NASIB SI PEMBALING KASUT

PERBIACARAAN kes wartawan Iraq, Muntadar Al-Zeidi yang menggemparkan dunia kerana tindakannya membaling kasutnya ke arah bekas presiden Amerika syarikat [AS], George W.Bush, bermula dengan kawalan ketat pada khamis [ 19/feb 2009] yang lalu.

Muntadar mendapat sanjungan meluas terutamanya d dunia Arab apabila kasutnya nyaris-nyaris mengenai kepala Bush pada satu sidang media bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri AlMaliki, semasa lawatan perpisahan Bush ke Iraq sebelum meninggalkan White House.

Walaupun tindakan Muntadar ini dilihat oleh AS dan barat sebagai sesuatu yang salah dan menghina namun beliau telah dianggap sebagai wira oleh penduduk Iraq dan kebanyakkan penduduk Islam dan dunia.

Beliau telah diangap hero bagi umat islam dan mencatat sejarah yabg tidak pernah dilakukan sebelum ini membaling sepasang kasut yang dipakainya terhadap Bush, seorang pemimpin besar dunia.

Muntadar bukanlah orang keamaan atau pemimpin politik. Beliau hanyalah seorang wartawan Iraq yang ditugaskan membuat liputan sidang media Bush di Banghdad baru-baru ini. Muntadar ditugaskan untuk membuat berita tetapi yang berlaku adalah sebaliknya apabila beliau pula menjadi bahan berita dan disebarkan diseluruh dunia.

Dalam adat budaya Iraq, melempar kasut adalah satu penghinaan yang amat teruk. Maka Bush telah di hina dengan sangat jijik oleh seorang warga Iraq namun bagi mereka tindakan ini merupakan satu langkah yang tepat sesuai dengan apa yang telah dilakukan kepada dunia Islam.

Hakikatnya Muntadar telah melampaui tugasnya sebagai seorang wartawan yang bertanggungjawab menulis berita dan dari segi perundangan beliau tidak boleh lari ari dibicarakan.

Semasa memberi keterangan simahkamah, Muntadar mempertahankan tindakannya dengan berkata , beliau menjadi terlalu marah dan tidak dapat mengawal perasaan apabila bel;iau melihat Bush mula berucap pada satu media di sini pada 14 Disember 2008.

” Saya hanya nampak Bush dan seolah-olah sesuatu yang hitam kelihatan pada mata saya .”

” Sebaik sahaja Bush mula bercakap mengenai ‘kemenangan dan kemajuan’ di Iraq, ketika itulah saya melakukan apa yang saya lakukan,” katanya dikandang tertuduh.

Sebelun sidang media itu, Muntadar menceritakan , beliau melihat pasukan keselamatan AS memeriksa wartawan Iraq dengan cara yang memalukan sebelum mereka dibenarkan memasuki bilik persidangan.

Perbicaraan itu bermula pada pukul 10 pagi [21 feb] jam 3 petang waktu Malaysia dengan puluhan penyokong yang berhimpun melaung-laungkan nama Muntadar dan menuntut beliau dibebaskan.

Peguam bela dalam hujjah pembukaan mereka berkata , protes luar biasa yang dilakukan oleh  Muntadar itu tidak menyalahi umdang-undang dan tuduhan terhadapnya patut digugurkan.

Bagaimanapun , kira-kira dua jam kemudian , hakim Mahkamah Jenayah Pusat, Abdul Amir AlRubaie menangguhkan perbicaraan kepada 12 mac ini, dengan menyatakan maklumat lanjut diperlukan mengenai lawatan Bush itu ” rasmi atau tidak rasmi”.

Muntadar yang ditahan sejak kejadia tersebut boleh dikenakam hukiman penjara 15 tahun jika didapati bersalah seorang pemimpin asing, iaitu tuduhan yang difailkan terhadapnya oleh pendakwa raya.

Jika Muntadar dibebaskan, ini menunjukkan sedikit sebanyak sistem kehakiman bebas dari pengaruh pihak tertentu dan dia akan berterusan dianggap wira.

Sebaliknya jika dia didapati bersalah, sistem perundangan akan mendapat malu kerana dituduh oleh rakyat negara ini dan masyarakat Islam seluruh dunia sebagai lidah barat dalam sistem kehakiman.

Kini nasibnya terletak ditangan hakim malah perbicaraan ini pastinya bakal mencatat sejarah bagi sistem kehakiman Iraq, waima apa pun Muntadar sendiri akan terus dikenang dalam sejarah dengan tindakan beraninya itu.

[oleh Hafizahril Hamid : 22/2/09: UTUSAN MALAYSIA]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s