dakwah networking adalah salah satu perkara yang mesti ada dalam check list kita. Mari kita hidupkan formula networking ini, menjadikan ia aktif , tidak kaku. Kerana mereka adalah manusia yang mempunyai roh, jiwa dan nurani… bisa berinteraksi dan berkembang biak. Bisa juga menjadi semakin jauh akhirnya lenyap dari memori.  Hakikatnya ia satu kerugian.
Advertisement

Pilihan raya umum Singapura Ke-16 , satu petanda kebangkitan rakyat.

Dari sudut matematiknya kemenangan enam kerusi oleh pembangkang pada pilihan raya ke-16 Singapura pada 7 Mei 2011  dari Parti Pekerja berbanding 81 oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura bukan besar. Jurangnya pun sangat jauh untuk memaksa PAP menerima sistem dua parti atau berkongsi dengan pembangkang. Tetapi dari sudut politik dan kebangkitan rakyat diperingkat global serta negara-negara sebelah sini, itu adalah petanda perubahan yang sangat besar.. Gerombolan pendesak perubahan menonjol semasa berkempen hingga meletakkan PAP dalam kebimbangan. Satu yang sangat penting daripada pilihan raya ini adalah isyarat rakyat menuntut perubahan sudah sampai kepada kerajaan. Malahan pilihan kali ini adalah mercu tanda politik baru dalam sejarah moden Singapura.

Setelah PAP tergugat teruk dalam pilihan raya ini, semalam Menteri Mentor dan pengasas PAP , Lee Kua Yew mengalah kepada suara rakyat dan mengambil tanggung jawab meletak jawatan . Turut meletak jawatan ialah Menteri Kanan Goh Chok Tong. Ini merupakan kejayaan besar gerakan generasi muda yang menuntut perubahan.

PAP dianggap gergasi di Singapura. Sejak 1965 PAP tidak pernah rasa di cabar. Kalau di Mesir, Hosni Mubarak yang menjadi sekutu Amerika [AS] pun boleh ditumbangkan oleh kebangkitan rakyat, apa luar biasanya Singapura? Dalam konteks ini, kemenangan enam kerusi oleh pembangkang bukan mustahil menggerakkan kebangkitan rakyat lebih besar hingga mengundurkan Lee Kuan Yew dari kabinet.

Pilihan raya umum Singapura ke-16 minggu lalu memperlihatkan kemaraan pembangkang yang luar biasa. Maka PAP  berhak untuk merasa cemas dengan mercu tanda politik baru ini. Lee Kuan Yew pula tidak dapat menyembunyikan kebimbangannya . Lalu secaa tergesa-gesa dia menyalahakan generasi muda kononnya tidak menghargai jasa PAP membangunkan Singapura.

Siapa berjasa kepada siapa? Rakyat kepada parti pemerintah atau pemerintah kepada rakyat  yang memilih mereka? Cara Lee Kuan Yew mengungkit jasanya kepada Singapura memperlihatkan kegagalan menguruskan tekanan kuat daripada pembangkang.

Inilah kali pertama Lee Kuan Yew berleter dan terkeluar tajuk. Kemajuan dingapura dianggap sebagai jasa yang mesti dibayar oleh rakyat kepada PAP. Seolah-olah setiap rakyat yang menikmati hasil pembangunan negara berhutang denga pap, sekalipun dasar parti itu sudah lapuk dan kekayaan negara tidak sampai kepada rakyat.

Sebenarnya ini adalah antara punca kebangkitan rakyat menuntut perubahab . Maka wajarlah apabila rakyat membalasnya dengan memberi kemenangan kepada pembangkang. Namun ini adalah sikap biasa pemimpin di mana-mana sekali pun. Mereka selesa dengan kemenangan dan terlena dengan kegemilangan silam. Pemimpin-pemimpin PAP tisak terkecuali tetapi cepat dikejutkan oleh kemaraan pembangkang menjuarai masaalah rakyat.

TAJAM

Lee Kuan Yew seorang pemerhati politik yang tajam . Dia boleh membaca kedudukan pembangkang yang akan lebih hebat pada masa akan datang dan PAP tidak mampu menyekatnya. PAP tidak lagi parti pemerintah yang selesa setidak-tidaknya menghadapi pilihan raya akan datang.

