PERGINYA SEORANG ULAMA’

UST.YAKAN

Dr.Fathi Yakan seorang ulama’ dan pendakwah besar yang tidak asing lagi. Kini dunia di gemparkan dengan perginya sebutir bintang, kembali menemui Allah Rabbul Jalil pada 13 jun 2009.  Beliau telah meninggalkan buat kita pustaka ilmu yang diusahakannya sekian lama. . Seorang daie yang mempunyai perjalanan yang panjang di jalan dakwah yang bermula sejak tahun 50an lagi , menyertai Jamaah Islamiyyah , Lubnan ,  tidak pernah berhenti melainkan dengan kewafatannya.

Dr.Fathi Yakan adalah bekas ketua Jabhah Amal Islami di Lubnan. Di Lahirkan pada 9Febuari 1933. Berumah tangga, dikurniakan empat orang puteri dan seorang putera. Beliau berjaya mendapat Phd dalam Pengajian Islam dan Bahasa Arab.

Seorang pemikir yang telah banyak mengarang buku dan di terjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dunia. Beliau telah menghasilkan lebih daripada 35 buah buku yang sebahagian besarnya adalah untuk menjelaskan tentang fikrah Islamiyyah dan dakwah Islam. Antara yang masyhur ialah Apa Erti Saya Memeluk Islam, Permasaalahan Dakwah dan daieyah, Ke Mana Kita Hendak Menyeru Manusia, Bahtera Penyelamat, Orang-orang yang gugur di Perjalanan, Pemuda dan Perubahan, Abjadiyyat tasawwaur Harakah Amal Islami , dan lain – lain lagi.

Demikianlah tamatnya riwayat hidup seorang pendakwah Islam. Yang telah mewaqafkan masa dan usianya untuk Islam dan dakwah sehingga ke akhir hayat. Seorang demi seorang ulama’ Islam yang pergi menemui Allah. Terasa kehilangan seorang tokoh yang berwibawa dari dunia Islami. Apakah akan lahir di zaman kini seorang yang seperti beliau? Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun.

Lebih malang lagi apabila kita yang tidak mampu menulis dan mengarang, mengeluarkan fikrah juga tidak mampu mengkaji, menghayati tulisan-tulisan beliau.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s