Kalau dilihat daripada majoriti, antara enam dan 81 adalah jurang yang sangat jauh. Tetapi ini menjadi penting kerana pencapaian dan kejayaan terbesar pembangkang berbanding tahun 1991 hanya empat kerusi dan 2006 hanya 2 kerusi. Pada pilihanraya umum kali ini, kemaraan pembangkang boleh dilihat apabila bertanding 82 daripada 87 kerusi. Sebenarnya angka-angka ini adalah petunjuk kebangkitan rakyat yang menolak dasar kerajaan PAP. Sebahagian besar daripada mereka pula adalah generasi muda yang terputus daripada nostalgia Singapura seperti yang dirasai oleh generasi Lee Kuan Yew.

Generasi muda inilah yang akan membentuk alam politik singapura yang baru masa depan. Mereka menjadi petunjujjjjk bentuk dan hala tuju pendemokrasian politik Singapura.. Maka kebimbangan Lee Kuan Tew tentang masa depan PAP itu sangat berasas sama sekali. Ini kerana kesedaran politik generasi muda dibina oleh jaringan maklumat yang lebih luas benbanding generasi lama yang terbius oleh kegemilangan silam Lee Kuan Yew.

Low Thia Khiang, Setiausaha Agung Parti Pekerja Singapura berucap di hadapan penyokongnya selepas pasukannya memenangi GRC Aljunied, yang keputusan diumumkan . — Foto Reuter

Lagi

FAKTA KONSPIRASI TEORI OSAMA

  1. Orang yang dibunuh bukan Osama kerana tindakan AS membuang mayatnya kelaut dan gambar yang didedahkan sebenarnya telah diubah.
  2. Osama sebenarnya telah meninggal beberapa tahun lepas dan pembunuhan ini hanya dipergunakan sebagai alasan politik AS.
  3. Osama cuba menyerah diri namun tidak di terima kerana arahan yang diterima  adalah ” Osama perlu dibunuh”.
  4. Tarikh pembunuhan Osma yang dirancang bukan sempena hari buruh tetapi hari ulang tahun penubuhan Illuminati.
  5. Pembunuhan ini dirancang serta dipantau Presiden Obama sekaligus akan dijadikan modal dalam Plihan RAya Presiden akan datang.

Osma bin Laden pergi menemui Tuhan..

Namanya saja sudah cukup menggerunkan terutama bagi masyarakat Barat yang begitu fobia dengan ” keganasannya” Sebut saja Osama bin Laden pasti kita semua akan terus mengingati peristiwa serangan bangunan Pusat Dagangan Dunia di New York pada 11 september 2001 yang juga mercu tanda penguasaan ekonomi Amerika Syarikat. Sejak itu pandangan dunia semakin berubah bukan sahaja terhadap Osama tetapi juga turut memberi tempias kepada semua penganut Islam diseluruh dunia. Pemburuan terhadapnya sama ada hidup atau mati telah menjadi agenda dan dendam untuk pihak AS dan barat , namun semua itu menemui keggalan kerana dikatakan Osama begitu licik bersembunyi.

Sejak 2001, Osama dan pertubuhannya Al Qaeda menjadi sasaran utama dalam perang terhadap keganasan yang dilancarkan oleh AS. Beliau dan ketua-ketua al qaeda yang lain dipercayai bersembunyi si gua-gua berdekatan kawasan Kabilah Tadbiran persekutuan di Afghanistan dan Pakistan.

Namun segalanya berakhir bagi musuh nombor satu AS itu apabila Osama di katakan terbunuh dalam satu serangan pada 1 mei lepas, namun bukan dalam gua tetapi disebuah rumah mewah . Presiden AS, Barack Obama dengan bangga mengumumkan disaluran telivisyen kebangsaan AS bahawa Osama telah dibunuh oleh pasukan komando SEAL, di Abottabad, Pakistan dalam satu operasi rahsia yang dilulus dan dipantau secara terus oleh Obama.

Berita kematian Osama adalah sangat mengejutkan kerana sebelum ini pelabagai cerita dan spekulasi diperkatakan mengenai kehidupan beliau. Namun kebenaran mengenai peristiwa itu di akui apabila pihak Al Qaeda sendiri mengaku bahawa Osama telah terkoban.

Namun peristiwa mengenai bagaimana pembunuhan Osama itu berlaku sangata menarik untuk diperkatakan malaha meruntun kontroversi yang sangat mengejutkan. Peristiwa ini bermula apabila pegawai perisikan AS mendapat tahu mengenai kawasan tersebut pada ogos tahun lalu, ketika mereka menjejak seorang lelaki yang dipercayai orang kepercayaan Osama.

Tempat persembunyian Osama merupakan rumah teras tiga tingkat dikawasan sederhana mewah di bandat Abbottabad, dua jam perjalanan dari Islamad, Pakistan. Pihak perisikan AS telah memburu orang kepercayaan Osama itu sejak sekian lama bermula dengan soal siasat puluhan tahanan Al Qaeda yang ditangkap AS.

Hasilnya Agensi Perisikan Pusat (CIA) membuat kesimpulan lelaki berkenaan yang identitinya masih dirahsiakan adalah orang kepercayaan  dan berkemungkinan besar tinggal bersama Osama.

Lebih mengejutkan kawasan persembunyian Osama adalah sebuah kejiranan sederhana mewah, yang dikelilingi oleh tembok setinggi 18 kaki, dan bunbungnya mempunyai kawat berduri serta terletak berhampiran denga kawasan perumahan tentera.

OPERASI

Dalam operasi tanpa pengetahuan pihak berkuasa Pakistan, beberapa helikopter Blackhawk MH-60 yang diubah suai berlepas dengan membawa pasukan SEAL dari pengkalan udara Ghazi menuju ke Abbottabad. Seramai 22 orang terbunuh atau ditangkap selepas tembakan bertalu-talu dilepaskan selama 40 minit , Osama mati akibat terkena 2 tembakan dikepalanya. Mayatnya dibawa dengan helikopter yang kembali kepengkalan, manakala sebuah helikopter mengalami kerosakan mekanikal dan terpaksa dimusnahkan oleh tentera AS.

Pgawai CIA percaya bahawa kawasan tersebut yang bernilai jutaan dolar dibina enam tahun lalu untuk melindungi seorang tokoh pengganas besar.Sehingga kini masih menjadi misteri siapakah yang membinanya ? Sejak ogos tahun lepas CIA menyemak maklumat mereka berkali-kali untuk memastikan siapakah yang tinggal disebalik tembok tersebut. Sehinggalah  mereka akhirnya membuat kesimpulan hampir [asti ia merupakan tempat persembunyian Osama. Sumber perisikan memberitahu, sejak pertengahan Februari lepas , pegawai kanan perisikan AS tahu bahawa Obama memberikan perhatian yang serius mengenai operasi ini.

TERBUNUH

Malah Obama selama dua bulan setengah mengetuai sendiri lima mesyuarat MAjlis keselamatan Kebangsaan dan tertumpu pasa isu apakah benar Osama menetap dikompleks itudan ‘bagaimana’ untuk mendapatkan beliau.

Pada kebiasaannya AS akan bekerjasama dengan sekutunya seperti yang berlaku terhadap Libya apabila sekutunya NATO  turut sama menghancurkan negra itu semata-mata untuk membunuh Gaddafi. Tapi untuk misi ini AS memilih untuk bersendirian, malah tidak melibatkan langsung kerjasama agensi perisikan Pakistan . Operasi ini terlalu penting dan terlalu rahsia bagi AS kerana tersilap langkah , maklumat penting itu mungkin bocor ketangan pihak lain. Lagi

Wanita bersuami dua cetus pertempuran agama di Mesir

KAHERAH 13 Mei – Seorang wanita yang menjadi punca tercetusnya pertempuran agama antara penduduk Islam dan Kristian di Mesir pada Sabtu lalu, ditahan semalam kerana memiliki dua suami pada satu masa.

Menurut satu sumber kehakiman, Abeer Talaat Fakhry, 26, tinggal bersama suaminya yang beragama Kristian di bandar Assiut ketika dia lari dari rumah untuk memeluk Islam dan berkahwin dengan Yassin Thabet, seorang lelaki Islam.

Beratus-ratus ultra-konservatif Islam yang dikenali sebagai Salafistd menyerang sebuah gereja di daerah miskin Imbaba, Kaherah pada Sabtu lalu ekoran khabar angin menyatakan Abeer yang telah memeluk Islam ditahan di gereja itu tanpa kerelaannya.

Akibat pertempuran itu, seramai 15 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 200 lagi cedera.

Sumber bagaimanapun berkata, Abeer sebenarnya berada di rumah bersebelahan gereja itu bersama suaminya yang baru dan melarikan diri ketika pertempuran berlaku.

Komuniti Kristian terbesar di Mesir ialah Qibti, di mana penceraian sangat sukar untuk diperolehi.

Terdapat beberapa kes wanita Kristian yang tidak bahagia dengan perkahwinannya lari meninggalkan suami, memeluk Islam dan berkahwin dengan lelaki Islam, tetapi perkahwinan ini tidak diiktiraf oleh undang-undang Mesir.

Akibat situasi itu, Abeer didakwa bertindak memiliki suami lebih daripada seorang dalam satu masa.

Laporan yang tersebar menyatakan wanita Kristian memeluk Islam diculik dan ditahan di gereja atau biara telah memburukkan hubungan antara kedua-dua agama itu selama beberapa bulan di Mesir. – AF

ARAB DESAK KEMERDEKAAN PALESTIN

jORDAN 14 mei- Beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun di negara-negara Arab bagi mendesak Israel memulangkan hak rakyat Palestin dalam satu bantahan besar-besaran sempena ulang tahun ke-63 penjajahan rejim zionis itu ke atas Palestin.

Di Jordan, lebih 5,000 berarak di Amman dan Lembah Jordan bagi menuntut kemerdekaan Palestin dan menggesa hak pelarian untuk kembali ke tanah air ereka sendiri,

Kumpulan belia Palestin turut menyeru protes dilakukan di Tebing Barat dan negara-negara Arab bagi memperingati penjajahan rejim zionisitu ke atas wilayah Palestin pada 15 Mei 1048.

Di Kaherah. beribu-ribu penunjuk perasaan berkumpul dan berarak di sepanjang sempadan Palestin dlam satu demonstrasi yang turut mendapat sokongan ikhwan Muslimin.

Perhimpudi ibu negara Mesir yang mengutuk pertempuran agama antara masyarakat Islam dan kristian Qibti itu turut menyaksikan bendera Palestin di kibarkan,

[ Mingguan Malaysia : 15 mei 2011]

ISTERI MUBARAK DISERANG PENYAKIT JANTUNG

Isteri kepada bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, Suzanne dimasukkan ke unit rawatan rapi selepas diserang sakit jantung.

Suzanne, 70, diserang sakit itu selepas mengetahui arahan menyatakan beliau ditahan berhubung tuduhan rasuah, sehari selepas disoal siasat buat kali pertama sejak dituduh mengambi kesempatan daripada jawatan suaminya.

Pengarah hospital pusat peranginan Sharm el-sheikh berkata, beliau berada di dalam keadaan tidak stabil.

[ MINGGUAN MALAYSIA : 15 MEI 2011 ]

MALAYSIA OH TANAH AIRKU..

Bismillahirrahmanirrahim.. alhamdulillahi Rabbil ‘alamin wa bihi nasta’in.. amma ba’du …

Bersyukur kita kehadirat Allah subhanahu wataala sehingga ke saat ini kita masih berpeluang untuk terus berada dibumi bertuah ini. Kita kini berada diambang tahun 2010, dan tahun 2011 bakal menjelma hanya beberapa hari sahaja lagi. Seperti selalunya kita mengharapkan hari esok lebih baik dan cemerlang dari semalam. Segala yang baik di jadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. Begitulah secara umumnya…

Namun bagi mereka yang berjiwa pejuang tidak seharusnya melalui kehidupan ini dalam suasana hambar, dan emosi yang tawar  yang biasa-biasa sahaja. Sewajarnya graf semangat yang berkobar di dalam dada melonjak dan terus melonjak. Bukan biasa biasa sahaja tetapi luar biasa… Melihat ke hadapan dengan pandangan yang lebih jauh, dengan fikiran yang lebih tajam, agar segala visi dan misi terus tepat pada lakaran strateginya.

Beberapa bulan yang lepas diseluruh negara rumah-rumah kita telah didatangi oleh pegawai / petugas jabatan perangkaan untuk membuat bancian penduduk. [ Tak dinafikan juga kedatangan kadang-kadang tidak bertemu pun dengan tuan rumah, tuan rumah keluar, hanya kad diselitkan di pintu atau di pagar. Termasuklan teman sendiri tak sempat terserempak dengan mereka ni ]. Tak pelah kita pun faham takkanlah mereka nak datang berulang kali kot… maka mereka angar-anggar sajalah nampaknya tu..  kadang-kadang kesian melihat mereka tu [walaupun terdiri dari orang-orang muda] berjalan dari rumah kerumah, masuk kampung keluar kampung , tambahan pula kalau cuaca panas terik atau hujan petir.

Beberapa  hari lepas keputusan bancian tersebut diumumkan di talivisyen. Kita juga boleh lihat di lamen web Jabatan Perangkaaan yang bertarikh 22 december 2010. Rupa-.rupanya banci penduduk kali ini adalah kali kelima yang pernah di jalankan di Malaysia, di mana sebelumnya berlaku pada tahun1970,  1980, 1991, 2000. Sepuluh tahun sekalilah kiranya tu.

Mengikut jabatan Perangkaan banci 2010 merupakan projek statistik yang besar telah dijalankan bagi menghasilkan data yang berguna untuk perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan negara.

Maklumat yang diperoleh daripada banci ini adalah pelbagai dan komprehensif. Justeru itu, ia mengambil masa yang panjang dan penelitian yang rapi untuk memproses data muktamad demi menjamin kualitinya. Maka, untuk mendapat gambaran ringkas mengenai bilangan penduduk Malaysia pada tahun 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia menerbitkan Laporan Kiraan Permulaan 2010.

Laporan kiraan permulaan ini menunjukkan bahawa:

JUMLAH PENDUDUK MALAYSIA :  27,565,821 orang

14,112,667  lelaki

13,453,154 perempuan.

Purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000–2010 ialah 2.17%.

Semasa tempoh pembancian, terdapat:

6,396,174 isi rumah dan  7,380,865 tempat kediaman di seluruh Malaysia

NISBAH JANTINA:

Nisbah jantina bagi Malaysia pada keseluruhannya menunjukkan terdapat 105 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

Antara negeri yang menunjukkan trend nisbah jantina yang lebih tinggi daripada nisbah nasional ialah Johor (112), Pahang (111), Negeri Sembilan (107) dan Sabah (106).

Sementara itu, Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan nisbah jantina yang terendah iaitu 88 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

PURATA SAIZ ISI RUMAH :

Purata saiz isi rumah pada Banci 2010 menunjukkan trend yang semakin mengecil; dengan bilangan purata sebanyak 4.31 berbanding dengan 4.62 pada Banci 2000.

Sabah, Kelantan dan Terengganu merekodkan saiz isi rumah yang paling tinggi berbanding negeri-negeri lain; masing-masing mencatatkan purata 5.88, 4.86 dan 4.78.

Menurut catatan Jabatan Perangkaan Malaysia angka bagi tahun 1980, 1991 dan 2000 tidak disesuaikan berasaskan kadar kurang penghitungan. Selepas penyesuaian kurang penghitungan, jumlah penduduk Malaysia adalah:

13,745,241 orang pada 1980

18,379,655 orang pada 1991

23,274,690 orang pada 2000

Demikianlah laporan permulaan bancian yang telah diumumkan kepada kita rakyat Malaysia. Dari angka-angka di atas kelihatan penduduk Malaysia sentiasa bertambah dari satu dekad ke satu dekad. Lantaran itu tidak hairanlah apabila kita melihat banyak perumahan dan penempatan baru dibuka di sana sini. Sehingga bukit di tarah dan hutan telah di buka untuk tujuan tersebut. Tak tahulah dua puluh tahun akan datang bagaimana rupa bentuk muka bumi Malaysia kita, sudah semakin gondol… tiada lagi pemandangan bukit bukau dan hutan tropika yang nyaman. Inilah yang memeningkan kepala pencinta alam.

Walau pun apartment dan kondominium di bina tetapi seolah-olah masih tak cukup, ada saja taman-taman perumahan baru yang dibuka   terutama di bandar-bandar.  Untuk memenuhi permintaan pasaran dalam masa yang sama untuk merangsang ekonomi.,, gitulah agaknya yang tersirat disebalik fenomena ini bagi para koprat dan konglemerat.

Bagi kita orang awam ni bagaimana?? hanya diam terkulat-kulat??? tidak…. itu bukanlah sifat kita sebagai anak bangsa yang berwibawa. Setiap kita mesti ada rasa cinta kepada negara . ” hubul waton minal iman…”. Demi cinta dan kasihkan kepada negara bangsa ini kita harus bangkit untuk memperjuangkan nasib anak bangsa di bumi tercinta ini.

Angka 27 juta itu sudah cukup meninjukkah beban dan tanggung jawab kita semakin besar. Memastikan pembangunan ekonomi, politik, sosial, intelektual, moral dan kemasyarakatan ke arah yang positif. Kita tidak mahu dengan penambahan tersebut turut menambahkan angka gejala sosial, kemiskinan, kemalangan jalanraya, maksiat , rasuah di sana sini dan seumpamanya. Kita juga  tidak mahu semakin ramai rakyat Malaysia yang keliru dengan identiti dan jati diri mereka. Kerana biasanya semakin ramai orang semakin banyaklah ragamnya.

Contoh jelas boleh kita lihat apa yang terjadi di stadium Gelora Bung Karno Indonesia ketika perlawanan bola antara Malaysia dan Indonesia. Penonton yang penuh emosi yang tidak terkawal menyesakkan suasana. Stadium yang besar tidak mampu menampung bilangan rakyatnya yang ingin hadhir sebagai penyokong, yang akhirnya mereka merempuh masuk sehingga hidang adab sopan kesusilaan masyarakat timur.

Ringkasnya dengan pertambahan penduduk yang pesat ( belum campur dengan pendatang asing yang bermastautin mencari rezki lagi ) banyak perkara yang perlu di fikirkan oleh pemerintah dan banyak perkara yang perlu kita laksanakan sebagai ahli masyarakat muslim apatah lagi yang bergelar daie.

Jika 27 juta ini dapat dibangunkan alangkah baiknya. Tapi tak semudah itu… Ia perlukan kepada pengorbanan yang pelbagai bentuk. Perlukan kepada pelan strategik yang mantap. Semuga Malaysia yang telah merdeka lebih dari 50 tahun ini akan terus merdeka dan merdeka. Bebas dari segala bentuk penjajahan moden maupun kuno. Tetapi mendaulatkan Islam sebagai satu sistem yang unggul.

 

 

 

Bahkan negara adalah yang paling mahal dan kemaslahahannya paling utama.

Dalam nama Allah yang Maha Penyayang

Oleh:  Ustaz Dr. Rashad al-Bayoumi – wakil pemimpin Ikhwanul Muslimin

Dengan demikian kita mengetahui bahawa Rasulullah Allah saw  ketika baginda meninggalkan Mekah, selepas merasai  kesulitan dan penyeksaan; baginda bersabda :   ” Sesiapa  yang mati mempertahankan  tanahair  adalah syahid. ”
Seorang ikhwan menanyakan (dengan kasih sayang) : Mengapa beria-ia untuk menyumbang dan menyertai dalam pilihan raya , sedangkan natijah yang telah diketahui dimasa lalu, dengan segala penipuan ..Dan kemunafikan memainkan peranannya yang berbagai rupa di semua peringkat?!.
Soalan yang sama pada halaman beberapa surat khabar .. Di masa lalu sebagian orang mengatakan itu .. apakah faedah yang engkau dapat dari amal dan dakwah kamu?.. Tidak ada keuntungan  .. Malah engkau mendedahkan  diri mu sepanjang masa kepada segala bentuk gerhana dan penindasan, penyiksaan, penjara dan penghalauan ?!.
Seolah-olah tersembunyi dari pandangan mereka yang berkata itu akan rahsia bahawa harga kebebasan itu sangat mahal harganya , tetapi thabat atas kebenaran lebih mahal dan lebih berharga. ..
Dan melihat sejarah umat manusia .. akan merungkai menjawab kepada persoalan-persoalan itu .
Berapa banyak makhluk ciptaan tuhan yang mulia (para Rasul dan nabi), yang berada dalam keamanan melainkan sedikit  .. Berapa ramai reformis yang berjuang demi kemenangan dakwah untuk menegakkan kebenaran ,diseksa dan mati, dan tidak di ketahui dakwahnya melainkan selepas kematiannya.
Kami menyimpulkan dari atas .. Bahawa penyokong kebenaran dan pembaharuan dan berusaha untuk berbuat baik, mereka harus bekerja, bermujahadah dan bekerja keras , walaupun terpaksa menghadapi kesulitan  demi kesulitan .. Adapun natijah dan penghisabannya adalah di sisi Allah SWT. Walaupun setiap amil dan daie itu akaun  natijah mereka merudum tetapi selagi mana ia ada usaha dan kesungguhan untuk mengislah , dan selagi mana  jihadnya untuk tanah air dan mencapai matlamatnya.

[surah Ibrahim : 12].
Jika kita bekerja demi kemaslahatan umah, dan bekerja demi menghapuskan kefasadan , rasuah dan sabotaj dan penjarahan sumber dayanya .. Yang saya fokaskan ialah adalah penyertaan aktif dan positif , semuanya akan membawa keamanan dan keselamatan, dan jauh dari  hegemoni [cengkaman] Zionisme  Amerika .. Dan mengembalikan semula kepadanya apa yang menjamin kedudukannya, izzah dan kemuliaan ..Inilah sebabnya mengapa kami menawarkan masa yang berharga dan usaha untuk mencapai impian tersebut.
Hal ini menuntut  kita untuk menghulurkan tangan tulus  masing-masing untuk membayar pada medan ini .. Dan membuka hati -hati  setiap kita , bekerja dengan ikhlas untuk maslahah umat  dan watan ini .. yang telah menular di dalam sistemnya amalan rompakan, rasuah dan kezaliman .. Penyertaan yang berkesan adalah wajib atas setiap anak watan yang mulia,  agar tidak meninggalkan ruang bagi mereka yang mengambil keuntungan dari watan untuk kepentingan peribadi  dan cita-cita duniawi .. Jika mereka diberi peluang untuk melabuhkan  panggung  nescaya mereka akan semakin agresif.

Tetapi setiap orang harus memahami .. bahwa bangsa adalah lebih mahal  dari diri kita sendiri .. kami menawarkan diri, mengorbankan masa, tenaga dan wang  ringgit .. hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah, itulah yang  pertama, dan kedua ialah, menentang kezaliman dan orang-orang  zalim yang membuat kefasadan  .. Ini bukanlah isu (sebagaimana yang di anggap oleh sesetengah orang)  berapa jumlah kerusi yang akan mereka dapat, tetapi ia  adalah yang terakhir..
Tetapi niat kami:
1 – Supaya manusia tahu siapa  kita dan apa yang mesej kita bawa .. Apa ghayah (matlamat) kita .. Setelah selama puluhan tahun mereka berusaha untuk melemahkan kita dan merosakkan citra kami.
2 – Supaya semua orang tahu bahawa manhaj  Al Islah yang kita seru dan kita hasilkan  itu adalah wasilah / cara untuk mencapai tujuan atau matlamat  kita,  dari Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, saw.
3 – Supaya semua orang  percaya bahawa kita tidak mencari  kemuliaan untuk keuntungan peribadi atau materialistik .. Allah telah mengkayakan kita dari limpah kurnianyaNya.
4 – dan apa yang kita infakkan dalam  penyertaan kita adalah dari saku kita dan wang kita.
5 – Supaya para penzalim dan penguasa  tidak menghalang kita dari terus bekerja untuk mencapai apa yang kita harapkan .. ( Dan Allah Maha menguasai segala urusanNya , tetapi kebanyakan orang tidak tahu (21) ((Yusuf).
6 – Mereka mengatakan bahawa penyertaan kita  dalam pilihan raya tetapi untuk  rejim dan semua orang tahu (dalaman dan luaran) bahawa sistem perundangan  berasal dari kekerasan dan tongkat penindasan .. sedangkan kita memacu projek kita dari jalan Mesir yang asli yang perihatin terhadap bangsa dan tanah air.
7 – Apakah kita akan tetap diam di depan penipuan  yang  terjadi  atau melawan kejahatan dan rasuah dengan segala  kekuatan kita?!.

8. Sesetengah orang meminta kita  memboikot pilihanraya .. Sesungguhnya kami telah mengisytiharkan dengan jelas simbol tindakan kebangsaan dan menuntut untuk perubahan, kita menantikan perubahan yang berkaitan dengan reformasi, dan kami bersedia untuk melaksanakan yang diluluskan oleh kehendak bangsa, namun tidak bersetuju dengan pemboikotan  itu, malahan mengiklankan keinginan untuk menyertai pilihanraya.
9 – Prestasi saudara-saudara kita di Parlimen adalah tahap tertinggi, prestasi mereka tersebar di mana-mana  tempat  (walaupun mereka menderita kesulitan ketika dalam persidangan); menjadi tempat rujuk setiap orang yang datang kepadanya dan mempertahankan permasaalahan mereka.
10 – Sesungguhnya apabila kita berada dalam amal siasi (yang merupakan sebahagian daripada manhaj dakwah kita) kita melatih akhlak kita  menjurus kepada  kejujuran, keterbukaan dan ketelusan..
11 –  Sesungguhnya sistem yang mengharapkan kita tidak terlibat dalam medan .. – Dan dengan demikian menyingkirkan saingan hakiki -.. Kemudian pilihan raya akan adil dan membanggakan dunia untuk melakukannya.
12 – Sebagaimana kebiasaan kita , itu telah merujuk kepada Majlis Syura jamaah , yang bersetuju untuk menyertai pilihanraya dengan suara majoriti.
Akhirnya .. Kami berkata:

فَسَتَذْكُرُونَ مَا أَقُولُ لَكُمْ وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ

( غافر: من الآية44)

( ingatlah apa yang aku katakan kepadamu, dan saya menyerahkan kan urusan  kepada Allah: Sesungguhnya Allah Maha Melihat hamba-Nya).

[ Terjemahan dari artikel yang di petik dari ikhwanonline ]

ISU MELAYU ISLAM: APA PERANAN KITA?

Sejak PRU ke 12 isu Melayu memang diperkatakan oleh rata-rata badan dan pertubuhan mau pun parti. Apakah kita mengikuti perkembangan ini ? (semuga tak ketinggalan keretapi). Ini adalah kerana majoriti pengundi yang layak mengundi di negara ini terdiri dari orang Melayu. Memenangi hati mereka bermakna menambah angka pengundi.

Dalam suasana orang Melayu menjadi rebutan ini apakah peranan kita. Sebagai pemerhati? Atau turut turun padang memberikan “solution”? Kerana panorama ini bukanlah sebuah teater tontonan, tetapi ia melibatkan maruah dan harga diri orang Melayu itu sendiri. Bangsa yang telah sekian lama mempelopori agama islam di bumi Malaysia ini , menyaingi agama berhala dan agama-agama buatan manusia.

Bangsa Melayu kini seolah-olah terperangkap dalam agenda politik. Mereka tidak punya solution terhadap masaalah yang mereka hadapi. Parti-Parti disekeliling mereka mempunyai agenda tersembunyi terhadap orang-orang Melayu, mereka menginginkan dan menunggu-nunggu untuk melihat pepecahan di kalangan orang Melayu. Game di tangan mereka. Sementara 2 parti besar yang di anggota oleh kebanyakkan orang Melayu Islam di Malaysia pula saling tidak mempercayai antara satu sama lain.

Orang Melayu Islam yang sedang terperangkap ini mesti di selamatkan. Mereka terlebih dahulu mesti disedarkan bahawa mereka terperangkap. Semangat mereka perlu di pulihkan. Jati diri orang Melayu perlu dipertahankan. Agar kisah Pak Kaduk yang menang sorak tetapi kampung tergadai tidak diulang tayang semula dalam versi yang lebih moden , kerana darah kepahlawanan masih  mengalir didalam tubuh Melayu Islam . Perasaan cintakan agama dan bangsa adalah kekuatan dan peluang untuk orang Melayu bangkit semula. Ibarat singa yang tidur ,, perlu dikejutkan agar menyerlah semula taring di wajahnya nan garang. Ya.. kita tidak rela bangsa kita diperkotak katikkan dibumi sendiri… sedangkan kita berkemampuan.

Seperkara yang harus kita sedari ialah ” Gelombang di bawah arus”… lahirnya badan yang kononnya menawarkan solution, tetapi sejauh manakah kebenarannya. Lahir sebagai alternatif yang agak diminati dan mendapat sambutan. Namun tidak menjadikan Islam sebagai asas , akibatnya berlaku satu kelopongan. Masyarakat sebenarnya ternanti-nanti agar lopong itu terisi. Pastinya akan ramai yang akan mendakwa merekalah yang layak berada di posisi tersebut. Lantaran itu kenapa tidak kita ajukan sesuatu yang kita miliki yang tidak dimiliki oleh orang lain??

Dalam situasi ini para pendukung fikrah Islamiyyah mesti bekerja lebih keras lagi. Memperjuangkan Melayu Islam bukan bermaksud rasis,,, tetapi adalah untuk menyelamatkan keadaan dengan memenangi bangsa teras di negara ini, bilangan mereka yang majoriti dan di kuatkan dengan agama tauhid yang mereka warisi turun temurun. Dalam masa yang sama kita mengalu-alukan bangsa bukan Melayu tetapi memiliki iman di dada mereka untuk bersama kita.

Siapakah yang akan menyelamatkan orang Melayu kalau tidak orang Melayu sendiri? Kaum Melayu Islam sepatutnya berdukacita dengan angka-angka gejala sosial di dalam negara yang didominasi oleh orang Melayu. Sepatutnya mereka bersama-sama merawat dan mencegah gejala sosial yang terus menjadi topik perbincangan di dada-dada akhbar, majalah, radio, talivisyen dan seumpamanya . Lantaran itulah amat penting sekali agenda Melayu Islam ini diketengahkan , dengan niat yang suci murni demi keamanan dan kestabilan politik di masa hadapan. Tanpa rasa prajudis dan bersikap dualisma dalam perjuangan, tetapi semata-mata kerana rasa tanggungjawab dan cintakan tanahair.

Musuh dari luar juga sentiasa menunggu kelemahan kita. Mereka menunggu

kita berpecah, tidak sehaluan, saling bertelagah, untuk mereka masuk dengan agenda mereka yang rakus. Negara kita hanya tanah semenanjung yang keluasannya tidak seberapa, tetapi kaya dengan hasil mahsul seperti minyak, getah dan kelapa sawit , yang menjadi idaman orang luar.

Atas rasa syukur dengan nikmat Allah ini jugalah kita wajib mempertahankan tanah air ini dan membangunkan bangsanya.  Maka di atas satu kesepakatan bangsa Melayu Islam akan di daulatkan . Memperjuangkan watan kerana Allah ..Insyaalah akan mendapat pertolongan daripada Allah apabila sampai waktu dan ketikanya. Yang penting kita berusaha sedaya mungkin , beraksi didunia nyata,  bukan hanya berteoeri atau asyik menunding jari kepada orang lain.

Wallahu a’lam.

Previous Older Entries Next Newer Entries